Farmasi Nilam Page

Farmasi Nilam Page FARMASI NILAM. By Mr. Soyod Terulung

03/12/2025

Tudung bawal, shawl, tudung sarung, semua lilit elok. Tapi bila naik motor, kepala dibiarkan tanpa helmet atau sekadar sangkut di lengan. Cantik di mata orang, tapi kepala kosong kalau jatuh sekali.

Ramai yang fikir, “Alah dekat je” atau “Rimas tudung penyek”. Hakikatnya, masa kemalangan, jalan tak tanya pun tudung apa kita pakai. Kepala perempuan yang lembut sama saja hentam tar kalau tercampak.

Tudung jaga aurat. Helmet jaga otak. Rambut rosak boleh tumbuh lagi, tapi bila otak cedera, mungkin tak boleh berjalan, tak boleh bercakap, tak boleh urus anak sendiri seperti biasa.

Nurse dalam logo ni pakai tudung dan helmet full face sekali. Boleh saja kalau kita nak selamat. Pilih helmet yang sesuai, pakai betul betul, tali diketatkan, bukan setakat letak atas kepala untuk elak saman.

Kalau hari hari kita jaga maruah dan aurat, jaga juga nyawa yang ada di bawah tudung itu. Waktu naik motor, ingat satu ayat ini dalam kepala: tudung bukan helmet. Pakai dua dua, bukan salah satu.

25/11/2025

Musim hujan di Malaysia bukan sekadar rasa sejuk dan jalan basah
Ia musim cemas untuk pemandu
Dalam beberapa minit sahaja hujan lebat boleh tukar jalan biasa kepada laluan berair yang kita sendiri tidak nampak dalam atau cetek

Setiap tahun kita nampak video kereta mati tengah jalan
Enjin tenggelam
Keluarga terkandas dengan anak kecil di kerusi belakang
Ramai salahkan takdir
Hakikatnya banyak perkara boleh dikurangkan risikonya jika kereta dibuat persediaan lebih awal

Keselamatan musim hujan bukan bermula ketika air sudah sampai paras lutut
Ia bermula ketika kereta masih kering di porch rumah dan di parkir pejabat

Ini 10 perkara yang patut ada pada setiap kereta di Malaysia ketika musim hujan dan banjir
.

1. Wiper yang betul betul bersih

Wiper yang keras dan haus akan tinggalkan kesan air pada cermin Waktu malam keadaan ini sangat bahaya kerana lampu dari kereta lain akan memantul pada sisa air di cermin. Pandangan jadi kabur dan silau dalam masa yang sama.

Tanda wiper perlu diganti ialah
- sapuan tidak licin
- ada bunyi bising
- cermin nampak berlapis air setiap kali hujan

Elakkan tunggu sehingga langsung tidak nampak jalan
.

2. Cermin hadapan dengan sapuan penghalau air hujan

Cecair penghalau air hujan membantu air membentuk titisan kecil yang cepat meluncur dari cermin. Dalam hujan lebat perbezaan antara cermin biasa dan cermin yang ada lapisan ini sangat ketara

- Penglihatan lebih jelas
- Silau berkurang
- Pemandu kurang penat kerana mata tidak perlu memaksa untuk fokus pada jalan yang kabur

Sapuan boleh dibuat sendiri di rumah. Murah tetapi kesannya besar pada keselamatan
.

3. Lampu kecemasan dan lampu brek ketiga mesti berfungsi

Dalam hujan lebat kereta belakang tidak nampak bentuk kereta anda dengan jelas. Mereka hanya nampak cahaya. Lampu brek ketiga yang berada di bahagian atas sangat penting. Ia lebih mudah dilihat ketika keadaan kabur

- Pastikan semua lampu berfungsi
- Termasuk lampu signal dan lampu hazard
- Lampu yang malap atau tidak menyala meningkatkan risiko dilanggar dari belakang ketika hujan tebal
.

4. Tayar yang masih ada bunga dan tidak haus

Ramai sangka tayar selagi tidak bocor maka masih selamat. Ini silap. Dalam hujan tayar yang haus sangat mudah hilang cengkaman. Kereta boleh terapung seketika di atas lapisan air dan terus hilang kawalan. Keadaan ini dipanggil hydroplaning.

- Pastikan bunga tayar masih dalam dan tidak botak
- Tekanan angin tayar juga perlu ikut kadar yang disyorkan pada pelekat di pintu kereta
- Tayar yang betul ialah satu satunya bahagian kereta yang menyentuh jalan
- Jika bahagian ini lemah semua sistem keselamatan lain tidak banyak membantu
.

5. Pemecah cermin dan pemotong tali pinggang keledar

Dalam situasi luar biasa seperti kereta dimasuki air atau sistem elektronik gagal pintu boleh terkunci dan tingkap tidak dapat dibuka. Alat kecil dua dalam satu yang boleh memecahkan cermin sisi dan memotong tali pinggang keledar sangat berguna dalam keadaan ini

- Letakkan alat ini di tempat yang mudah dicapai dari tempat duduk pemandu
- Bukan di dalam bonet
- Bukan di bawah timbunan barang

Sekali seumur hidup pun jika terpakai. Ia mungkin menyelamatkan nyawa
.

6. Power bank kecemasan untuk telefon

Ketika hujan lebat dan banjir telefon ialah talian nyawa. Kita perlukan telefon untuk hubungi
- pasangan
- Keluarga
- Rakan
- Talian kecemasan
- Atau untuk berkongsi lokasi kepada penyelamat

Masalahnya bateri telefon sangat cepat habis bila gunakan data, GPS, panggilan berpanjangan dan lampu skrin yang terang.

Power bank yang sentiasa dicas penuh perlu ada dalam kereta. Tidak perlu paling mahal. Yang penting boleh memberi beberapa kali cas penuh kepada telefon.
.

7. Lampu suluh yang kalis air

Jika kereta berhenti di kawasan gelap, Jambatan, Laluan kampung, atau jalan tanpa lampu, lampu suluh memberikan rasa kawalan.

Lampu telefon boleh digunakan tetapi ia lemah dan mempercepatkan telefon kehabisan bateri

Lampu suluh kecil yang kalis air boleh membantu anda melihat paras air, keadaan longkang, batu atau lubang di hadapan. Malah boleh digunakan untuk memberi isyarat kepada kenderaan lain.
.

8. Baju hujan dan selipar getah dalam kereta

Ramai pemandu hanya fikir tentang enjin dan tayar. Sedangkan tubuh sendiri juga perlu dilindungi. Jika terpaksa keluar dari kereta ketika hujan lebat. Baju hujan dan selipar getah
- memudahkan pergerakan
- Mengurangkan risiko tergelincir
- Dan mengelakkan anda kesejukan terlalu lama dalam pakaian basah.

Simpan satu set baju hujan nipis dan selipar getah dalam kereta, terutamanya bagi mereka yang sering memandu bersama anak kecil atau warga emas
.

9. Kit kecemasan mini untuk kereta

Kit ini tidak perlu mahal tetapi isi kandungannya berguna ketika cemas

Contoh item yang praktikal
✅ Tali tunda
✅ Jumper kabel
✅ Tuala kecil
✅ Sarung tangan
✅ Whistle
✅ Plastik besar untuk simpan barang penting jika air mula masuk

Kita mungkin tidak guna setiap hari. Namun saat diperlukan kita tidak sempat berlari cari semua ini di kedai.
.

10. Portable jump starter

Musim hujan dan cuaca lembap boleh melemahkan bateri kereta. Kadang kadang enjin mati bukan kerana banjir. Tetapi kerana bateri sudah tidak berdaya selepas beberapa tahun digunakan.

Portable jump starter membenarkan anda menghidupkan enjin tanpa bantuan kereta lain. Ia sangat berguna jika kereta mati di kawasan sunyi atau ketika banyak kenderaan lain juga sedang bermasalah.

Pilih model yang mempunyai fungsi keselamatan asas seperti perlindungan daripada percikan api. Simpan di tempat yang mudah dicapai dan sentiasa pastikan ia dicas mengikut arahan pengeluar.

---

Kita tidak mampu hentikan hujan. Kita tidak mampu kawal waktu banjir kilat akan berlaku.

Apa yang kita mampu ialah memastikan kereta yang membawa kita setiap hari mempunyai peluang terbaik untuk melindungi kita jika sesuatu berlaku

Persediaan nampak kecil tetapi pada hari yang tidak dijangka. Inilah perkara yang membezakan antara panik dan terkawal. Antara hilang harta dan hilang nyawa.

Jangan tunggu video kereta orang lain hanyut baru rasa insaf. Semak kereta sendiri hari ini

24/11/2025

Setiap kali masuk musim hujan lebat, satu soalan yang patut muncul dalam kepala pemilik kereta bukan lagi “nak polish kereta bila”, tapi “kalau air naik, kereta aku di mana?”

Ramai hanya sedar bila gambar kereta tenggelam mula penuh di media sosial. Sedangkan untuk kereta, persediaan banjir sebenarnya boleh dibuat awal, dan tidak semestinya mahal atau kompleks.

Lima perkara asas untuk persediaan kereta musim banjir:

1. Semak semula insurans, ada special perils atau tidak
Tengok polisi, cari sama ada perlindungan banjir / bencana alam sudah termasuk. Kalau rumah di kawasan rendah atau pernah banjir, ini bukan “add on suka-suka”, tapi benteng kewangan pertama bila keadaan jadi teruk. Satu call pada ejen insurans boleh menentukan sama ada kereta akan diselamatkan atau tidak dari bil bengkel beribu ringgit.

2. Biasakan parkir di tempat lebih tinggi
Bukan semua orang ada parking bertingkat, tapi hampir semua orang ada pilihan. Elak parkir betul-betul tepi sungai, longkang besar atau kawasan yang diketahui selalu bertakung. Bila hujan berlarutan, pindah kereta ke kawasan yang sedikit lebih tinggi: depan surau, sekolah, bukit kecil di hujung taman. Tabiat kecil ini jauh lebih kuat daripada apa-apa gajet.

3. Pertimbang guna beg pelindung banjir
Untuk rumah yang memang saban tahun dinaiki air dan tiada tempat tinggi, beg pelindung banjir (car flood bag) boleh jadi penyelamat. Kereta dipandu masuk ke dalam beg kalis air, ditutup rapat dan ditambat. Dalam banjir yang airnya naik perlahan, banyak kes kereta kekal kering di dalam beg walaupun kawasan sekeliling tenggelam. Ia bukan magik dan bukan wajib untuk semua, tetapi masuk akal bagi kawasan yang “confirm banjir” setiap musim.

4. Simpan powerbank dan lampu suluh dalam kereta
Bila kereta mati waktu hujan lebat atau jalan sudah jadi sungai kecil, telefon dan cahaya ialah dua benda yang menentukan sama ada bantuan boleh dihubungi atau tidak. Powerbank penuh dan lampu suluh kecil dalam kereta nampak remeh, tapi inilah yang digunakan untuk call towing, rakam keadaan, atau sekurang-kurangnya nampak sekeliling jika perlu keluar dari kereta dalam gelap.

5. Alat kecemasan pecah cermin dan pemotong tali pinggang
Satu alat kecil yang digantung berhampiran tempat duduk pemandu boleh memecahkan cermin sisi dan memotong tali pinggang keselamatan jika pintu tersekat. Dalam situasi kereta tiba-tiba dimasuki air atau dihentam arus, beberapa saat ini sangat berharga. Harap tidak pernah digunakan, tetapi bila perlu, inilah beza antara panik dan peluang menyelamatkan diri.

Persediaan kereta untuk banjir bukan soal “obses dengan kereta”, tetapi sebahagian daripada pelan keselamatan keluarga. Kereta yang rosak total bukan sahaja hilang nilai, tetapi hilang kenderaan untuk bekerja, ke sekolah dan mendapatkan rawatan kesihatan apabila perlu.

