Studio Dietitian Malaysia

Studio Dietitian Malaysia Dapatkan nasihat diet dan pemakanan daripada Dietitian bertauliah

Jom ikuti perkongsian Punca Gagal Turun Berat Badan bersama Dietitian Cik SAS di FB Studio Dietitian My. Rebut peluang i...
14/10/2024

Jom ikuti perkongsian Punca Gagal Turun Berat Badan bersama Dietitian Cik SAS di FB Studio Dietitian My.

Rebut peluang ini untuk rungkaikan misteri kegagalan proses penurunan berat badan. Jumpa anda esok jam 5.30p.m!

Jam 5 petang nanti. Jemput tonton untuk dapatkan Tips Elak Gemuk Berlebihan di hari raya 🙌Dt Fatin Sahira akan kongsikan...
05/04/2024

Jam 5 petang nanti. Jemput tonton untuk dapatkan Tips Elak Gemuk Berlebihan di hari raya 🙌

Dt Fatin Sahira akan kongsikan mengenai

1. Juadah hari raya yang perlu ada.
2. ⁠Elakkan masalah kesihatan ketika syawal.
3. ⁠Tips rumah terbuka.
4. ⁠Apa makanan yang perlu elak di hari raya.
5. ⁠Perlu atau tidak kira kalori ketika raya.
6. ⁠Dan banyak lagi…..

Pejam celik, pejam celik kita dah pun di minggu kedua Ramadan kan?Kali ini kita nak kongsikan strategi yang praktikal un...
21/03/2024

Pejam celik, pejam celik kita dah pun di minggu kedua Ramadan kan?

Kali ini kita nak kongsikan strategi yang praktikal untuk pesakit buah pinggang bagi menjalani bulan Ramadan dan bulan Syawal yang bakal menjelma.

Istimewa untuk bulan ini, kami bawakan khas Dt Cik Sal daripada KK Benut untuk menyampaikan perkongsian kepada kita semua.

Topik perkongsian yang akan disampaikan adalah bersempena Hari Buah Pinggang Sedunia pada 14 Mac baru ini.

Jemput hadir ke siaran langsung di Facebook rasmi kami jam 5 petang esok ya.

Boleh sampaikan pada rakan-rakan lain juga.

Betul ke ada pantang larang makanan untuk elak sel kanser daripada merebak?Ada kaitan ke makanan dengan kanser?Sebagai p...
22/02/2024

Betul ke ada pantang larang makanan untuk elak sel kanser daripada merebak?

Ada kaitan ke makanan dengan kanser?
Sebagai pejuang kanser atau orang terdekat mesti tak sabar untuk tahu kepastian ini kan?

Untuk itu kami menjemput pejuang kanser dan juga anda yang menjaga mereka untuk turut hadir sesi perkongsian malam esok.

Bersama DtDalila , kita akan kupaskan satu demi satu bagaimana melalui makanan boleh membantu dalam berjuang menewaskan kanser.

Jumaat 23 Februari 2024, jam 9 malam hanya di laman rasmi Facebook

Apa khabar diet anda sekarang?Sudah mula atau masih lagi tak nampak bayang 🫣Ya, kami faham kadang-kadang mahu makan siha...
18/02/2024

Apa khabar diet anda sekarang?
Sudah mula atau masih lagi tak nampak bayang 🫣

Ya, kami faham kadang-kadang mahu makan sihat pun satu cabaran besar tambah-tambah lagi jadual harian sentiasa penuh.
Ada juga yang sampai selalu terlepas waktu makan disebabkan tugas hakiki kan?

Sebab itu kami mahu hadiahkan strategi khas untuk insan-insan yang masih tiada idea bagaimana caranya untuk makan sihat ketika mana jadual sentiasa sibuk.

Dt Nadh () ada kongsikan 3 langkah utama untuk menjayakan misi sihat di tahun 2024 ini.

Boleh SAVE dan SHARE sebagai hadiah kepada mereka yang anda sayangi.
Biar lebih ramai dapat manfaat. ❤

KOLESTEROL TINGGI?GULA TIDAK TERKAWAL?BERAT STATIK?BUAH PINGGANG MULA ROSAK?SERANGAN GOUT KERAP?Sampai bila anda nak bia...
10/02/2024

KOLESTEROL TINGGI?
GULA TIDAK TERKAWAL?
BERAT STATIK?
BUAH PINGGANG MULA ROSAK?
SERANGAN GOUT KERAP?

Sampai bila anda nak biarkan diri terbeban dengan penyakit-penyakit ini?

Dah berpuluh jenis suplemen anda cuba tapi masih lagi gagal?

Setiap kali bulan Ramadan, anda susah untuk makan dengan betul?

Mahu tak kami kongsikan jalan yang boleh bantu kurangkan beban-beban yang menyiksa jiwa dan raga anda di atas?

Mahu tak kami berikan kaedah yang terbukti boleh jadikan keputusan ujian darah lebih baik?

Jika YA, jom berbincang dengan Ahli Professional Kesihatan Dietetik yang arif lagi berpengalaman dalam membantu ramai orang untuk mendapatkan

✅ Berat yang ideal
✅ Bacaan gula yang cantik
✅ Kolesterol yang normal
✅ Serangan gout yang berkurangan
✅ Status buah pinggang yang stabil
✅ Dan banyak lagi!

