07/05/2026
SubhanAllah ✨️
Sekalung ucapan tahniah diucapkan buat adik Azzahra binti Riduan atas pencapaian selaku Johan Tilawah Al-Quran sempena Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama MAIWP (MISMAN) Peringkat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2026. Adik Azzahra juga merupakan alumni SRITI Al-Mustaqim, Gombak ✊🏻✨️
AzZahra Riduan, anak bongsu yang cemerlang. Johan tilawah al Quran peringkat Wilayah Persekutuan dan mara lagi ke peringkat kebangsaan tahun ini. Beliau lahir di hospital PUSRAWI Kuala Lumpur juga adalah pelajar PASTI . Pernah dinobatkan pelajar terbaik SRITI Selangor 2023.
Moga terus sukses dimasa hadapan .