17/07/2024
Dengan memahami dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang betul, kita boleh melindungi diri daripada kesan berbahaya sinaran UV dan menikmati aktiviti luar dengan selamat. Berikut adalah antara langkah pencegahan:
1. Hadkan Pendedahan pada Waktu Terik:
Elakkan berada di luar rumah antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang, di mana sinaran UV adalah paling kuat.
2. Gunakan Pelindung Matahari:
Gunakan krim pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 15 yang melindungi daripada sinaran UVA dan UVB. Sapukan semula setiap dua jam, atau lebih kerap jika berpeluh atau berenang.
3. Pakai Pakaian Pelindung:
Gunakan pakaian yang menutupi kulit, topi bertepi lebar, dan cermin mata hitam yang melindungi daripada sinaran UV.
4. Cari Tempat Teduh:
Berada di bawah teduhan, seperti payung atau pokok, dapat mengurangkan pendedahan langsung kepada sinaran UV.