Selamat Tahun Baru Cina.Gong Xi Fa Cai!Ingat, kekayaan sebenar adalah kesihatan yang tak ternilai harganya.Selamat bercu...
10/02/2024

Selamat Tahun Baru Cina.
Gong Xi Fa Cai!

Ingat, kekayaan sebenar adalah kesihatan yang tak ternilai harganya.
Selamat bercuti bagi yang bercuti dan selamat bekerja bagi yang bekerja.

Dan jangan lupa, menjaga kesihatan diri adalah tugas dan tanggungjawab kita sepanjang masa.
Tiada kata cuti.
Rehat boleh, berhenti jangan.

Bagi yang masih teragak-agak mahu bermula di mana, boleh mesej untuk berbincang dengan dietitian kami sekarang.
Moga-moga kita lebih mekar dan sihat di tahun ini.

Tawaran sah hingga hari ini sahaja.

Selamat Hari Kanser Sedunia daripada kami di Studio Dietitian MY.Sama-sama kita berusaha menjalankan tanggungjawab sosia...
04/02/2024

Selamat Hari Kanser Sedunia daripada kami di Studio Dietitian MY.

Sama-sama kita berusaha menjalankan tanggungjawab sosial kita dalam meningkatkan lagi kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan.
Sama-sama kita berusaha ke arah imuniti yang lebih tinggi melalui gaya hidup sihat.

Pemakanan yang sihat dan tepat amatlah penting dalam membantu pencegahan kanser.
Diet yang bersesuaian juga amatlah kritikal dalam proses merawat kanser.

Sekiranya anda atau keluarga menghidap kanser, pastikan anda dirujuk kepada dietitian.
Ambil cakna pemakanan dan diet yang tepat demi menjamin kesihatan diri atau mereka yang anda sayangi.

Usah takut untuk makan tetapi dapatkan maklumat yang sahih daripada dietitian yang merawat.

Bersama, kita bersatu untuk lawan kanser habis-habisan!

Belajar diet bukanlah eksklusif bagi yang mahu menurunkan berat badan sahaja.Tapi belajar diet seharusnya fokus kepada h...
31/01/2024

Belajar diet bukanlah eksklusif bagi yang mahu menurunkan berat badan sahaja.

Tapi belajar diet seharusnya fokus kepada hal-hal yang lebih besar.

Belajarlah diet sehingga mampu makan dengan tepat ikut keperluan dan matlamat.

Belajarlah diet sehingga setiap kali makan pastinya bagi manfaat pada tubuh badan.

Biar jelas soal sederhana.
Biar jelas soal seimbang.
Biar jelas juga tentang kepelbagaian.

Perlu juga faham cara makan kita 10-20 tahun lalu mungkin tak lagi sesuai untuk kita di tahun ini.

Ambil peluang untuk bincang diet dan pemakanan bersama barisan dietitian kami.

Kenapa?

Supaya hidup dan kesihatan kita lebih mekar di tahun 2024 ini.

Supaya tiada lagi soal makanan baik atau buruk.
Tapi soalnya bagaimana cara makan sesuai, selamat dan berkesan.

Mana yang benar-benar mahu menyambut Ramadan tahun ini berbekalkan kesihatan diri yang lebih mekar?
Boleh terus mesej ya! ❤️

InsyaaAllah esok, 31 Januari 2024, Rabu, Studio Dietitian MY akan umumkan tawaran yang amat menarik.Tawaran yang pastiny...
30/01/2024

InsyaaAllah esok, 31 Januari 2024, Rabu, Studio Dietitian MY akan umumkan tawaran yang amat menarik.

Tawaran yang pastinya bakal membantu dalam mencapai resolusi baru sempena 2024.
Tawaran yang mampu menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna.

Dan sememangnya tawaran sebegini tidak pernah dibuat oleh Studio Dietitian MY.

Kemungkinan besar juga tawaran ini hanya sekali ini sahaja dan tidak akan dibuka lagi di lain masa.

Jadi, pastikan anda ikuti rapat pengumuman daripada kami!

Hantaran ini khas untuk insan-insan yang baru tersedar bahawa kita dah di penghujung Januari.Bila direnung semula sudah ...
29/01/2024

Hantaran ini khas untuk insan-insan yang baru tersedar bahawa kita dah di penghujung Januari.

Bila direnung semula sudah sejauh mana langkah menuju gol yang dimahukan.

Ternyata bukan sahaja tiada strategi untuk ke arah gol 2024.
Rupa-rupanya idea sasaran gol juga masih lagi samar-samar dan terasa begitu rumit.

Susah benar rasanya hendak buat perubahan.
Mana mungkin tabiat bertahun-tahun boleh diubah 360 darjah dalam sekelip mata bukan?

InsyaaAllah Studio Dietitian MY akan membuka satu peluang menarik untuk kita pada 31 Januari nanti.

Ada tawaran besar kepada yang bijak mengambil peluang yang julung-julung kali dibuat!

Agak-agak apakah tawaran itu ya?

Address

Tower 3, Avenue 7, Horizon 2, The Horizon, Bangsar South
Bangsar
59200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Studio Dietitian Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Studio Dietitian Malaysia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram