Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Banting

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Banting Reaching out to you =)

10/10/2025

Today 10th October is World Mental Health Day 🌍

We all have mental health, it’s important that we make space to take care of it just like we take care of our physical health. β€οΈβ€πŸ©Ή

Just like getting your five a day or ten thousand steps, do something each day to boost your happiness and wellbeing. πŸ†

Our daily action ideas are a great place to start. Why not join our Optimistic October Challenge to be sent daily actions for the rest of the month, link in bio. πŸ’ͺ

Be kind, you never know what someone else may be going through. 🌈

Take care of yourself and each other. πŸ€—

10/10/2025

Tomorrow is World Mental Health Day - and we want you to know: we see you, you matter and we’re here for you if life feels tough.

Call us on 116 123 πŸ’š

Let’s watch this and broaden our information on su***de
08/09/2025

Let’s watch this and broaden our information on su***de

Ketahui tanda awal, mitos yang perlu diperbetul, serta pendekatan pencegahan dari sudut Islam dan Psikologi.

05/08/2025
08/07/2025

How to Handle Difficult People (Without Losing Your Mind!)

Stay calm, set boundaries, and protect your peace. 🧠✨

08/07/2025

ELAK TAMBAH STIGMA TERHADAP PESAKIT MENTAL

Saya memang mengadvokasi supaya golongan berimej agama untuk belajar berkomunikasi dengan rahmah (berdasarkan evidence-based practice, bukan berdasarkan pseudopsikologi) kepada pesakit mental.

Pesakit mental mempunyai harapan positif yang sangat tinggi kepada ustaz/ustazah, pendakwah, pentadbir agama, AJK masjid/surau, naqib/naqibah usrah dan seumpamanya. Namun dalam masa yang sama, sebahagian kecil kelompok berimej agama ada yang kurang terlatih untuk berkomunikasi secara rahmah dengan pesakit mental kerana mungkin ia sesuatu yang agak baharu. Ini disebabkan oleh peningkatan (seolah-olah) mendadak kes penyakit mental yang didiagnosis (dari kanak-kanak hingga orang tua), keterbukaan ramai individu untuk berkongsi tentang penyakit mental mereka (dengan simptom dan kadar daripada ringan, sederhana hingga ke teruk), dan sebagainya β€” semuanya sangat memberikan kewalahan (overwhelming) kepada golongan agama untuk melatih dan mentarbiah semula (relearn/retrain) diri sendiri tentang komunikasi rahmah.

Asalkan kita bersedia untuk belajar, itulah semangat yang kita mahu. Saya sendiri masih belajar komunikasi rahmah kepada pesakit mental kerana ada banyak jenis penyakit mental, dan setiap kes penyakit mental adalah unik dari segi simptom dan kadar keterukan β€” walaupun untuk penyakit mental yang sama jenis.

Kita yang yang tiada penyakit mental inilah yang perlu merendah diri untuk memahami dan memperbaiki kemahiran memberi sokongan emosi dan menawarkan pelbagai bentuk penyesuaian (akomodasi), supaya mereka yang diuji Allah SWT dengan penyakit mental ini masih boleh terus menjadi insan, hamba, khalifah, malah pendakwah yang baik β€” dan mungkin lebih baik daripada kita dan berpahala besar p**a - disebabkan kepayahan (masyaqqah) fisiologikal, mental, emosional, dan sosial yang mereka alami.

Dalam masa yang sama, saya juga mengharapkan kepada pesakit mental β€” berilah peluang juga kepada ahli keluarga anda, sahabat-sahabat anda, dan orang-orang agama di sekeliling anda untuk menambah baik kemahiran berkomunikasi dengan anda. Ia suatu yang baharu bagi mereka. Dan bukan sesuatu yang mudah untuk mereka ubah. Mereka juga mungkin takut-takut untuk berkomunikasi dengan anda kerana bimbang tersilap cakap hingga menyebabkan anda kecewa, sedih atau marah β€” yang akhirnya menambah mudarat kepada anda dan menambahkan rasa bersalah mereka. Kekhuatiran ini adalah sesuatu yang nyata (real). Anda boleh bantu mereka untuk belajar.

Jika pesakit mental ingin mengadu di media sosial, elakkan menulis ketika sedang β€˜triggered’ supaya netizen memahami maksud anda dan dapat mengambil pengajaran secara tulen β€” serta mengelakkan daripada menambah stigma terhadap penyakit mental. Masyarakat awam masih lagi belum memahami sepenuhnya hakikat penyakit mental.

Juga, kepada pesakit mental sentiasalah melatih kemahiran menggunakan sumber sekeliling dengan bijak (resourcefulness) untuk mendapatkan sokongan emosi dan bantuan daripada orang lain β€” sekiranya anda tidak memperolehinya daripada individu non-profesional yang anda harapkan. Contohnya daripada kaunselor berdaftar, ahli psikologi kaunseling, pekerja sosial, dan sebagainya β€” terutamanya antara dua sesi temu janji anda dengan ahli psikologi klinikal dan/atau doktor psikiatri. Tetapi ingat, mereka yang pakar pun kadangkala ada kelemahan juga sebagai manusia biasa β€” yang mungkin terlalai dalam aspek komunikasi rahmah. Anda boleh mencari pakar lain jika anda rasa tidak serasi dengan mana-mana pakar.

Jika ada seorang yang anda harapkan bersikap stigma, mungkin ada lima orang lain yang tidak bersikap stigma β€” atau sedang berada dalam proses melatih diri untuk tidak bersikap stigma β€” yang anda belum jumpa lagi yang anda boleh luahkan emosi anda.

Kita saling belajar antara satu sama lain.

Mohon sebarkan mesej ini jika bermanfaat.

Cadangan: Cadangkan/hadiahkan dua buku ini kepada mereka.

1. "Healing the Invisible Wound: Saat al-Qur'an Menyembuhkan..." tulisaan Dr Ahmad Rostam Md Zin, Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist dan Dr Rozanizam Zakaria.

Pautan:
https://bit.ly/healingtheinvisiblewound

2. "Bounce Back Better: Bangkit Dengan al-Qur'an" tulisan Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist, Dr Ahmad Rostam Md Zin, Dr Rozanizam Zakaria dan Ustazah Hajar Hidayati.

Pautan:
https://bit.ly/BounceBackBetterDrAliziDrNizamDrRostam






Soul Fitness
Warisan Ummah Ikhlas
Bestari
Karangkrafesque
Buku Karangkraf
GRUP BUKU KARANGKRAF
Karangkraf Mall
Sinar Harian
Kump**an Media Karangkraf
My
QuranHour

23/04/2025

Hubungan Toksik?
Rabu 30 April 2025
9.00-10.00PM

21/02/2025
11/01/2025

For anyone feeling heartbroken today, I hope some of these ideas are helpful. β€οΈβ€πŸ©Ή

11/01/2025

Bagi yang nak kahwin, ini perkara yang perlu difahami.
Bagi yang dah kahwin, ini perkara yang perlu diperhati, dimiliki dan diperbaiki.

Credit to Dr Ahmad Rostam Md Zin

11/01/2025

Address

Jalan Sultan Alam Shah
Banting
42700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Banting:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram