Kedai Peralatan Terapi

Kedai Peralatan Terapi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kedai Peralatan Terapi, Lot 6248 Jalan Kelulut 6 Kg Kelulut, Batu Caves.

📍Pakar Alatan Terapi Carakerja🧩 Alat Sensori, Montessori Materials,Early Learning Teaching Aids,Fine Motor & Speech Therapy.✅ Trusted Seller sejak 2012. 🚚Beli di sini: http://shopee.com.my/eduthera 📍Marang Terengganu

Min share sebab comey notes niSenang ibu ayah nak faham apa manfaat 6 Aktiviti terapi  dengan alatan yang sesuai niAktiv...
05/05/2026

Min share sebab comey notes ni

Senang ibu ayah nak faham apa manfaat 6 Aktiviti terapi dengan alatan yang sesuai ni

Aktiviti simple tapi tinggi nilai terapeutik

Yang dah beli lacing beads, tweezers , squishy ball boleh Teruskan terapi ya

Semoga bermanfaat!

Follow Pinterest: Miss OT Occupational Therapy

🖐️Terapi Tak Patut Berhenti Di Pusat Terapi Sahaja! Skil anak boleh merosot jika latihan tidak diteruskan secara konsist...
04/05/2026

🖐️Terapi Tak Patut Berhenti Di Pusat Terapi Sahaja!

Skil anak boleh merosot jika latihan tidak diteruskan secara konsisten. Itulah sebabnya kami sedia membantu Mama & Papa!

✅ Kekalkan kemajuan anak dengan aktiviti di rumah.
✅ Alatan yang direka khas untuk keperluan khas.
✅ Mudah & Menarik untuk sesi bermain & terapi di rumah

Jangan tunggu sehingga regress berlaku‼️

🔗Klik Link di komen untuk Katalog Alatan Terapi

03/05/2026

⚠️Ada sebab kenapa Anak Special Needs kita Tak Boleh Culas Terapi?

Pernah dengar istilah Regress?

Ia berlaku apabila anak mula kehilangan skil (komunikasi, motor atau sosial) yang telah mereka kuasai sebelum ini.

Bagi anak-anak istimewa, saraf otak mereka memerlukan rangsangan yang berulang-ulang untuk "melekat". Apabila terapi terhenti terlalu lama:

✅ Otot & Saraf "Lupa":
Skil yang belum mantap mudah hilang.

✅ Tingkah Laku Berubah:
Anak mungkin kembali kepada fasa tantrum atau behavior lama.

✅ Mula Dari Kosong:
Kita terpaksa membazir masa mengulang silabus lama.

⚠️Consistency is Key. Terapi yang konsisten memastikan progres sentiasa ke depan, bukan ke belakang.

Di video ni antara alatan peberet untuk terapi di rumah.

🔗 Klik link di komen untuk pembelian

Nampak Simple je order ni -satu paket Counting Bear warna-warni dengan Tube Stretcher Dari Australia dalam hati sis , Wa...
25/04/2026

Nampak Simple je order ni -

satu paket Counting Bear warna-warni dengan Tube Stretcher Dari Australia

dalam hati sis , Wah, hebat mak ni. Dia tahu apa yang anak dia perlukan …

Ramai yang tanya, Kenapa gigih sangat angkut fidget Stretcher ni dari Australia?
Bukan saja-saja susah payah angkut terbang jauh. Stretcher dari Australia ni kualitinya lain macam & kami nak bagi alatan terbaik untuk anak anak di Malaysia sama macam anak anak di Aussie 🇦🇺🦘

• Ketahanan Padu:

Tak mudah putus atau lembik. Tariklah kuat mana pun, dia punya resistance tu konsisten.

• Grip Selesa:

Memang direka untuk tangan kecil anak-anak supaya tak sakit bila pegang lama-lama.

• Fungsi Terapi:

Ini 'senjata' utama nak kuatkan otot jari jemari anak & tangan anak. Bila tangan kuat, barulah anak tak cepat lenguh bila menulis kat sekolah nanti, tak menangis nak Bukak lunch box atau botol air

Pastu, digabungkan p**a dengan Counting Bear yang comel tu. RM10 je sepaket tapi 'ilmu' dia mahal:

✅Boleh ajar anak sorting ikut warna.

✅Ajar asas mengira ~matematik jadi seronok!

✅ Latih fine motor skill bila anak sepit atau susun bear tu satu-satu.

Kadang-kadang, kita rasa macam mainan biasa kan? Tapi bagi anak-anak yang tengah 'struggle' dengan sensori atau motor halus, inilah alat bantuan yang paling bermakna buat mereka.

Terima kasih buat customer dari Kota Setar, Kedah ni sebab percayakan kualiti alatan terapi dari kedai kami. Kami doakan semoga anak-anak kita terus progres dengan baik! ❤️

🔗 Klik link di Komen untuk pembelian

10/04/2026

Anak dah sah didiagnos Autisme, tapi mak ayah berkeras tak nak buat Kad OKU.

Alasannya: "Tak nak anak dilabel ", "Takut masa depan anak gelap", "Jatuh maruah keluarga nanti!"

Tolonglah ibu bapa. Jangan gadaikan masa depan dan hak anak semata-mata untuk menjaga EGO orang dewasa!

Di Malaysia, Autisme dikategorikan di bawah OKU Pembelajaran.

Kad OKU BUKAN tanda anda "mengaku anak tu bermasalah" atau "cop dahi" untuk dihina. Ia adalah PENGIKTIRAFAN RASMI supaya sistem kerajaan kenal anak anda dan dapat berikan keistimewaan yang mereka berhak dapat.

Jangan tunggu sampai anak dah nak masuk darjah 1 dan urusan sekolah jadi caca-merba, baru terhegeh-hegeh nak buat kad. Bila anak berdaftar awal, ini kelebihan yang menanti:

1. Akses Pendidikan Khas (PPKI)
Dengan Kad OKU, laluan anak untuk masuk ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) jauh lebih mudah. Di sana, fasiliti dan guru memang dilatih khas untuk anak anda.

2. Pelepasan Cukai LHDN (Jimat Ribuan Ringgit!)
Bela anak istimewa perlukan kos tinggi. Kerajaan beri pelepasan cukai RM6,000 untuk anak OKU. Bukan itu je, kos anda hantar anak pergi terapi (Intervensi Awal/Diagnosis) pun boleh claim pelepasan cukai sehingga RM4,000

3. Kemudahan Awam & Pengangkutan Percuma
Pemegang Kad OKU dapat tambang PERCUMA untuk rangkaian RapidKL (bawah program OKU Smile) dan diskaun 50% untuk tiket KTM.

Kad OKU bukan menjatuhkan maruah anak. Ia membuka jalan untuk anak

Supaya bila dia perlukan sokongan bantuan, sistem dah sedia ada rekod, dan anda tak perlu mula dari kosong. Terapi intervensi awal sangat mahal, jangan bazirkan bantuan dan fasiliti yang kerajaan dah sediakan.

Buang rasa malu tu. Kad OKU adalah 'perisai' untuk melindungi hak anak anda di masa depan.

🤩 1 Mainan . 1001 ManfaatAnak struggle menulis? Susah Fokus? Masalah anxiety? Asyik Main Gajet Je? Cuba Mainan Sensori N...
01/04/2026

🤩 1 Mainan . 1001 Manfaat

Anak struggle menulis? Susah Fokus? Masalah anxiety? Asyik Main Gajet Je? Cuba Mainan Sensori Ni! 🌈

Kadang-kadang kita perlukan cara mudah untuk buat anak bertenang. Perkenalkan Fidget Pop It Spinner all the way dari Australia 🇦🇺 – mainan viral yang bawa double the fun!

Kenapa ramai cari mainan ni?
🧠 Bantu Fokus: Sangat bagus untuk anak-anak, terutamanya yang ada ADHD atau Autisme untuk latih fokus.
🖐️ Lemah Motor Halus: Tekan buble untuk kuatkan otot jari jemari
😌 Pelega Stress: Bunyi 'pop' dan gerakan berputar tu sangat menenangkan (calming).
📱 Kurangkan Gajet: Alternatif terbaik untuk alihkan perhatian anak daripada skrin telefon.

Satu mainan, pelbagai manfaat. Kecil, ringan & senang bawa ke mana-mana.

🔗 Tekan link di komen untuk pembelian

STOK TERHAD 🔥

Kemahiran Motor Halus 🖐️Jom rangsang kreativiti si kecil dengan aktiviti yang menyeronokkan!Daripada memasukkan manik ke...
30/03/2026

Kemahiran Motor Halus 🖐️

Jom rangsang kreativiti si kecil dengan aktiviti yang menyeronokkan!

Daripada memasukkan manik ke benang sehinggalah mengutip guli, 6 senaman mudah ini dapat membantu kanak-kanak menguatkan jari-jemari, meningkatkan koordinasi mata-tangan dan membina kemahiran motor halus—semuanya sambil bermain!

Want more expert tips and creative ideas to support your child's development? Make sure to follow Pinterest: Miss OT Occupational Therapist

"

İni versi sensory overload untuk dewasaKalau uolls nak tau ada juga customers kami beli sensory/fidget toys untuk keguna...
23/03/2026

İni versi sensory overload untuk dewasa
Kalau uolls nak tau ada juga customers kami beli sensory/fidget toys untuk kegunaan sendiri

Kata mereka nak guna di office

Cuba anda bayangkan anak kita yang non verbal tu hadap sensory overload/overwhelmed tapi tak gheti nak luahkan & tak tau cara untuk manage sensory overload tu

Kesian Anak kita 😢

Tahniah buat anda yang berjaya survived 1st dan 2nd raya.

Bagi sesetengah orang, raya bukan sekadar meriah. Raya juga boleh jadi sensory overload yang meletihkan badan, kepala dan emosi.

Dalam rumah yang orang lain nampak meriah, ada juga orang yang sedang berjuang diam-diam dengan bunyi, dengan emosi, dengan memori lama, dengan pertanyaan sensitif, malah dengan rasa penat yang tak pandai diterangkan.

Jadi kalau esok ,anda rasa nak berehat itu bukan bermakna anda sombong, tak pandai bergaul atau tak menghargai keluarga.

Kalau itu yang anda rasa, berehatlah tanpa rasa bersalah. Ambil ruang sekejap. Duduk di tempat yang sunyi. Tarik nafas perlahan. Tak perlu paksa diri jadi versi paling ceria hanya untuk menyenangkan semua orang.

Anda dah buat yang terbaik.

🌟Kami kongsikan TIPS BERAYA oleh terapis, OT Azila & OT VeeGunakan ni  untuk social story Semoga bermanfaat untuk anak i...
20/03/2026

🌟Kami kongsikan TIPS BERAYA oleh terapis, OT Azila & OT Vee

Gunakan ni untuk social story

Semoga bermanfaat untuk anak istimewa kita

🔗Tekan link di komen UNTUK pembelian
18/03/2026

🔗Tekan link di komen UNTUK pembelian

Address

Lot 6248 Jalan Kelulut 6 Kg Kelulut
Batu Caves
21600

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:30
Tuesday 10:00 - 17:30
Wednesday 10:00 - 17:30
Saturday 10:00 - 17:30
Sunday 10:00 - 17:30

Telephone

+60192303549

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Peralatan Terapi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share