14/05/2026
ANAK & BERMAIN: PRETEND PLAY
☕️🍪 PARTY MILO 🧁☕️
(berdasarkan pos lama siri RMO: BAHAGIAN 59)
Jom belajar "pretend play" bermain bersama saya. Oleh kerana ramai ibu bapa kini sudah tidak bermain dengan anak. Mungkin telah lupa cara bagaimana. Oleh itu saya akan kongsikan contoh bermain “Parti Milo”.
Oh ya kenapa kita kena buat "pretend play" bersama anak?
🧠 Kajian terkini menunjukkan bahawa aktiviti “pretend play” membantu perkembangan:
✅ bahasa reseptif (faham bahasa),
✅ bahasa ekspresif (guna bahasa),
✅ social communication,
✅ turn-taking,
✅ imaginasi, dan
✅ kemahiran menyelesaikan masalah.
Malah beberapa kajian juga menunjukkan kanak-kanak belajar bahasa dengan lebih baik apabila bahasa dimasukkan dalam aktiviti bermain yang menyeronokkan dan bermakna kepada mereka, berbanding hanya duduk menghafal perkataan semata-mata.
☕️☕️☕️☕️☕️
👉🏻 Ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa faham tentang aktiviti kali ini iaitu:
☑️ Ianya dalam bentuk skrip. Tetapi tidak perlu skrip yang hebat. 😁
☑️ Skrip ini hanyalah panduan supaya ibu bapa boleh bayangkan dan buat perancangan sebelum mulakan bermain dengan anak.
☑️ Untuk permulaan, Ayah bertindak sebagai “pengawal aktiviti”. Ibu p**a sebagai model bahasa dan perbuatan. Ibu juga sebagai penggalak supaya anak dapat sertai aktiviti dengan cara yang sesuai.
☑️ Di bawah nanti ada perkataan sasaran @ “target words”. Maksudnya dalam aktiviti ini, perkataan-perkataan inilah yang kita nak “masukkan” ke dalam otak anak supaya dia faham maksud dan tahu bagaimana nak gunakan dalam situasi sebenar.
☑️ Ingat lagi teori “Isi air ke dalam gelas”? Ya 😊 Untuk pastikan air itu melimpah, kita perlu sentiasa ulang dan masukkan bahasa secara konsisten.
☑️ Kajian menunjukkan kanak-kanak belajar bahasa melalui:
💡 pengulangan,
💡 mendengar model bahasa yang betul,
💡 melihat pergerakan, dan
💡 pengalaman sosial yang berulang-ulang.
Sebab itu kita kena banyak ulang dalam keadaan yang menyeronokkan, bukan paksa anak duduk belajar macam peperiksaan 😁
✏️ Saya juga senaraikan strategi yang digunakan. Ini bertujuan supaya kita dapat masukkan bahasa dengan cara paling bagus dan anak lebih mudah faham serta memberi respon.
🍪🍪🍪🍪🍪
🔎 STRATEGI YANG DIGUNAKAN:
1. Acoustic Highlighting (AH)
Gunakan intonasi pelbagai dan tekankan perkataan sasaran.
📌 Contoh:
“Shhhhhhh… air miloooo”
“Sedaaapppnyaaaa!”
👉🏻 Kajian menunjukkan penekanan intonasi membantu anak lebih mudah fokus dan “catch” perkataan penting.
2. Model (M)
Berikan contoh bagaimana nak sebut dan buat.
📌 Contoh:
“Ibu nak!”
(sambil angkat tangan)
3. Ulangan (U)
Ulang kembali apa yang disebut dengan lebih jelas.
📌 Contoh:
Anak: “Nak”
Ayah: “Ohh… Saya nak!”
4. Tunggu, tunggu dan tunggu lagi (T)
Tunggu sambil buat “muka tunggu” dalam tempoh 3-5 saat supaya anak ada peluang untuk respon.
⚠️ Ramai orang dewasa terlalu cepat bantu atau terlalu cepat tanya soalan lain. Sedangkan otak anak perlukan masa untuk proses bahasa dan rancang respon.
5. Menyanyi / Ritma (L)
Masukkan lagu atau bercakap guna ritma berlagu.
🎵 Kajian menunjukkan ritma dan lagu membantu fokus, memori dan penglibatan sosial anak.
♦️ PERKATAAN SASARAN:
- bunyi air “shhh”
- bunyi minum “guk guk guk ahh”
- Saya nak
- cukup
- sedap
- tengok
- dapat
- minum
- air milo
- dah siap
🧰 PERALATAN YANG DIGUNAKAN:
- Jug kecil
- Cawan kecil ; 3 buah
- Sudu
🧿 PENANDA:
A - Ayah
B - Ibu
C - Anak (Ijah)
☕️☕️☕️☕️☕️
PARTI MILO!
A : Kita nak main parti milo!
Tunggu!
Ayah ada jug, cawan dan sudu.
Kita nak buat air. Air apa? (AH)
B : Air Milo! (M)
A : Yeay! Air Milo! (U)
C : (T) (tengok)
A : Ok, ayah buat dulu. Tengok ye!
Letak Milo… tuang air… shhhhh…
Lepas tu ayah kacau.
🎶 Kacau kacau air milo,
Ayah kacau air milo 🎶
Dah siap!
Ayah ada air milo.
Siapa nak?! (AH)(L)
B : Ibu nak!
(sambil angkat tangan) (M)
C : (T) (tengok)
A : Bagus mintak! Ibu dapat!
Ayah tuang air milo… shhhhhh… (AH)
B : Cukup! (M)
C : (T) (tengok)
A : Ohh… cukup!
Ok, siapa nak lagi? (U)
C : (T)
(Jika anak belum faham, ibu bantu angkatkan tangan anak dan bantu anak sebut “Saya nak”)
A : Bagus mintak! Ijah dapat!
Ayah tuang air milo… shhhhhh… (AH)
C : (T)
(Ibu pegang tangan anak dan bantu anak sebut “cukup!”)
A : Ok… cukup! (U)
Semua dah ada air milo?
Oh-oh… Ayah tak ada lagi.
Ayah tuang air milo… shhhhh. (AH)
B : Cukup! (M)
A : Ok, cukup!
Semua dah ada air milo?
Jom kita miiinuuummm! (AH)
Guk guk guk… ahhh…
Emmmm… sedapnyaaaa…
(sambil jilat bibir)
Sedap tak?
B : Sedap 👍🏻 (M)
C : (T)
(Ibu bantu anak tiru “thumbs up”)
A : Ohh sedap kan air milo ayah buat. (AH)
🎶 Minum Milo anda sihat dan kuat 🎶
Ok… habis.
Kita simpan cawan.
Siapa nak buat air p**a?..
✅ Proses yang sama boleh disambung oleh Ibu dan akhir sekali beri peluang kepada Anak p**a menjadi “tukang buat air”.
✅ Boleh juga teruskan dengan aktiviti makan kuih/kek p**a. Tetapi gunakan konsep yang sama — Ayah tunjuk dahulu, Ibu jadi model bahasa dan bantu anak turut serta.
🧁🧁🧁🧁🧁
❤️ Dalam proses bermain “Pretend Play” ini apa yang penting adalah:
1️⃣ Kita beri anak banyak model bahasa yang betul.
2️⃣ Kita ulang banyak kali perkataan sasaran supaya anak boleh dengar dan praktis beberapa kali sehingga dia yakin.
3️⃣ Ianya aktiviti keluarga. Jadikan ia rutin harian bersama anak walaupun hanya 10-15 minit.
4️⃣ Perlu wujudkan elemen seronok 😊
Sebab itu ibu bapa kena “berdrama” sedikit. Muka terkejut, muka sedap, suara lucu, nyanyian dan gelak ketawa — semua ini membantu anak lebih fokus dan ingat bahasa dengan lebih baik.
5️⃣ Perlu wujudkan suasana yang selesa tanpa memarahi anak jika dia tak buat, belum faham atau tersalah sebut.
🧠 Kajian perkembangan bahasa menunjukkan kanak-kanak belajar lebih baik apabila mereka rasa:
🤩 selamat,
🤩 disokong, dan
🤩 seronok untuk mencuba.
Walaupun anak buat salah, kita tidak perlu paksa atau marah. Kita hanya perlu sokong cara dia belajar dan “model” semula bahasa yang betul beberapa kali sehingga dia boleh betulkan sendiri.
6️⃣ Jangan terlalu fokus pada “anak mesti cakap”.
Kadang-kadang pada peringkat awal, anak mungkin hanya:
👉🏻 tengok,
👉🏻 senyum,
👉🏻 tunjuk,
👉🏻 angkat tangan,
👉🏻 tiru pergerakan, atau
👉🏻 keluarkan bunyi sahaja.
✅ Itu juga komunikasi.
✅ Itu juga pembelajaran.
💙 Oleh itu… bermainlah bersama anak anda 🥰
Mr. SI SLT
SI ORI Therapy
Better Speech & Hearing Month