Inulintech Industry Sdn Bhd

Inulintech Industry Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Inulintech Industry Sdn Bhd, No. 3-2, Jalan 2/14, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, Batu Caves.

The combination of InulinFOS, a fast fermenting prebiotic/dietary fibre, and superfood + fiber, both resist digestion and multiply the probiotic cultures in the entire length of the intestinal tract .

Tanda-tanda kanser usus..Rawat sebelum terlambat..Berusaha untuk cegah sebaik-baik nya
28/03/2022

Tanda-tanda kanser usus..Rawat sebelum terlambat..Berusaha untuk cegah sebaik-baik nya

Dikongsikan tanda dan gejala kanser kolorektal.

Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami tanda dan gejala ini. Jangan biarkan tanda dan gejala yang dialami berlarutan

Bertindak segera!

Tanpa sedar hampir 4 Juta rakyat Malaysia mengalami diabetik tanpa mengira umur,jantina dan kaum..Ikuti langkah yang dis...
25/03/2022

Tanpa sedar hampir 4 Juta rakyat Malaysia mengalami diabetik tanpa mengira umur,jantina dan kaum..

Ikuti langkah yang disarankan untuk kekal sihat..Cegah sebelum terkena.Bila menghidap diabetik hilang nikmat selama ini yang kita rasa..

Pemanis sihat dan berkhasiat?? Ada Ker...?? Ada... nantikan...

ADA cara mudah kurangkan risiko diabetes.

Mengenali dan fakta berkenaan kanser usus besar
21/03/2022

Mengenali dan fakta berkenaan kanser usus besar

🔵 Kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara.

Kanser ini biasanya menyerang golongan berusia 50 tahun dan ke atas tetapi ini tidak bermakna golongan muda tidak berisiko untuk menghidapnya.

Faktor risiko utama kepada kejadian kanser kolorektal adalah faktor genetik, faktor diet pemakanan dan faktor sejarah keradangan usus.

Amalkan gaya hidup sihat dan hindari tabiat merokok bagi mengurangkan risiko penyakit ini.

16/03/2022

🔹 Kanser kolorektal adalah kanser yang berlaku di usus besar.

Di Malaysia:
🔹 Kanser kedua kerap berlaku bagi rakyat Malaysia secara keseluruhan (13.5%).
🔹 Kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki (16.9%).
🔹 Kanser kedua kerap berlaku dalam kalangan wanita (10.7%).
🔹 1 dari 55 lelaki dan 1 dari 76 wanita berisiko mendapat kanser kolorektal.
🔹 Lebih 80% kes dikesan pada umur 50 tahun dan ke atas.

👍 Kanser ini dapat dicegah dan dirawat dengan berkesan jika dikesan pada peringkat awal.
🏥Lakukan saringan berkala di hospital dan klinik kesihatan kerajaan jika anda berisiko mendapat kanser ini. Ianya PERCUMA.

08/04/2020

Human immune systems provide vital, multilayered defence against potentially harmful microbes, such as the novel coronavirus. Here's how you can boost it.

26/03/2020

KAWAL PEMAKANAN.AMALKAN SUMBER PEMAKANAN YANG KAYA PREBIOTIK DAN PROBIOTIK.
Saranan dari pakar dalam industri teknologi makanan.Semasa tempoh kawalan pergerakan semasa.
Walaupun dalam masa kawalan pergerakan.Kita sebagai individu mampu lakukan sesuatu buat diri dan keluarga.
Amalkan sumber pemakanan yang mengandungi sumber prebiotik dan probiotik yang tinggi.Ini adalah untuk merangsang daya tahan penyakit kita.
Amalkan aktiviti dan snek sihat di masa-masa kita dirumah sekarang.Lakukan aktiviti bersama-sama keluarga.Suasana positif keluarga sihat sejahtera.
Paling penting untuk masa sekarang patuh pada perintah kawalan pergerakan.KITA JAGA KITA.
Kredit - Dr Noormazlinah Ahmad ,Universiti Malaysia Pahang





PATUH..JANGAN PENTINGKAN DIRIBersama-sama kita patuhi perintah kawalan Pergerakan.Putuskan rantaian penularan virus COVI...
26/03/2020

PATUH..JANGAN PENTINGKAN DIRI
Bersama-sama kita patuhi perintah kawalan Pergerakan.
Putuskan rantaian penularan virus COVID19.


Tingkatkan daya tahan penyakit dengan memelihara keseimbangan mikroflora dalam sistem penghadaman anda.
25/03/2020

Tingkatkan daya tahan penyakit dengan memelihara keseimbangan mikroflora dalam sistem penghadaman anda.




