Klinik Fuziah

Klinik Fuziah

Pada hari Sabtu, 26 Oktober 2025, sekali telah berlangsungnya sesi CME bulanan yang bertajuk 'Pengurusan Denggi di Klini...
27/10/2025

Pada hari Sabtu, 26 Oktober 2025, sekali telah berlangsungnya sesi CME bulanan yang bertajuk 'Pengurusan Denggi di Klinik'. Klinik mengalu-alukan kehadiran Dr Siti Nur Faezah binti Kamis, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang.

Melalui sesi Continuing Medical Education (CME) ini, warga klinik berpeluang memperkukuh pengetahuan mengenai pengesanan awal penyakit demam denggi, rawatan dan langkah pencegahan denggi demi memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik.

Program ini bukan sekadar sesi pembelajaran, tetapi juga wadah untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan mengukuhkan kerjasama antara pasukan kesihatan dalam menghadapi peningkatan kes denggi yang semakin membimbangkan.

Dengan ilmu yang dikemas kini dan kefahaman yang mendalam, semoga setiap petugas klinik dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit seterusnya mengurangkan komplikasi yang timbul akibat penyakit ini.

Cahaya pelita bersinar megah,Warna-warni hiasi permai.Selamat Hari Deepavali penuh indah,Dari Klinik Fuziah dengan kasih...
20/10/2025

Cahaya pelita bersinar megah,
Warna-warni hiasi permai.
Selamat Hari Deepavali penuh indah,
Dari Klinik Fuziah dengan kasih yang damai. ๐Ÿช”๐Ÿ’›

Selamat Hari Deepavali kepada rakan pesakit yang menyambut perayaan ini pada hari ini. Semoga hari gembira ini disambut dengan penuh kasih sayang.

Klinik Fuziah beroperasi seperti biasa pada hari ini

๐ŸฅKlinik Fuziah Bukit Changgang - 8 am sehingga 11 pm
๐ŸฅKlinik Fuziah Kota Warisan - 9am hingga 10pm

๐Ÿฆ  Lindungi diri & keluarga daripada Influenza! Cuaca tidak menentu, kes influenza makin meningkat. Jangan tunggu sampai ...
19/10/2025

๐Ÿฆ  Lindungi diri & keluarga daripada Influenza!

Cuaca tidak menentu, kes influenza makin meningkat. Jangan tunggu sampai jatuh sakit baru nak bertindak!

Dapatkan suntikan vaksin influenza di Klinik Fuziah hari ini!

โœ… Tiada temujanji diperlukan โ€“ boleh terus walk-in!
โœ… Hanya RM85 satu dos (termasuk konsultasi)
โœ… Perlindungan sehingga setahun penuh

Sesuai untuk kanak-kanak & dewasa. Pastikan anda dan keluarga kekal sihat sepanjang musim wabak ini.

๐Ÿ“Klinik Fuziah Bukit Changgang 03-31494784
๐Ÿ“Klinik Fuziah Kota Warisan 03-87064258

Amaran Influenza di Selangor โ€” Lindungi Diri & Keluarga!Kes influenza di Selangor kini meningkat dengan ketara, terutama...
15/10/2025

Amaran Influenza di Selangor โ€” Lindungi Diri & Keluarga!

Kes influenza di Selangor kini meningkat dengan ketara, terutamanya melibatkan kanak-kanak dan warga emas. Ramai mengalami demam tinggi, batuk, sakit badan dan keletihan berpanjangan. Malahan ada yang terpaksa dirawat di hospital, sehingga mengakibatkan kematian.

Golongan berisiko seperti ibu mengandung, pesakit kronik dan individu dengan imuniti rendah perlu lebih berhati-hati.

๐Ÿ’ก Langkah terbaik:

1.Jaga kebersihan diri dan anak-anak
2.Elak tempat sesak jika tidak sihat
3.Dapatkan vaksin flu tahunan di klinik berdekatan untuk perlindungan tambahan!

Kesihatan juga sebahagian daripada amanah.Lindungi diri, keluarga dan komuniti. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit berjangkit.

Bagaimana untuk membezakan simptom-simptom demam influenza dengan selesema biasa? Lazimnya simptom kedua-dua demam ini t...
30/09/2025

Bagaimana untuk membezakan simptom-simptom demam influenza dengan selesema biasa?

Lazimnya simptom kedua-dua demam ini tidak banyak berbeza. Kenal pasti perbezaan kedua-dua jenis demam ini segera, dan terus ke pusat rawatan berdekatan untuk menjalankan ujian saringan segera.

Dengan pengesanan awal, komplikasi yang lebih teruk dapat di elakkan. Tambah juga perlindungan diri dengan mendapatkan suntikan vaksin influenza untuk keluarga anda.

Lindung diri!



Setiap hari, kami menerima bilangan kes positif Influenza yang semakin bertambah dari masa ke masa. Influenza bukanlah d...
29/09/2025

Setiap hari, kami menerima bilangan kes positif Influenza yang semakin bertambah dari masa ke masa. Influenza bukanlah demam selesema biasa. Tanpa rawatan segera, influenza boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk, sehingga menyebabkan kematian.

Amalkan amalan kesihatan yang baik. Elakkan tempat-tempat tumpuan ramai sekiranya bergejala dan menyentuh bahagian-bahagian seperti hidung, muka dan tangan.

Tambah perlindungan dalam diri dengan mengambil suntikan vaksin influenza sekarang!



Tahukah anda, perubahan kecil dalam rutin harian mampu memberi kesan besar pada kawalan gula darah? Mulakan dengan langk...
18/09/2025

Tahukah anda, perubahan kecil dalam rutin harian mampu memberi kesan besar pada kawalan gula darah?

Mulakan dengan langkah mudah seperti menjaga pemakanan seimbang, aktif bergerak, dan memberi ruang untuk kesihatan mental. Bila gaya hidup sihat diamalkan secara konsisten, tubuh akan lebih cekap mengawal tenaga dan mencegah lonjakan gula yang tidak diingini. ๐Ÿ’ช๐Ÿฅ—๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ

Jadikan kesihatan sebagai pelaburan terbaik untuk masa depan anda! ๐ŸŒธ


โœ… Gula darah yang sering naik-turun bukan sekadar isu sementara. Lama-kelamaan, tubuh boleh jadi โ€œkebalโ€ terhadap insuli...
12/09/2025

โœ… Gula darah yang sering naik-turun bukan sekadar isu sementara. Lama-kelamaan, tubuh boleh jadi โ€œkebalโ€ terhadap insulin, inilah yang kita panggil sebagai rintangan insulin.

Apabila keadaan ini berlaku, sel jadi kurang responsif, gula kekal tinggi dalam darah, dan risiko penyakit kronik meningkat.

Tips Sihat๐Ÿ’ก
Kawal pemakanan, kurangkan gula ringkas, serta amalkan gaya hidup aktif supaya tubuh kekal peka terhadap insulin. Mencegah lebih mudah berbanding merawat.

๐Ÿ‘‰ Jaga gula hari ini, lindungi kesihatan masa depan anda.



โœจ Salam Maulidur Rasul 1447H โœจMarilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan muli...
04/09/2025

โœจ Salam Maulidur Rasul 1447H โœจ

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia pembawa rahmat seluruh alam. ๐ŸŒธ

Semoga kita sentiasa meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian โ€“ penuh kasih sayang, sabar dan berakhlak mulia.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๐ŸŒน

๐ŸฆŸ INFO TERKINI DENGGI โ€“ DAERAH KUALA LANGAT (31 Ogos 2025)๐Ÿ“Š Jumlah kes demam denggi di Malaysia: 39,576 kes๐Ÿ“Š Kes di Sela...
02/09/2025

๐ŸฆŸ INFO TERKINI DENGGI โ€“ DAERAH KUALA LANGAT (31 Ogos 2025)

๐Ÿ“Š Jumlah kes demam denggi di Malaysia: 39,576 kes
๐Ÿ“Š Kes di Selangor: 16,680 kes
๐Ÿ“Š Kes di Kuala Langat: 610 kes

โš ๏ธ Jumlah wabak di Kuala Langat: 2 (wabak terkawal)
๐Ÿ˜๏ธ Kawasan terlibat:
1. Pangsapuri Langat Utama โ€“ 3 kes
2. Pangsapuri Langat Murni โ€“ 2 kes

๐Ÿ™ Sama-sama kita ambil masa 10 minit setiap minggu untuk periksa kawasan rumah dan pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

๐Ÿ”” Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.
Untuk maklumat lanjut hubungi: Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat โ˜Ž๏ธ 03-31872355

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Selamat Hari Kemerdekaan ke-68! โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari ini kita raikan kebebasan yang telah diperjuangkan dengan keringat dan pengo...
31/08/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ Selamat Hari Kemerdekaan ke-68! โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari ini kita raikan kebebasan yang telah diperjuangkan dengan keringat dan pengorbanan. Semoga semangat perpaduan, kasih sayang dan saling menyantuni terus mekar dalam hati setiap rakyat Malaysia. ๐ŸŒบ

๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’›
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni

โœจ Ramai wanita mengalami simptom yang pelik pada badan tanpa sedar ia sebenarnya tanda rintangan insulin.๐Ÿ‘‰ Rintangan ins...
29/08/2025

โœจ Ramai wanita mengalami simptom yang pelik pada badan tanpa sedar ia sebenarnya tanda rintangan insulin.

๐Ÿ‘‰ Rintangan insulin berlaku apabila sel badan tidak memberi respon dengan baik terhadap hormon insulin. Akibatnya, gula dalam darah sukar masuk ke dalam sel dan badan terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin.

โณ Lama-kelamaan, keadaan ini boleh menjejaskan metabolisme, hormon, kesuburan, malah meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan masalah jantung.

๐Ÿ’ก Kuncinya adalah dengan menjaga gaya hidup โ€“ pemakanan sihat, kawal stres, cukup tidur dan aktif bergerak. Lebih awal ia dikenali, lebih mudah dicegah sebelum melarat.

โค๏ธ Sayangi diri, kenali tanda-tanda awal dan ambil langkah pencegahan untuk kesihatan jangka panjang.


Address

No. 1 Jalan SD 1/1, Taman Seri Dagang, Bukit Changgang
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Telephone

+60331494784

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Fuziah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Fuziah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram