Madu Quad Tualang Batu Pahat

Madu Quad Tualang Batu Pahat Pengedar Madu Quad Tualang kawasan Batu Pahat Johor

SIHAT CARA NABILebih dari 1.400 tahun yang lalu, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Madu dapat menyemb...
09/06/2024

SIHAT CARA NABI

Lebih dari 1.400 tahun yang lalu, Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Madu dapat menyembuhkan manusia dari pelbagai macam penyakit. Madu digambarkan di dalam Al-Quran sebagai sumber penyembuhan:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia,’ kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl 68-69)

Dalam ayat lainnya, madu juga digambarkan sebagai salah satu makanan yang ada di syurga:

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?” (Surah Muhammad, 15)

Berkenaan madu sebagai ubat untuk penyembuhan, terdapat beberapa hadith yang meriwayatkannya:

“Kesembuhan itu ada pada tiga hal, yaitu : dalam pisau pembekam, meminumkan madu, atau pengobatan dengan besi panas (kayy). Dan aku melarang ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas (kayy)”[1]

Dalam hadith lain madu secara spesifik disebutkan sebagai ubat untuk menyembuhkan sakit perut:

“Ada seseorang menghadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia berkata: ‘Saudaraku mengeluh sakit pada perutnya (dalam riwayat lainnya: sakit cirit birit).’

Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’

Kemudian orang itu datang untuk kedua kalinya,

Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’

Orang itu datang lagi pada kali yang ketiga,

Nabi tetap berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Setelah itu, orang itu datang lagi dan menyatakan: ‘Aku telah melakukannya (namun belum sembuh juga malah bertambah cirit).’

Nabi bersabda: ‘Allah Maha Benar dan perut saudaramu itu dusta. Minumkan lagi madu.’

Orang itu meminumkannya lagi, maka saudaranya pun sembuh.”[2]

Cara Nabi Minum Madu
_____________

Rasulullah Saw biasa minum madu setiap hari, iaitu madu yang dicampur air. Beliau meminumnya di pagi hari ketika perut masih kosong. [3]

Boleh juga mengulum di mulut hingga cair ketika bercampur dengan air liur. Madu mengandung fruktosa, lebih baik di dilute pada kepekatan rendah terlebih dahulu agar mudah larut dan dicerna oleh perut.

Kebiasaan Nabi minum madu di pagi hari ternyata berkaitan dengan soal pencernaan, iaitu mencegah penyakit gastritis yang sering dialami oleh masyarakat hari ini. Madu dapat melapisi dinding perut sehingga Nabi tidak terkena gastritis.

Madu terbaik
__________

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Madu lebah.., yang dituai dari gunung-gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah ternak, kerana berhubungkait dengan habitat (sumber nektar) lebah. [4]

Rujukan:

[1] HR Al-Bukhari No. 5681/Fat-Hul Baari X/137. Lihat bab “Beberapa manfaat madu”

[2] HR. Al-Bukhari no. 5684 dan Muslim no. 5731

[3] Ath-Thibbu Minal Kitab was Sunnah, karya Al-Allamah Muwaffaquddin Abdul Lathif Al-Baghdadi

[4] At-Thibbun Nabawi, Ibnu Qayyim Hal. 332

[5] Dishahihkan oleh Al-Bani dalam As Shahih nya No. 45

𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗘𝗞𝗧𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗣𝗔𝗛𝗜𝗧 DATANG LAGI!!!!REZEKI EKUINOKS KE NI? 💥Setahun sekali biasanya baru kita akan dapat madu...
19/03/2024

𝗠𝗔𝗗𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗘𝗞𝗧𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗣𝗔𝗛𝗜𝗧 DATANG LAGI!!!!

REZEKI EKUINOKS KE NI? 💥

Setahun sekali biasanya baru kita akan dapat madu dengan rasa manis bercampur rasa pahit.

Terakhir kita dapat tahun 2020 rasanya.

Ini pahit semulajadi ya. Bukan campuran ekstrak peria atau tongkat Ali.

100% Madu yang dikumpul oleh lebah Tualang. Bukan dicampur herba.

Memang lebah ni pilih nektar bunga liar hutan yang rasanya pahit seperti bunga sungkai dan bunga kayu akar. Pada lazimnya, bunga pahit ini hidup liar di tepi sungai dan hanya berbunga ketika musim hujan.

Kajian lanjut belum dibuat lagi tapi masyarakat percaya Madu lebah liar yang rasanya pahit ini memiliki khasiat yang berkali-kali ganda . Kaya dengan kandungan alkaloid dan flavanoid semulajadi . Saya pun dah cuba, memang lain dari yang lain.

