02/08/2021
by Hasanah Che Ismail
Semalam sampai 10 kotak lagi ELO Water, harga promotion hari tu satu kotak (6 botol) harga RM130, harga biasa RM160).
Air ni mahal, lagi pun dulu tak beli takut benda scam walaupun yang suruh saya beli tu kawan baik sekelas masa medik dulu, Dato Dr Sayed AZ BenYahya. Dia dah lama promote, rasa semenjak tahun 2017 lagi.
Bila beliau baca facebook entry saya yang saya dalam desperate situation dengan pain score 7/10 (bandingan labour pain tu 10/10 la ya, tapi sakit kanser ni dia sentiasa ada) dan cancer saya dah disseminated kalau ikut terma medikalnya, dia pun sebagai kawan sponsor/hantar lah 7 kotak ke saya.
Jadi semenjak 6 Jun saya minum segelas setiap 4 jam, boleh katakan minum air tu aje sepanjang hari dan malam. Perjalanan kemo saya yang dah lah low dose (tak rasa apa pun lepas kemo, rasa macam biasa jer, itu pun terganggu) macam tak membantu sakit dan kelemahan badan, asyik dok melepek depan TV, tengok go shop dan hal yang membuat saya tak terorder barang walaupun berkenan yamat ialah kerana rasa macam kematian sangat hampir, dah rasa macam tu nak duduk baca quran dan sembahyang sunat banyak2 pun tak diizinkan oleh badan yang lemah.
Masuk seminggu lepas minum, selera saya bertambah, seumur hidup tak pernah makan roti gardenia dua keping letak butter dan kaya ... satu petang saya tersedar saya gi makan begitu, ha ha... dan memang kena hati2 tidak boleh biarkan selera mengawal kadar makan lepas tu, sebab banyak makan lagi sakit dan bengkak lengan, lagipun saya rasa air ELO tu lagi bagus minum masa perut kosong.
Lepas dua minggu minum, saya boleh bangkit 4.30 am dan kadang2 3.30 am, sembahyang sunat hingga ke subuh, mandi awal dan awal pagi teruskan baca Al Quran. Juga boleh sediakan breakfast dan kalau nak masak pun boleh, cuma suami kata tak padan masak2 sebab nanti banyak makanan lebih, membazir, so banyak yang kita beli untuk lunch.
Tapi semangat nak memasak tu dah ada, dah keluarkan kuali canggih baharu yang masih dalam kotak, kuali yang beli dari go shop juga, tapi dah lebih setahun dalam kotak.
Semalam masa driver lori yang hantar air ELO tu tolak air ke rumah, dia tanya lah saya kenapa minum air tu, saya beritahu la saya ada kanser yang dah parah dan beritahu dia yang air tu dapat menambah kekuatan dan semangat saya. Dia pun berkongsi cerita dari customers lain yang dia tanya bila dia buat penghantaran air tersebut. Dia kata sama la cerita, dia kata ada seorang pemilik hotel kecil yang ada kanser, teruk tak boleh bangun, bila minum air tu dah boleh jalan.
Begitulah ceritanya....sebenarnya masa saya buat order 10 kotak tu keadaan saya teruk sangat, rasa macam bila air 10 kotak tu sampai saya dah tak ada lagi (oleh itu saya pun ajar suami minum sama, supaya kalau saya tak ada dia boleh teruskan minum air itu). Alhamdulillah, saya masih ada di sini.
Bagi mereka yang minat, boleh pergi ke facebook ELO Water Malaysia, atau boleh dapatkan konsultasi dari kawan saya Dato Dr. Sayed AZ BenYahya, saya rasa dia tak berkeberatan untuk membantu.