20/08/2021
Pesakit ni datang walk in ke klinik saya setelah ibu bapa beliau buntu dgn masalah anak mereka. Dah masuk wad beberapa kali dan menjalani beberapa prosedur tapi tiada conclusion.
Anak ini berusia 8 tahun bermasalah sembelit yang teruk. Beliau boleh tak membuang lebih seminggu dan nampak relaks sahaja. Beliau pernah dimasukkan dua kali di salah satu hosp terkemuka dan menjalani prosedur manual evacuation of stool sebab ubat masuk punggung x jalan dah. Di beritahu yg ujian darah dan tisu biopsi normal iaitu tiada indikasi sembelit ini disebabkan oleh "Hirshprung disease"(nanti sya huraikan).
Pemeriksaan fizikal nampak normal secara keseluruhan cuma anak ni nampak kurus dan dia nampak paling kecil berbanding adik beradik yg lain. Dan di perut beliau ada ketulan sebesar bola yang merupakan najis yg tersimpan lama tak keluar.
Secara ringkas anak ini mempunyai masalah sembelit yang kronik (lama). Usus besar kita ni macam belon, boleh mengembang beberapa kali ganda saiz asal tanpa menyebabkan simtom dan selalunya ini terjadi akibat masalah sembelit berpanjangan.
Secara amnya 90% kanak-kanak yang ada masalah sembelit adalah disebabkan oleh "functional"iaitu bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang signifikan. Selalunya atas sebab faktor diet yang kurang fiber atau tabiat kanak2 itu sendiri yang s**a tahan tak berak atas sebab2 seperti sibuk bermain atau berada di tempat yang tidak familiar bila sensasi nak membuang tu datang. Pastinya ramai kita dahulu macam ni kan. Ada juga kombinasi kedua dua faktor ini. 10% kanak2 ini mungkin sembelit disebabkan faktor masalah kesihatan seperti kurang hormon tiroid, terlebih kalsium (faktor hormon juga), ubat ubatan yg dimakan, masalah saraf, dan dia keadaan yang sangat penting dipastikan tiada adalah
Hirschprung disease dan "slow transit constipation.
Kedua dua keadaan ini adalah berbeza sama sekali dari segi rawatan nya. Hirschprung adalah masalah kongenital (dari lahir) di mana tiada bekalan saraf kepada sebahagian atau semua otot yang bertanggungjawab menggerakkan najis di usus besar. Yang teruk di mana sebahagian besar atau semua usus besar terlibat biasanya akan dikesan sewaktu bayi lagi atas sebab gejala perut kembung dan tak membuang. Tetapi kalau sebahagian kecil shaja yang tak normal pesakit mungkin lambat dikesan dan datang ke klinik dgn gejala seperti pesakit saya ini.
Slow transit constipation p**a baru dikenal pasti boleh berlaku dikalangan kanak2 dalam 10-20 thn ni. Otot yang menggerakkan najis di usus besar seolah "malas"untuk menggerakkan najis ke bawah. Tetapi bekalan saraf adalah normal tidak seperti Hirschprung.
Pesakit saya ini telah dimasukkan ke wad dan disiasat dan akhirnya telah di sahkan menghidap "Hirschprung disease"jadi beliau perlu surgeri di mana bahagian usus besar yang tiada bekalan saraf harus dibuang supaya najis boleh bergerak seperti biasa. Slow transit constipation biasanya di sahkan dengan ujian "transit study"yang mungkin hanya ada di beberapa hospital shj di malaysia. Rawatan adalah ubat ubatan, rehabilitasi, "transabdominal nerve stimulator", surgeri jika semuanya gagal. Yang saya hairankan bagaimana pesakit yang telah menjalani biopsi ketika dimasukkan ke hospital sebelum ini tapi masih tak dapat kesan masalah ini. DI hospital saya, kami bekerja di dalam satu pas**an yang terdiri dari pakar radiologi, pakar bedah dan pakar patologi yang biasa merawat pesakit yg mempunyai masalah ini.
Oleh Dr. Nazrul dari SMC.