25/03/2020

COVID-19 MAKSIMUMKAN SISTEM IMUNITI BADAN ANDA

Antara langkah yang boleh diambil bagi menyokong sistem imuniti atau pertahanan badan adalah makan buah dan sayur yang cukup setiap hari..

Ambil 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran sehari. Buah dan sayur mengandungi kandungan vitamin & mineral semulajadi yang tinggi dapat membantu menyokong sistem imuniti atau pertahanan badan terutamanya semasa dalam waktu memerangi COVID-19 yang sedang melanda negara kita.

Ambil peluang dalam tempoh “ Arahan Kawalan Pergerakan “ ini untuk amalkan makan secara sihat terutamanya bagi anak-anak kecil yang mempunyai sistem pertahanan badan yang belum matang. Galakkan mereka makan buah dan sayur bagi memaksimumkan tahap kesihatan seterusnya mengelakkan dari mudah dijangkiti penyakit.







BAHAYA..VIRUS NI PUN BELUM JUMPA VAKSIN NYA..VIRUS FN20Tolong..tolong..jangan reka berita palsu.Jangan forward dan copy ...
24/03/2020

BAHAYA..VIRUS NI PUN BELUM JUMPA VAKSIN NYA..

VIRUS FN20

Tolong..tolong..jangan reka berita palsu.Jangan forward dan copy kalau tak pasti sahih ke tidak info tu.
Dapatkan dari sumber yang sahih.Ini bukan masanya untuk mereka-reka berita palsu.Jadilah orang yang bertanggungjawap.
Sama-sama kita semua.Hargai pengorbanan barisan hadapan negara semasa penularan COVID19 ini dengan tidak mereka Dan kongsi berita palsu.
Pic Credit : Artortoise

21/03/2020

COVID-19 JANGAN KUARANTIN SAYUR❗️

Dapat kawal tak keluar rumah, tapi tak dapat kawal keluar masuk DAPUR❓🧐

Tak salah kalau keluar dapur dengan hidangan SUKU SUKU SEPARUH lengkap dengan sayur-sayuran. Kekalkan amalan pemakanan sihat dengan mengambil 3 sajian sayur-sayuran SETIAP HARI TANPA GAGAL‼️

Ketika , pilih jenis sayur yang TAHAN LEBIH LAMA supaya tidak perlu kerap keluar rumah membeli bekalan makanan.

Antara sayur yang mampu tahan lama adalah seperti labu kuning, kobis, kacang panjang dan sayur berakar seperti lobak merah, lobak putih, beetroot, sengkuang, dan bawang.

1 sajian sayur bersamaan 4 sudu makan sayur bermasak atau 1 senduk penuh sayur bermasak atau 1 cawan penuh ulam.

Sumber sayuran adalah sumber serat yang baik. Sayur hijau seperti sawi, bayam, kobis dan kacang panjang mengandungi folate dan vitamin C. Sayuran berwarna oren/ jingga seperti lobak, labu kuning kaya dengan vitamin A manakala yang berwarna ungu dan merah seperti terung dan beet root tinggi antioksida.

Pelbagaikan cara pengambilan sayur sayuran seperti menambah kobis, lobak dan kacang panjang pada sup, aneka mi/ nasi goreng.

Bagi kanak-kanak yang kurang gemar memakan sayur, puri lobak atau labu kuning boleh ditambah pada masakan seperti ayam masak merah dan sambal tumis. Atau dijadikan snek seperti cucur labu atau kuih keria. Sayur terung berlada bersama tempeh juga sesuai dijadikan lauk bersama nasi.

Pengambilan serat yang secukupnya dapat mengawal keluar masuk dapur kerana perut kekal KENYANG LEBIH LAMA.

Sekiranya ada akses kepada ULAM yang ditanam sekitar rumah, boleh dipetik sebagai sumber sayur. Kalau tiada, BOLEH FIKIRKAN untuk mula menanam sayur sendiri di rumah untuk kegunaan akan datang. Anak-anak akan lebih teruja memakan sayur yang ditanam sendiri. Jimat lagi selamat.

KEKAL DI RUMAH, KEKAL MAKAN SAYUR, KEKAL SIHAT.






PERKUATKAN SISTEM DAYA TAHAN PENYAKITUntuk situasi kini dengan penularan pelbagai penyakit berjangkit.Lebih-lebih lagi d...
17/03/2020

PERKUATKAN SISTEM DAYA TAHAN PENYAKIT
Untuk situasi kini dengan penularan pelbagai penyakit berjangkit.Lebih-lebih lagi dengan penularan virus COVID19 yang kini pada tahap tertinggi.
Sangat-sangat perlu kita berusaha memperkuatkan sistem daya tahan penyakit kita.Supaya badan kita telah bersedia melawan atau berusaha untuk pulih menentang penyakit.
Dengan memiliki daya tahan penyakit yang baik.Walaupun anda terkesan dengan penyakit berjangkit.Peratusan untuk pulih amat tinggi.Usaha ini bukan hanya untuk masa sekarang.Ianya buat sepanjang hayat kita.
Sama-sama kita memperkuatkan daya immunisasi bagi menghindar dari terkesan penyakit berjangkit.Sayangi diri dan keluarga tercinta kita.
Amalkan gaya hidup sihat,pemakanan seimbang,jaga kesihatan penghadaman,dapatkan program immunisasi lengkap,jauhi dan elakkan merokok , cuba hindari sebarang risiko penyakit berjangkit ditempat awam dan kawasan berisiko tinggi.
Jumpa doktor segera jika sebarang terdapat sebarang tanda-tanda penyakit berjangkit.Jaga hak dan kepentingan orang lain supaya tidak berjangkit kesan dari diri kita yang tidak sihat.Amalkan sepenuhnya tatatertib yang disarankan pihak berwajib.
Semoga kita semua dilindungi bersama.

WIRA YANG TIDAK DIDENDANGKami menghargai jasa dan pengorbanan anda semua.Barisan hadapan dalam mengekang penularan COVID...
16/03/2020

WIRA YANG TIDAK DIDENDANG
Kami menghargai jasa dan pengorbanan anda semua.Barisan hadapan dalam mengekang penularan COVID19.
Syabas dan terima kasih kepada semua warga KKM dan penjawat awam yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merawat dan membendung wabak Covid-19 daripada terus menular.
Dan kita juga mampu membantu dengan mengamalkan apa jua saranan dan maklumat dari KKM.Basuh tangan dengan kerap dan jaga jarak sosial antara kita.
Tolong jangan sebarkan info-info yang tidak sahih/palsu.Lagi-lagi yang merapu/mitos yang karut marut..
ANDA HERO KAMI
#

 Cuci tangan dengan betul dapat mencegah dari sebarang jangkitan termasuk COVID-19.Ikuti dan ajarkan anak-anak dan kelua...
13/03/2020


Cuci tangan dengan betul dapat mencegah dari sebarang jangkitan termasuk COVID-19.

Ikuti dan ajarkan anak-anak dan keluarga kita tentang langkah-langkah membasuh tangan dengan betul.
Info Kredit ; KKM

MAC BULAN KESEDARAN KANSER USUS /KOLOREKTALMesej utama yang  Kemeterian Kesihatan Malaysia sampaikan sempena Bulan Kesed...
11/03/2020

MAC BULAN KESEDARAN KANSER USUS /KOLOREKTAL
Mesej utama yang Kemeterian Kesihatan Malaysia sampaikan sempena Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal pada bulan Mac ini adalah menyeru orang ramai agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan perbanyakkan mengambil makanan yang tinggi serat,
Jalani ujian saringan sekiranya anda tidak mempunyai tanda dan gejala serta berusia antara 50-70 tahun.
Kenali tanda-tanda amaran kanser kolorektal dan dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Jangan berlengah. Tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

JAGA KESEIMBANGAN MIKROFLORA DALAM USUS KITA.Bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat. Kandungan ...
09/03/2020

JAGA KESEIMBANGAN MIKROFLORA DALAM USUS KITA.
Bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat.
Kandungan bakteria-bakteria ini perlulah seimbang untuk memastikan sistem penghadaman berjalan lancar dan menggalakkan penyerapan nutrien yang lebih berkesan.

Tahukah anda rasa Tidak bertoleransi (intolerance) terhadap makanan dan amalan pemakanan yang tidak seimbang dalam kalangan individu merupakan antara faktor yang membawa kepada masalah penghadaman seperti :

✅ sembelit

✅kembung

✅cirit-birit

Usus yang sihat perlu bermula dengan diet yang seimbang untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik
Usus yang sihat dapat mencegah penyakit usus seperti kanser usus besar dan usus kecil, serta penyakit melibatkan iritasi pada usus (Irritable Bowel Syndrome) seperti Crohn’s Disease dan Ulcerative Colitis.
Bakteria usus terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat. Kandungan bakteria-bakteria ini perlulah seimbang untuk memastikan sistem penghadaman berjalan lancar dan menggalakkan penyerapan nutrien yang lebih berkesan.
Semakin ramai kini yang mempunyai masalah usus seperti sembelit, angin dan penghadaman.
Ia perlu dibantu agar tidak berpanjangan.

Address

No. 3-2, Jalan 2/14, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601137791861

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inulintech Industry Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Inulintech Industry Sdn Bhd:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram