Hospital Banting

Hospital Banting Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Banting, Hospital, Jalan Sultan Alam Shah, Banting.

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐†๐ฎ๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐‘๐š๐๐ข๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข, ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ Pada 13 April 2026, satu lawata...
13/04/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ฌ๐ข๐ซ ๐†๐ฎ๐๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐‘๐š๐๐ข๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข, ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ 

Pada 13 April 2026, satu lawatan kerja dan sesi perkongsian integrasi sistem RISPACS telah diadakan oleh pihak Hospital Pasir Gudang ke Jabatan Radiologi, Hospital Banting. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan profesional serta membuka ruang berkongsi pengalaman menggunakan sistem Radiology Information System (RIS) dan Picture Archiving and Communication System (PACS) tempatan untuk kemudahan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang telah dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.

Delegasi Hospital Pasir Gudang telah disambut mesra oleh warga Jabatan Radiologi Hospital Banting. Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan jabatan serta perkongsian pengalaman berkaitan pelaksanaan dan pengurusan sistem RISPACS.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta berpeluang meninjau aliran kerja jabatan, penggunaan sistem secara langsung, serta bertukar pandangan mengenai amalan terbaik dalam meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan pengimejan. Perbincangan turut memberi fokus kepada cabaran semasa serta cadangan penambahbaikan yang boleh diaplikasikan di Hospital Pasir Gudang yang masih dalam fasa pembangunan sistem.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penghargaan kepada pihak Hospital Banting atas kesudian berkongsi kepakaran dan pengalaman.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah mencapai objektifnya dalam memberikan pendedahan, meningkatkan pengetahuan serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak.

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ โ€œ๐“๐ก๐ž ๐€๐๐‚ ๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐Œ๐จ๐๐ž๐ซ๐ง ๐„๐ซ๐š: ๐€๐๐๐ข๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐’๐ฉ๐ž๐œ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ฆ, ๐๐ž๐ฒ๐จ๐ง๐ ๐’๐ฎ๐›๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐œ๐ž๐ฌ, ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฑ ๐๐ž๐ก๐š๐ฏ๐ข๐จ๐ฎ๐ซโ€Kursus bertajuk โ€œThe ABC in ...
13/04/2026

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ โ€œ๐“๐ก๐ž ๐€๐๐‚ ๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐Œ๐จ๐๐ž๐ซ๐ง ๐„๐ซ๐š: ๐€๐๐๐ข๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐’๐ฉ๐ž๐œ๐ญ๐ซ๐ฎ๐ฆ, ๐๐ž๐ฒ๐จ๐ง๐ ๐’๐ฎ๐›๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐œ๐ž๐ฌ, ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฑ ๐๐ž๐ก๐š๐ฏ๐ข๐จ๐ฎ๐ซโ€

Kursus bertajuk โ€œThe ABC in the Modern Era: Addiction Spectrum, Beyond Substances, Complex Behaviourโ€ telah dianjurkan oleh Jabatan Psikiatri Hospital Banting pada 10 April 2026 (Jumaat) bertempat di Blok Kuliah Hospital Banting. Kursus ini telah dirasmikan oleh Dr. Malindawati Binti Mohd Fadzil dan disertai oleh petugas kesihatan dari Hospital Banting serta daerah Kuala Langat berjumlah 50 orang.

Penganjuran kursus ini merupakan satu inisiatif julung kali di daerah Kuala Langat yang menampilkan pendekatan intensif dan holistik dalam memahami isu ketagihan. Fokus utama kursus adalah kepada anjakan paradigma dalam melihat ketagihan bukan sahaja dari aspek penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol, tetapi turut merangkumi spektrum ketagihan tingkah laku (๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ท๐˜ช๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ) seperti penggunaan gajet, perjudian dalam talian dan ketagihan internet .

Penceramah kursus terdiri daripada pegawai perubatan dan pakar-pakar psikiatri Hospital Banting. Jemputan khas ialah Dr. Amir Zulhilmi Yahya yang merupakan Fellow dalam bidang Psikiatri Ketagihan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengenal pasti serta menangani masalah ketagihan dalam komuniti.

13/04/2026

๐“๐ซ๐š๐ง๐ฌ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐š๐ง ๐€๐ง๐๐š, ๐Š๐ž๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง ๐Š๐š๐ฆ๐ข ๐Ÿฅโœจ

Hospital Banting terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pelanggan. Sehubungan itu, kami dengan bangganya mengumumkan bahawa ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ด๐—ด๐˜† kini telah beroperasi sepenuhnya! ๐Ÿš๐Ÿ’จ

Inisiatif proaktif ini merupakan manifestasi komitmen kami dalam meningkatkan kualiti fasiliti yang berteraskan keperluan pesakit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—ž๐—ž๐— ) serta ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ (๐—๐—ž๐—ก๐—ฆ) atas sokongan tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan projek ini. Semoga kemudahan ini memberikan impak positif dan keselesaan yang bermakna buat semua pengunjung. ๐Ÿ™๐ŸŒŸ

๐Ÿš—๐Ÿ’จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต โ€˜๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฎ๐‘ฎ๐’€โ€™ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘บ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ'๐พ๐‘’ ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘–๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘’๐‘ ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘˜๐‘ ๐‘’๐‘ ๐‘–๐‘๐‘–๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘– ๐‘๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘›'Berita baik! ๐ŸŽ‰Per...
12/04/2026

๐Ÿš—๐Ÿ’จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต โ€˜๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฎ๐‘ฎ๐’€โ€™ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘บ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ
'๐พ๐‘’ ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘–๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘’๐‘ ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘˜๐‘ ๐‘’๐‘ ๐‘–๐‘๐‘–๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘– ๐‘๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘›'

Berita baik! ๐ŸŽ‰
Perkhidmatan โ€˜Buggyโ€™ dalam kawasan Hospital Banting akan mula beroperasi pada:

๐Ÿ“… ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Sebanyak ๐Ÿ– ๐ฅ๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐ก๐ž๐ง๐ญ๐ข๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ ๐ ๐ฒ akan disediakan bagi memudahkan pergerakan pelanggan di sekitar kawasan hospital. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan akses, khususnya kepada warga emas, pesakit serta pengunjung, di samping memastikan pengalaman yang lebih selesa dan efisien sepanjang berada di hospital.

Diharapkan pelaksanaan kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada semua pelanggan Hospital Banting. ๐Ÿ’™

Sebarang maklum balas, sila kemukakan di pautan ini:
https://forms.gle/kPbx4BQP5Q24PZ7M6

๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ง๐ฒ๐š ๐’๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ค๐ญ๐ข, ๐Š๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐งDengan penuh rasa hiba, seluruh warga Hospital Banting merakamkan u...
12/04/2026

๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ง๐ฒ๐š ๐’๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ค๐ญ๐ข, ๐Š๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง

Dengan penuh rasa hiba, seluruh warga Hospital Banting merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Haji Johan bin Panidi, Penolong Pegawai Farmasi, Hospital Banting yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Ahad, 12 April 2026.

Semoga segala amal bakti Allahyarham diterima sebagai amal soleh, diampuni segala khilaf, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-fatihah...

๐ŸŒฟ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ (๐‡๐Œ๐ˆ) ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐Š๐Š๐Œ)๐Ÿ“ Hospital Banting | ๐Ÿ“… 8 Apri...
10/04/2026

๐ŸŒฟ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ (๐‡๐Œ๐ˆ) ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐Š๐Š๐Œ)
๐Ÿ“ Hospital Banting | ๐Ÿ“… 8 April 2026 (Khamis)

๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, Audit Pensijilan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) di Hospital Banting telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan auditor, Ustazah Sarah Norasikin binti Abdullah dan Ustaz Mohd Balyan bin Mahmud, atas komitmen serta penilaian yang telah dijalankan sepanjang sesi audit ini.

Terima kasih juga kepada seluruh warga Hospital Banting yang telah memberikan kerjasama penuh dalam memastikan kelancaran audit ini.

Semoga segala usaha yang telah dilaksanakan ini membuahkan hasil yang terbaik, dan Hospital Banting berpeluang untuk menerima keputusan yang cemerlang. InsyaAllah. ๐Ÿคฒโœจ





๐ŸŒ๐Ÿฉบ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€œKesihatan Anda, Keutamaan Kamiโ€Kesihatan adalah asas kesejahteraan hidup da...
06/04/2026

๐ŸŒ๐Ÿฉบ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โ€œKesihatan Anda, Keutamaan Kamiโ€

Kesihatan adalah asas kesejahteraan hidup dan kemakmuran masyarakat. Marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan kesedaran, tanggungjawab dan keprihatinan demi masa depan yang lebih sihat dan sejahtera.๐Ÿ’™

๐๐ž๐ง๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐€๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐Ÿ ๐๐š๐ง ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Š๐จ๐ ๐†๐ซ๐ž๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pada 1 dan 2 April 2026 Pensijilan Pengurusan Pesakit Agr...
03/04/2026

๐๐ž๐ง๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐€๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐Ÿ ๐๐š๐ง ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Š๐จ๐ ๐†๐ซ๐ž๐ฒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pada 1 dan 2 April 2026 Pensijilan Pengurusan Pesakit Agresif dan Latihan Kod Grey telah berjaya diadakan dengan seramai 35 peserta yang menyertai dan berjaya memperoleh pensijilan. Kursus ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kod Grey Hospital Banting dan Unit Kesihatan Awam dengan kerjasama Jabatan Psikiatri Hospital Banting.

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐ข๐ง๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐š๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐ฉ๐š๐ฌ๐ญ๐ข ๐ญ๐š๐ง๐๐š-๐ญ๐š๐ง๐๐š ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐Ÿ๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ซ๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐ค๐ž๐ค๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง, ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐ญ๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ง๐๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐š๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐Ÿ, ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ฆ๐›๐š๐ก ๐›๐š๐ข๐ค ๐š๐ฌ๐ฉ๐ž๐ค ๐๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐ข๐ง๐ฌ๐ข๐๐ž๐ง ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง. ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ง๐ญ๐ข๐ง๐  ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ž๐ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ฌ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐ค๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐š๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐š ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Hospital Selayang atas kesudian menjadi fasilitator jemputan dan menjayakan kursus ini.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐‘ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿฉบ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธMeraikan insan yang menjadi nadi utama dalam penjagaan kesihatan dan penyelamat ny...
01/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐‘ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿฉบ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ

Meraikan insan yang menjadi nadi utama dalam penjagaan kesihatan dan penyelamat nyawa. Dengan semangat โ€œMemacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatanโ€, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, kepakaran dan pengorbanan para doktor dalam memberikan rawatan terbaik kepada masyarakat. โค๏ธ

Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi, empati dan profesionalisme demi masa depan kesihatan yang lebih cemerlang!

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’ˆ๐’€๐‘ฉ๐’“๐’”. ๐‘ซ๐’“. ๐‘ด๐’‚๐’๐’Š๐’๐’…๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’Š ๐’ƒ๐’Š๐’๐’•๐’Š ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘ญ๐’‚๐’…๐’›๐’Š๐’Malindawati Mohd Fadzil๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฏ๐’๐’”๐’‘๐’Š๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’•๐’Š๐’๐’ˆSetinggi-tinggi tah...
30/03/2026

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’ˆ
๐’€๐‘ฉ๐’“๐’”. ๐‘ซ๐’“. ๐‘ด๐’‚๐’๐’Š๐’๐’…๐’‚๐’˜๐’‚๐’•๐’Š ๐’ƒ๐’Š๐’๐’•๐’Š ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘ญ๐’‚๐’…๐’›๐’Š๐’
Malindawati Mohd Fadzil
๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฏ๐’๐’”๐’‘๐’Š๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’•๐’Š๐’๐’ˆ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Malindawati binti Mohd Fadzil atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Banting yang baharu, berkuatkuasa 30 Mac 2026. ๐ŸŒน

Semoga kepimpinan ini membawa inspirasi, kecemerlangan dan transformasi yang lebih gemilang kepada Hospital Banting. Bersama kita terus komited memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk komuniti! ๐Ÿ’™

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ!"๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’๐’‚๐’๐’– ๐’Ž๐’†๐’๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚๐’๐’Œ๐’‚๐’ ๐’“๐’Š๐’๐’…๐’–, ๐‘บ๐’š๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’‹๐’†๐’๐’Ž๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’“๐’†๐’”๐’•๐’–." โœจ๐ŸŒ™Di hari yang mulia i...
20/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ!

"๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’๐’‚๐’๐’– ๐’Ž๐’†๐’๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚๐’๐’Œ๐’‚๐’ ๐’“๐’Š๐’๐’…๐’–, ๐‘บ๐’š๐’‚๐’˜๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’‹๐’†๐’๐’Ž๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’“๐’†๐’”๐’•๐’–." โœจ๐ŸŒ™

Di hari yang mulia ini, mari kita kukuhkan tali silaturahim yang sedia terjalin walau di mana jua kita berada. Semoga ukhuwah dan kasih sayang sesama kita terus mekar membawa kedamaian serta kekuatan buat semua. โค๏ธ๐Ÿค

Jadikan Syawal kali ini bukan sekadar keraian, tetapi jambatan yang mengeratkan lagi hubungan kita dalam suasana yang penuh harmoni dan keberkatan. ๐Ÿ•Œโœจ

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’‚๐’‡ ๐’๐’‚๐’‰๐’Š๐’“ & ๐‘ฉ๐’‚๐’•๐’Š๐’. ๐ŸŒ™

Address

Jalan Sultan Alam Shah
Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Banting:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category