12/07/2023
Petang semalam.
Aku on the way ke kedai baiki phone di Bahau.
Isteri aku mengadu. Mesej WhatsAppnya tak masuk-masuk.
Dalam keasyikan memandu dan melayan radio sebuah stesyen tempatan yang agak glamour, tetiba...
Hello, is it me you're looking for?
Sebuah lagu Lionel Richie yang agar terkenal ketika aku sedikit remaja. He he.
Tapi harapnya kalian jangan salah faham. Bagi yang tahu lagu tersebut, lagu tu khas untuk orang perempuan. Tapi aku tak ambil pot pasal tu. Sebab ketika lirik Lionel Richie sampai kepada bait-bait...
But let me start by saying, I love you...
Tiba-tiba, mata aku dengan spontan bergenang.
Jika semalam aku ceritakan hati nurani ibu, hari ini, aku yang lelaki ni p**a mewakili kaum bapa. Boleh? He he
I Love U sering menjadi ucapan aku khas untuk anak-anak aku. Walaupun anak sulung aku sudah 25 tahun, anak kedua aku sudah 22 tahun, ketiga p**a 18 tahun dan tambah-tambah anak bongsu aku, nombor empat usianya 12 tahun.
Yang pertama lelaki. Aku ucapkan I love you.
Yang kedua dan ketiga perempuan. Aku ucapkan I love you.
Yang bongsu, lelaki. Lagi la, kena ucapkan I love you.
Begitu juga mereka pasti membalas dengan ucapan yang sama.
Semalam.
But let me start by saying, I love you...
Mata aku terkena 'percikan hirisan bawang' bila teringat anak perempuan nombor tiga aku yang baharu sahaja mendaftar sambung belajar.
Dua hari lepas ibunya. (Boleh baca nukilan aku 12.07.2023)
Semalam turn aku. Sorang-sorang tanpa siapa tahu.
Hati seorang ayah...
Nukilan CikguAzra
13.07.2023 7:28 pagi