18/12/2025
Tahniah kepada Founder Qaseh Gold, Puan Hasniza Hassan, atas penyertaan dan graduasi dalam Program Perantis Women-Owned Family Business Sustainability.
Program berprestij ini dianjurkan oleh BG International Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Affin Bank dan Wassiyyah Shoppe.
Seramai 30 orang pemilik perniagaan wanita yang mengusahakan perniagaan berteraskan generasi keluarga telah terpilih menyertai program ini. Ia menjadi platform penting untuk berkongsi ilmu, bertukar pandangan serta memperkukuh strategi bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian perniagaan keluarga untuk jangka panjang.
Sepanjang program ini, Puan Hasniza Hassan berpeluang berinteraksi dan berkolaborasi bersama ramai usahawan wanita hebat dari pelbagai industri, sekali gus memperkayakan perspektif serta memperkukuh visi Qaseh Gold sebagai perniagaan yang mampan dan berdaya saing.
✨ Qaseh Gold percaya bahawa wanita bukan sahaja tulang belakang keluarga, malah pemacu utama kelestarian perniagaan dan ekonomi negara.
Tahniah sekali lagi atas pencapaian ini 🌟