25/06/2020
ANDA BOLEH MENCEGAH DAN MENGAWAL BARAH
TUJUH PENYEBAB UTAMA BARAH
Toksin Persekitaran
Kita sentiasa diwarkan oleh sesetengah pihak seperti pembuatan, industri kimia, industri makanan, bisnes pertanian, industri pengangkutan dan institusi pengawalseliaan yang mempengaruhi lobi yang menyatakan bahawa kadar hormon persekitaran (ekologi) yang sama dalam tubuh (seperti racun serangga dan plastik) adalah sungguh rendah dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan.
Walau bagaimanapun, penyelidik mendapati tahap toksin persekitaran yang rendah adalah lebih berbahaya jika dibandingkan dengan kandungan toksin yang tinggi.
Theo Colburn, dalam dokumentari Our Stolen Future, membuktikan racun serangga boleh menyebabkan kerosakan pada sistem peranakan, imuniti, saraf terutamanya perkembangan otak pada haiwan termasuklah ikan, reptilia dan mamalia. Racun serangga ini merebak dengan pantas sekaligus menyebabkan kesan buruk pada pelbagai sistem.
Salinan kertas tanpa karbon, plastik, dakwat, cat, perabot, gam pembinaan dan berbagai-bagai lagi bahan pencemar meresap masuk ke dalam badan. Dwiklorobenzin yang terdapat dalam ‘penyegar udara’ dan xilena daripada plastik, permaidani, kelengkapan rumah, bahan-bahan pembinaan, asap perindustrian dan lalu lintas dan pelbagai lagi merupakan antara bahan yang sukar kita elakkan kerana tubuh manusia tidak dicipta untuk mengendalikan bahan-bahan tersebut.
Bahan ini akhirnya akan mengakibatkan kanser atau penyakit-penyakit yang mungkin tidak boleh sembuh. Hormon persekitaran yang lebih kurang sama dengan hormon dalam tubuh manusia yang terdapat pada plastik dan racun serangga memberi impak pada tumbesaran kanak-kanak meskipun bukanlah sebab utama.
Antara keburukkan bahan-bahan tersebut ialah:
(a) Attention Deficit and Hyperactivity Disease (ADHD) yang melibatkan lebih daripada sepuluh kanak-kanak yang mana mereka tidak boleh menumpukan perhatian dan sukar mengawal perilaku.
(b) ketidaksuburan yang telah meningkat lebih daripada 50% sejak dua puluh tahun yang lalu, dan
(c) susah mengawal stress, keganasan, penyakit mental yang semakin bertambah, mengurangkan kecerdasan otak, penagihan dadah, skizofrenia, kekeliruan jantina dan hilang naluri keibubapaan.
Hormon itu menghantar signal pada badan langsung menjejaskan keupayaan pembelajaran, kemurungan dan pertumbuhan kanak-kanak.
Janin dan bayi sangat mudah untuk terdedah lebih-lebih lagi. Saintis menemukan bahawa separuh bahan kimia penyebab barah telah terkumpul dalam badan kanak-kanak setelah mereka mencecah usia enam tahun.
Kajian biopsi yang dilakukan oleh EPA AS tentang bahan kimia yang ada pada lemak badan manusia menunjukkan bahawa mereka yang dikaji 100% mempunyai dioksin, PCB, dwiklorobenzin dan xilena.
Dioksin dan PCB merupakan akibat utama berlakunya barah. Tidak hairanlah Sekolah Perubatan Universiti Columbia melaporkan 95% kanser adalah disebabkan oleh pemakanan dan persekitaran.
Toksin Mengurangkan Nutrien
Penyelidikan oleh Dr. John Laseter dari AccuChem Laboratories membuktikan bahawa apabila kita menghirup udara yang ada bahan kimia, 10% daripadanya akan berakhir di tulang, 15% di hati, 20% pada otak dan sebagainya.
Peratusan ini berbeza antara setiap individu. Keupayaan detoksifikasi setiap orang p**a menentukan kadar bahan kimia yang dibuang, dibandingkan dengan berapa banyak yang tersimpan.
Bahan kimia yang perlu dibuang bukanlah mudah. Proses nyahtoksin menggunakan sekaligus mengurangkan banyak nutrien dalam tubuh. Nutrien yang semakin berkurangan menyebabkan kita terdedah kepada lebih banyak bahan kimia yang ada dalam persekitaran.
Sebagai contoh, glutation yang semakin lama semakin sedikit semasa proses ditoksifikasi berlaku mengakibatkan kita untuk terdedah p**a dengan trikloroetilena yang ada pada baju yang baru dikeringkan dan cat baru. Hal ini akan menyebabkan kita mengalami sakit kepala. Oleh sebab tahap glutation yang rendah, sukar untuk badan kita membuang toksin secara baik.