Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka

Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka, Medical and health, Klinik Kesihatan Batu Berendam, Batu Berendam.

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Hari Kelepasan Am : Cuti

Waktu rehat :

Hari Isnin - Khamis : 1.00 petang - 2.00 petang
Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

21/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Saya mendoakan agar Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran bersama insan tersayang dalam suasana yang harmoni dan ceria.

Dalam kegembiraan menyambut perayaan, marilah kita bersama-sama mengekalkan amalan hidup sihat, mengawal pengambilan makanan serta memastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan. Kesedaran terhadap penjagaan kesihatan perlu terus diperkasakan demi kesejahteraan bersama.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

21/03/2026
25/02/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk makluman semua. Klinik Kesihatan Batu Berendam sedang mengalami masalah teknikal berkaitan penyambungan telefon . Kami memohon maaf atas kesulitan ini . Kami sedang perbaiki masalah teknikal ini buat masa sekarang.

14/02/2026
07/02/2026

Sempena Hari Kanser Sedunia, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kanser yang berkesan. Usaha berterusan ini amat penting bagi mengurangkan beban penyakit serta memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

KKM akan terus komited dalam memperkasa sistem penjagaan kesihatan negara demi masa depan yang lebih sihat.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

04/02/2026

📌 Seharian di tempat kerja adakalanya boleh menyebabkan warga kerja berasa keletihan.

💪 Dengan itu, marilah mengamalkan tip-tip yang dikongsikan ini sebagai panduan dalam meningkatkan fleksibiliti diri, khususnya melalui aktiviti yang menyokong kesejahteraan fizikal dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti di tempat kerja.

26/01/2026

Selamat Menyambut Hari Kusta Sedunia.

Sempena Hari Kusta Sedunia, KKM menegaskan komitmen berterusan dalam usaha pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kusta.

Kusta boleh dirawat dan disembuhkan jika dikesan awal. Hentikan stigma, tingkatkan kesedaran demi kesejahteraan semua.

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

Sempena *Sambutan World Aids Day 2025*, Klinik Kesihatan Batu Berendam telah mengadakan program *"Sayangi Pasangan, Lind...
18/11/2025

Sempena *Sambutan World Aids Day 2025*, Klinik Kesihatan Batu Berendam telah mengadakan program *"Sayangi Pasangan, Lindungi Diri"* pada 18 Nov 2025.
Peserta : staff dan pesakit
Aktiviti : Ceramah Kenali HIV, premarital screening blood test & promosi kesihatan ( tatacara pemakaian kondom yang berkesan.)

Dari Lensa Kamera Program Kesihatan Mental Klinik Kesihatan Batu Berendam bersama Panel Penasihat Klinik pada semalam 11...
12/10/2025

Dari Lensa Kamera Program Kesihatan Mental Klinik Kesihatan Batu Berendam bersama Panel Penasihat Klinik pada semalam 11/10/2025 bertempat di dewan PPR Krubong MELAKA .

Jutaan Terima Kasih pada semua yang terlibat dan hadir meriahkan program ini.
Anda semua terbaik 👍🏻🤲🏻✅

Kepada pemenang pertandingan2 dan cabutan bertuah yang dianjurkan , syabas dan tahniah admin ucapkan ✅💪🏻

Semoga kita berjumpa lagi pada program seperti ini di masa hadapan 🥰

Address

Klinik Kesihatan Batu Berendam
Batu Berendam
75350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka:

Share