😩Perut Tak Selesa? Badan Asyik Letih?Mungkin usus anda tengah "protes"!Usus bukan sekadar laluan makanan je tau, ia orga...
03/10/2025

😩Perut Tak Selesa? Badan Asyik Letih?
Mungkin usus anda tengah "protes"!

Usus bukan sekadar laluan makanan je tau, ia organ penting yang bantu sistem penghadaman & ketahanan badan. Bila usus tak sihat, macam-macam masalah boleh muncul:

❌Sembelit
❌Cirit-birit
❌Keradangan
❌Risiko kanser kolon

Macam mana nak jaga usus?
Senang je! Cuba amal makanan yang kaya dengan:

🥛Probiotik - bakteria baik dalam usus
🍌Prebiotik - makanan untuk probiotik

Manfaat usus sihat? Banyakkk!
✅Imun badan lebih kuat
✅Penghadaman lebih lancar
✅Kulit pun masih berseri

Usus sihat, Badan Pun Cergas!💪

😮‍💨 Bila tido tak cukup, badan pun jd letih waktu siang. Otak susah nk fokus, mudah lupa, mood pun tak berapa elok.Untuk...
02/07/2025

😮‍💨 Bila tido tak cukup, badan pun jd letih waktu siang. Otak susah nk fokus, mudah lupa, mood pun tak berapa elok.

Untuk org dewasa, sepatutnya dlm sehari kene cukupkan tido 7-8 jam. Waktu tido ni la badan kita nak rehat & repair balik semua sel, tisu, otot.

Antara punca yg buat kome susah nk tido:
1⃣ Ambik minuman berkafein waktu ptg / lewat malam
2⃣ Penggunaan telefon, komputer, tv sebelum tido.
3⃣ Terlebih tido waktu siang / waktu tidur yg tak konsisten setiap hari
4⃣ Bekerja shift terutamanya waktu malam-pagi
5⃣ Masalah kesihatan. Contoh: insomnia, sleep apnea, pedih ulu hati
6⃣ Stress

Untuk kome yg ada masalah utk tido, boleh cuba ambil suplemen Nova L-Theanine 200mg ni, 1 kapsul, sejam sebelum tidur.

L-Theanine ni boleh tingkatkan hormon dopamine & serotonin (utk kawal mood, relax kan badan & bantu tidur). Selain tu, dapat bagi effect utk kurangkan tekanan darah, kadar degupan jantung, dan paras kortisol (hormon stress).

‼️ Tips: Exercise waktu siang boleh bantu tingkatkan kualiti tidur! 🏃‍♀️

Bila sebut je asid folik, mesti kome ingat ibu mengandung je yg kena ambil kan?🤔Tak semestinya tau, semua peringkat umur...
22/06/2025

Bila sebut je asid folik, mesti kome ingat ibu mengandung je yg kena ambil kan?🤔

Tak semestinya tau, semua peringkat umur dari bayi sampai warga emas pun perlukan asid folik untuk:
1. Hasilkan sel darah merah.
2. Hasilkan DNA.
3. Pembentukan sel dalam badan.

Tetapi, jumlah keperluan asid folik setiap peringkat umur adalah berbeza. Seperti ibu mengandung perlukan lebih banyak asid folik untuk pastikan fetus boleh membentuk dengan sempurna😊

Asid folik ni ada dalam bentuk supplemen je ke? Macam mana nk buat kalau ibu2 yang jenuh nak telan ubat ni hmmm..😫Jangan...
22/06/2025

Asid folik ni ada dalam bentuk supplemen je ke? Macam mana nk buat kalau ibu2 yang jenuh nak telan ubat ni hmmm..😫

Jangan risauu... selain supplemen, mestilah dalam makanan pun ada. Seperti Sayur-sayuran daun hijau (bayam,kailan,brokoli,dll) , Kekacang, lembu hati, buah-buahan, bijirin dan sebagainya.

Tetapi.. penyerapan asid folik dari makanan semulajadi ni LAGI RENDAH daripada supplemen. Jadi untuk kesan yg lebih baik, kenalah topup folik asid dengan supplemen. Lagi2 untuk ibu mengandung dan menyusu.

❗🤔Pernah dengar tentang kecacatan tiub saraf atau neural tube defect (NTD)?Kecacatan tiub saraf (NTD) berlaku bila tiub ...
20/06/2025

❗🤔Pernah dengar tentang kecacatan tiub saraf atau neural tube defect (NTD)?
Kecacatan tiub saraf (NTD) berlaku bila tiub saraf bayi tak terbentuk sempurna semasa awal kehamilan.

Salah satu punca utama ialah kekurangan asid folik. Asid folik ni penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang bayi.

Jadi Ibu2 hamil atau yang nak merancang untuk hamil perlu ambil asid folik setiap hari, terutama dalam 3 bulan pertama untuk mengurangkan risiko NTD ni..

🤔 Pernah dengar Oat Beta Glucan? atau pernah dengar tapi tak tahu apa manfaat nya?Beta-glucan ni sejenis serat larut yan...
31/05/2025

🤔 Pernah dengar Oat Beta Glucan? atau pernah dengar tapi tak tahu apa manfaat nya?

Beta-glucan ni sejenis serat larut yang ada dalam oat, barli, yis dan cendawan. Nampak macam biasa je, tapi dia ada banyak manfaat untuk kesihatan kita. Salah satu nya:

✅Turunkan kolesterol.
terutama kolesterol jahat (LDL). Bila kita selalu makan makanan kaya dengan beta-glucan, dia akan bantu halang penyerapan kolesterol dalam usus. Jadi bagus sangat untuk jaga kesihatan jantung.

✅Kawal gula dalam darah.
dia lambatkan penyerapan gula, jadi paras gula darah tak mudah naik mendadak lepas makan.

✅Kuatkan imuniti.
dia akan rangsang sel-sel imun kita supaya lebih aktif melawan jangkitan.

✅Bantu kenyang lebih lama.
sebab dia serat, dia serap air jadi macam gel dalam perut, buat kita rasa kenyang dan tak cepat lapar. Sangat sesuai kalau kita tengah kawal berat badan atau diet.

✅Beta-glucan juga baik untuk usus sebab dia bertindak macam prebiotik untuk bakteria baik. Jadi penghadaman pun jadi lebih lancar dan kesihatan usus lebih terjaga.

Kesimpulannya, walaupun nama dia mungkin tak ramai tahu, beta-glucan ni memang power. Makan oat pagi2 tu bukan sekadar sarapan biasa, tapi sebenarnya dah bantu jaga kesihatan kita pelan2👍

19/03/2025
Setiap kali nak puasa, ni la masalah besar untuk orang yang ada gastrik. Memang siapa yg kena tu je tau macam mana sakit...
19/03/2025

Setiap kali nak puasa, ni la masalah besar untuk orang yang ada gastrik. Memang siapa yg kena tu je tau macam mana sakit rasanya😫

Selain dari makan ubat, kome boleh ikut tips2 ni untuk elak terkena gastrik. Lebih2 lagi utk orang yg ada gastrik kena jaga makan terutama sekali kena kurangkan makan pedas, berminyak, berlemak, kafein dll. Sebab dia boleh jadi punca asid perut dihasilkan lagi banyak.

Siang puasa, malam pulak sekejap je. Bila masanya nak minum air 😫Komer tahu kan air ni penting untuk badan? Untuk sistem...
13/03/2025

Siang puasa, malam pulak sekejap je. Bila masanya nak minum air 😫

Komer tahu kan air ni penting untuk badan? Untuk sistem pencernaan, fungsi jantung, metabolisma, kawal suhu badan, pengangkutan zat makanan dan macam2 lagi. Sebab tu la penting untuk kita cukupkan 6-8 gelas air sehari.

Tp bulan ramadan ni agak susah nak cukupkan keperluan air sbb kita berpuasa. Jadi kami nak bagi tips utk komer mcm mana nk cukupkan 8 gelas setiap hari. Ikut jer panduan waktu2 ni, selesai masalah 👍

Address

No 9 (Ground Floor), Laluan Bg Transit 2, Taman Batu Gajah Transit
Batu Gajah
31000

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 13:00
14:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+6053650410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Nilam Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Nilam Page:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram