Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, Jalan Sultan Alam Shah, Banting.

๐Ÿ“ข MAKLUMAN WABAK DENGGI DI DAERAH KUALA LANGAT Kes denggi masih menunjukkan peningkatan dan beberapa lokaliti telah dike...
30/03/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN WABAK DENGGI DI DAERAH KUALA LANGAT

Kes denggi masih menunjukkan peningkatan dan beberapa lokaliti telah dikenal pasti sebagai hotspot dan kawasan wabak. โš ๏ธ

๐ŸฆŸ Aedes mudah membiak terutama musim perayaan!
Jangan biarkan kawasan rumah anda menjadi tempat pembiakan nyamuk.

๐Ÿ’ก Langkah pencegahan yang perlu diamalkan:
โœ”๏ธ Ikat dan buang sampah dalam tong bertutup
โœ”๏ธ Lupuskan bekas air bertakung seperti botol, tin & plastik
โœ”๏ธ Periksa kawasan rumah sekurang-kurangnya 10 minit seminggu
โœ”๏ธ Bersihkan buluh lemang & bekas makanan selepas digunakan

๐Ÿ“ Ingat!
Tiada Aedes = Tiada Denggi

โฑ๏ธ Luangkan hanya 10 minit untuk lindungi keluarga anda!




26/03/2026
26/03/2026

๐Ÿšจ JOM SERTAI WEBINAR KESIHATAN! ๐Ÿšจ

Elak keracunan makanan semasa musim perayaan! ๐ŸŽ‰
Ketahui panduan penyediaan makanan yang selamat khusus untuk majlis keramaian & rumah terbuka.

๐Ÿ—“ 01 April 2026 (Rabu)
โฐ 8:30 pagi
๐Ÿ“ Studio Senaman Wellness Hub Kuala Langat
& secara LIVE di Google Meet

๐ŸŽค Disampaikan oleh:
Puan Azura binti Alias
(Pegawai Teknologi Makanan, PKD Kuala Langat)

โœจ Menarik:
โœ… Percuma & terbuka kepada semua
โœ… E-sijil penyertaan disediakan

๐Ÿ“ฒ Imbas QR code atau klik pautan:
https://meet.google.com/shn-mfqp-hwn

Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu & lindungi keluarga daripada keracunan makanan! ๐Ÿ’ช




26/03/2026
Jom beraya dengan ceria, tapi jangan leka dengan HFMD!Sambutan Hari Raya lebih bermakna bila anak-anak sihat dan ceria. ...
23/03/2026

Jom beraya dengan ceria, tapi jangan leka dengan HFMD!

Sambutan Hari Raya lebih bermakna bila anak-anak sihat dan ceria. Sebelum bawa anak beraya atau terima kunjungan tetamu, pastikan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda HFMD seperti:

๐ŸŒก๏ธ Demam
๐Ÿค• Sakit kepala
๐Ÿฝ๏ธ Hilang selera makan
๐Ÿ‘„ Ulser pada tekak, mulut dan lidah
๐Ÿ–๏ธ๐Ÿฆถ Ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki

Sekiranya anak mempunyai gejala-gejala ini, elakkan membawa mereka ke rumah terbuka, pusat jagaan atau tempat awam bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan kepada orang lain.

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.
Amalkan kebersihan diri dan persekitaran demi melindungi anak-anak kita.





Indahnya beraya bersama sanak saudara, tetapi jangan lupa keselamatan si kecil.Sempena musim perayaan ini, ibu bapa dan ...
22/03/2026

Indahnya beraya bersama sanak saudara, tetapi jangan lupa keselamatan si kecil.
Sempena musim perayaan ini, ibu bapa dan penjaga disaran supaya sentiasa menjaga kebersihan permainan serta peralatan anak dengan sabun dan air bersih.

Elakkan juga anak-anak daripada memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan HFMD dan penyakit berjangkit lain.

Mari terus berwaspada dengan menjaga kebersihan diri, anak-anak dan persekitaran agar sambutan Aidilfitri kekal ceria dan sihat.

Cegah HFMD, lindungi anak-anak kita.







SERONOK BERAYA, JANGAN SAMPAI TERLEKA!Ibu bapa dan penjaga, sentiasa peka dengan tanda-tanda HFMD pada anak-anak seperti...
21/03/2026

SERONOK BERAYA, JANGAN SAMPAI TERLEKA!

Ibu bapa dan penjaga, sentiasa peka dengan tanda-tanda HFMD pada anak-anak seperti:

๐ŸŒก๏ธ Demam
๐Ÿฝ๏ธ Hilang selera makan
๐Ÿ–๏ธ๐Ÿฆถ Ruam atau lepuh pada tangan dan kaki

Sekiranya anak anda mempunyai gejala ini, asingkan anak dengan segera dan dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat.

Musim perayaan adalah waktu untuk bergembira, namun jangan abaikan langkah pencegahan:

๐Ÿงผ Cuci tangan dengan sabun secara kerap
๐Ÿ  Jaga kebersihan diri dan persekitaran
๐Ÿšซ Elakkan membawa anak bergejala ke tempat awam

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.
Lindungi anak-anak kita, jaga kesihatan bersama.


19/03/2026

Video Raya 2026
Klinik Kesihatan Tanjung Sepat
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat

Selamat Hari Raya Aidilfitri ๐ŸŽ‡๐ŸŽ†
Maaf zahir dan batin ๐Ÿ˜Š๐Ÿ™




Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi,orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengutama...
19/03/2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi,orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan kebersihan diri, khususnya amalan mencuci tangan bagi mencegah penularan penyakit HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut).

Dalam suasana ziarah-menziarahi, bersalaman dan berkongsi juadah, risiko penyebaran kuman adalah lebih tinggi, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, semua pihak digalakkan untuk:

โ€ข Mencuci tangan dengan air dan sabun secara kerap, terutamanya sebelum makan dan selepas bersalaman

โ€ข Menggunakan pensanitasi tangan sekiranya tiada kemudahan mencuci tangan

โ€ข Memastikan kanak-kanak sentiasa menjaga kebersihan tangan dan tidak berkongsi peralatan peribadi

โ€ข Mengelakkan kunjungan jika mempunyai gejala seperti demam, ruam atau lepuh

Amalkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul bagi memastikan kebersihan optimum dan melindungi diri serta keluarga daripada jangkitan.

Marilah kita menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan dalam keadaan sihat dan selamat.
Kebersihan dijaga, kesihatan terpelihara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.





Address

Jalan Sultan Alam Shah
Banting
42700

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60331872355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram