Kolej Komuniti Kuala Langat (Official)

Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) Kenali Kolej Komuniti Kuala Langat
https://www.youtube.com/watch?v=h-iajVHDyF4 Pada Disember 2003 KKKL berpindah ke kampus induk di Bandar Jugra.

Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan dijadualkan masuk ke kampus induk yang sedang dalam pembinaan pada Disember 2003 di Bandar Jugra. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini pada 17 Jun 2003. Kemudian pada tahun 2008, KKKL mempunyai satu cawangan di Klang dan pada tahun 2009, cawangan Shah Alam telah dibuka.

Syabas KK Kuala Langat! Tiga pelajar muncul antara yang terbaik! Anugerah TVET Star PolyCC 2025! | KitaReporters: Membaw...
19/04/2026

Syabas KK Kuala Langat! Tiga pelajar muncul antara yang terbaik! Anugerah TVET Star PolyCC 2025! | KitaReporters: Membawa Suara Komuniti

TIGA pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat

17/04/2026

Politeknik Mersing dan Kolej Komuniti Kuala Langat telah mengharumkan nama POLYCC apabila terpilih sebagai penerima ๐“๐ก๐ž ๐‚๐„๐Ž ๐Š๐ข๐ง๐๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐Œ๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐๐ฌ bersama-sama 20 organisasi lain termasuk agensi dan NGO.

Asia Pacific Sustainability Conference & Awards (APSA) 2026 The CEO Circle Kindness Movement merupakan sebuah platform antarabangsa yang menghimpunkan institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, pemain industri serta rakan serantau bagi membincangkan kelestarian, pembangunan komuniti dan kepimpinan beretika melalui inisiatif berimpak tinggi berasaskan komuniti.






Politeknik Mersing, Johor
Kolej Komuniti Kuala Langat (Official)

โœจ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”โœจWarga Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang (KKKLCS) ingin...
17/04/2026

โœจ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”โœจ

Warga Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang (KKKLCS) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

๐ŸŒน Encik Jamaludin bin Musa

atas segala sumbangan, dedikasi dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan di KKKL dan KKKLCS.

Segala jasa, ilmu dan ukhwah yang terjalin akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada kami semua. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu.




17/04/2026
๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ข๐—ป-๐—ฆ๐—ถ๐˜๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น @ ๐—”๐—ป๐˜‚๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑKUALA LUMPUR, 13 April 2026 โ€“ Program On-Site Practical @ Anuge...
17/04/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ข๐—ป-๐—ฆ๐—ถ๐˜๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น @ ๐—”๐—ป๐˜‚๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

KUALA LUMPUR, 13 April 2026 โ€“ Program On-Site Practical @ Anugerah TVETSTAR POLYCC 2025 telah berjaya dilaksanakan bertempat di M Resort Hotel , Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung pada 13 April 2026 ini telah disertai oleh seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Diploma in Sound and Lighting Technology (DSL) Semester 2 dan Semester 4.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah pelaksanaan Industry on Campus (IOC) yang bertujuan memberikan pendedahan serta pengalaman industri sebenar kepada pelajar. Sepanjang program berlangsung, pelajar-pelajar telah terlibat secara langsung dalam aspek persiapan teknikal, pemasangan, serta pengendalian sistem audio dan pencahayaan bagi sesebuah acara. Selain itu, sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Encik Rafiq Akmal bin Radzuan, juruaudio yang berpengalaman daripada DOREMI Services & Rental Sdn. Bhd.yang menerangkan mengenai keperluan industri, amalan kerja sebenar serta standard profesional dalam bidang audio dan pencahayaan

Diharapkan program seperti ini dapat mencapai objektifnya dalam melahirkan pelajar yang lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan, di samping membuktikan bahawa pendidikan TVET mampu menghasilkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan bertaraf profesional.




๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค: ๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐ฅ๐จ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐šPUTRAJAYA, 15 April 2026 (Rabu) - Program Lawatan Akademik: Eksplora...
17/04/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค: ๐„๐ค๐ฌ๐ฉ๐ฅ๐จ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

PUTRAJAYA, 15 April 2026 (Rabu) - Program Lawatan Akademik: Eksplorasi Sistem Kehakiman Negara telah diadakan bertempat di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Sesi lawatan ini telah disertai oleh seramai 52 orang pelajar Sijil Teknologi Maklumat bersama tiga orang pensyarah pengiring.

Lawatan akademik ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai struktur, fungsi dan peranan institusi kehakiman di Malaysia. Melalui program ini, pelajar berpeluang memahami dengan lebih jelas proses perundangan serta pelaksanaan sistem kehakiman dalam konteks sebenar.

Selain itu, lawatan ini juga membantu pelajar menghubungkaitkan teori yang dipelajari di dalam kelas bagi kursus Pengajian Malaysia dengan amalan sebenar dalam institusi kehakiman, sekali gus meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelajar terhadap sistem pentadbiran negara.

Diharapkan program sebegini dapat memperkukuhkan lagi pengetahuan pelajar serta membentuk pemikiran kritis dan kesedaran sivik dalam kalangan mereka sebagai warganegara yang berinformasi.




๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ir. Ts. Mazuwan bin Mustaffa atas kejayaan memper...
17/04/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ir. Ts. Mazuwan bin Mustaffa atas kejayaan memperoleh kelayakan sebagai Jurutera Profesional (Ir) daripada Lembaga Jurutera Malaysia, berkuat kuasa mulai 15 April 2026.

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan hasil dedikasi, komitmen dan kecemerlangan berterusan dalam bidang kejuruteraan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga dan terus memacu kecemerlangan pada masa hadapan.




๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ : ๐—ž๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ท ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2026 - Telah ...
17/04/2026

๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ : ๐—ž๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ท ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–

KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2026 - Telah berlangsung hari ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Kolej Komuniti Kuala Langat dan Politeknik Mersing telah mengharumkan nama POLYCC apabila terpilih sebagai penerima The CEO Kindness Movement Awards bersama 20 organisasi lain termasuk agensi dan NGO.

Asia Pacific Sustainability Conference & Awards (APSA) 2026 The CEO Circle Kindness Movement merupakan sebuah platform antarabangsa yang menghimpunkan institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, pemain industri serta rakan serantau bagi membincangkan kelestarian, pembangunan komuniti dan kepimpinan beretika melalui inisiatif berimpak tinggi berasaskan komuniti.

Kolej Komuniti Kuala Langat melalui projek โ€œEmpowered Hands, Giving Heartsโ€ inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang memperkasa komuniti melalui pemindahan ilmu, kemahiran, pembangunan keusahawanan dan semangat kesukarelawanan. Projek Inkubator Komuniti PSH@KKKL, setiap hasil projek dikongsikan semula kepada komuniti dari komuniti untuk komuniti dalam bentuk bantuan, peluang pembelajaran dan perkongsian manfaat secara berterusan.

Politeknik Mersing melalui projek โ€œCommunity Based Project: Empower the Local Community of Orang Asli, Tanah Abang Mersingโ€ memperkasa komuniti Orang Asli melalui pertanian lestari dan keusahawanan, menjana impak ekonomi (RM55,000 hasil tuaian), serta membangunkan kemahiran masa hadapan melalui teknologi IoT fertigasi khususnya kepada komuniti orang asli di Tanah Abang Mersing.

Pengiktirafan ini telah membuktikan komitmen berterusan institusi TVET dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan, kemahiran dan nilai kemanusiaan.






๐—ง๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ปBATING, 15 APRIL 2026 โ€“ Pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan kelas ...
17/04/2026

๐—ง๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป

BATING, 15 APRIL 2026 โ€“ Pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan kelas SPP 2B telah menganjurkan Program Tautan Kasih SPP yang bertempat di ECO Emerald @ Dengkil.

Program ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar program SPP yang menunjukkan peningkatan dan kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah khususnya kepada pelajar semester 3 yang akan melangkah ke latihan industri.

Program ini bukan sekadar untuk meraikan kecemerlangan pelajar bahkan ianya juga merupakan salah satu latihan praktikal bagi kursus-kursus yang dipelajari pada semester 2 merangkumi asas komunikasi, etika perniagaan, keusahawanan digital dan prinsip perakaunan. Pelajar telah dibimbing oleh penasihat akademik iaitu Pn. Fasehahnoor Yaacob.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah, En. Mohd Asyraf bin Md Sum. Turut hadir memeriahkan majlis ialah:

โ€ข Ts. Kaslia binti Kasiran
(Timbalan Pengarah Akademik)
โ€ข En. Mohamad Shabudin bin Mohamad Nor
(Timbalan Pengarah Pengurusan)
โ€ข Pn. Utami Hidayah binti Abdul Aziz
(Ketua Jabatan Sains Sosial)
โ€ข Pn. Rashidah binti Abu
(Ketua Program Sijil Pengoperasian Perniagaan)
โ€ข Pensyarah-pensyarah program SPP

Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Kecemerlangan Kursus, Anugerah Penglibatan Antarabangsa, Anugerah Keusahawanan, Anugerah Kecemerlang Akademik, Anugerah Inovasi, dan Anugerah Kepimpinan.

Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan adalah dianugerahkan kepada Saudari Shamimi Alaini binti Khaliludin.

Majlis juga diserikan dengan pelbagai persembahan daripada pelajar dan pensyarah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar SPP2B atas komitmen dan usaha dalam menjayakan program ini dengan penuh dedikasi. Semoga pengalaman ini menjadi bekalan berharga dalam melaksanakan pengurusan majlis pada masa hadapan.





17/04/2026

"Saya tak malu untuk mengaku saya dari Kolej Komuniti & di situ tempat buat saya yakin saya success dalam belajar. Alhamdulilah, di Politeknik Muadzam Shah p**a saya dapat jadi best student "....




๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—˜๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐Ÿฐ๐—จ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—น๐˜‚๐—บ๐—ป๐—ถ @๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜‚ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—น ๐—˜๐—ต๐˜€๐—ฎ๐—ป, ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟBANTING , 16 APRIL 2026 - Program anjuran Kelab Tek...
16/04/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—˜๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐Ÿฐ๐—จ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—น๐˜‚๐—บ๐—ป๐—ถ @๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜‚ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—น ๐—˜๐—ต๐˜€๐—ฎ๐—ป, ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ

BANTING , 16 APRIL 2026 - Program anjuran Kelab Teknologi Elektrik dengan kerjasama Alumni SKE dan Pihak Surau Darul Ehsan, Kampung Bandar telah berjaya dilaksanakan. Penglibatan seramai 4 orang staf sebagai mentor serta 17 orang Ahli Kelab Teknologi Elektrik yang terdiri daripada Program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan Diploma Sound And Lighting (DSL) , Kolej Komuniti Kuala Langat.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan pendawaian elektrik di surau bagi meningkatkan kemudahan serta keselamatan pengguna. Program juga memberi ruang kepada pelajar untuk melatih dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari melalui pengalaman kerja di lapangan sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Alumni SKE, Saudara Muhammad Ammar Arffan bin Nasruddin dari Maa Electrical Service atas sumbangan bahan pendawaian serta kepakaran yang telah diberikan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti ini secara praktikal dan berimpak tinggi. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada pelajar serta komuniti setempat.




๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ
16/04/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ

Address

Jalan Sultan Suleiman Shah
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0331202030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Our Story

Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan dijadualkan masuk ke kampus induk yang sedang dalam pembinaan pada Disember 2003 di Bandar Jugra. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini pada 17 Jun 2003. Pada Disember 2003 KKKL berpindah ke kampus induk di Bandar Jugra. Kemudian pada tahun 2008, KKKL mempunyai satu cawangan di Klang dan pada tahun 2009, cawangan Shah Alam telah dibuka.