Saya antara orang yang kurang gemar sayur pahit tapi bila rasa Madu Tualang Pahit ni, sedap dia lain macam. Rasa segar alami.

Malangnya, kita cuma ada 300 lebih botol sahaja.

Habis batch ni, habislah ia. Selain dari pelbagai macam warna, kepelbagaian rasa adalah antara keunikan Madu Tualang Hutan Alam Melayu yang tidak ada pada madu tiruan, madu ternak, mahupun madu sintetik.

Boleh lah buat raso-raso.

Lapan puluh ringgit sahaja. Isi 430 gr. Limited edition.

| 𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘥𝘶 𝘛𝘶𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘱𝘢𝘩𝘪𝘵 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘬𝘢 𝘤𝘢𝘬𝘦𝘳𝘢𝘸𝘢𝘭𝘢 𝘪𝘭𝘮𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘪𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯.

Ok. Baru ni di Tiktok viral Madu liar peria. Saya kesian siapa yang percaya. Tiada bukti tuai dan tiada bukti tiris sarang sama sekali. Sepengetahuan saya selama 15 tahun dalam industri perlebahan, Cameron Highlands ni antara lokasi yang tinggi pencemaran racun rumpai kerana ia kawasan ladang sayuran besar-besaran. Lebah Tualang tak mungkin bertahan hidup di sana @ madu yang tiada bukti tuai tu sebenarnya adalah TIRUAN. Wallahualam.

06/02/2024

Bungkus madu untuk orang somban

Baru ni sale Madu Tualang dan Habbatussauda Habasyi88 tiba-tiba meningkat mendadak. Rupanya tiap hari beribu kes jangkit...
11/01/2024

Baru ni sale Madu Tualang dan Habbatussauda Habasyi88 tiba-tiba meningkat mendadak.

Rupanya tiap hari beribu kes jangkitan virus dilaporkan. ...

Masyarakat mula hidup dengan virus.

Mereka merubah lifestyle dan cara hidup dengan mengamalkan makanan yang mampu mencegah diri mereka dari serangan virus.

MADU TUALANG, QUERCETIN, DAN VIRUS-VIRUS INFLUENZA.

Untuk pengetahuan semua, Influenza adalah virus yang mempunyai ratusan strain yang berbeza-beza. Virus ini mudah bermutasi. Strain virus ini diklasifikasikan kepada tiga kategori- A, B, atau C. Influenza A adalah kump**an yang paling sering menyebabkan penyakit pada manusia.

Langkah pencegahan melalui Imunisasi sahaja tidak begitu memadai kerana masing-masing vaksin hanya fokus kepada strain tertentu sahaja. Bermakna, jika virus bermutasi, diperlukan vaksin yang lebih baru lagi.

Oleh itu, selain dari langkah pencegahan yang sedia ada, amalkan lah juga makanan BERKHASIAT tinggi seperti Madu Tualang asli kerana ia dapat boost sistem imun kita dan juga mengandungi quercetin yang diharapkan dapat menghambat replikasi m-RNA virus influenza A tersebut.
Menurut kertas penyelidikan sekump**an penyelidik dari hasil kerjasama Department of Biochemistry, Faculty of Medicine, University Kebangsaan Malaysia dan Department of Molecular Medicine, Faculty of Medicine, University of Malaya bertajuk “Antioxidant capacities and total phenolic contents increase with gamma irradiation in two types of Malaysian honey,” yang diterbitkan pada tahun 2011 di journal Molecule mendapati bahawa sebatian fenolik dan flavonoid utama dalam madu Tualang adalah termasuk kaempferol, QUERCETIN, asid ellagic, asid gallic, hesperetin, dan catechin.

Kajian Uchide et al. p**a dalam "Antioxidant therapy as a potential approach to severe influenza-associated complications MOLECULES" tahun 2011 mendapati bahawa quercetin boleh melindungi pesakit daripada kematian akibat komplikasi parah yang berkaitan dengan jangkitan pandemik virus influenza A (H1N1).

Alhamdulillah... Semoga info ini menjadi berita baik bagi mereka yang sepanjang hidupnya amal sunnah Nabi saw. meminum madu. Mudah-mudahan kita terhindar dari wabak virus yang melanda negara ini. Oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda “Ubat terbahagi tiga: minum madu lebah, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (HR Bukhari)
__________________
Langkah pencegahan:

1. Jangan pandang rendah gejala batuk dan demam ringan, terus beri madu. Tanpa tangguh-tangguh!

2. Cuci tangan sebelum dan selepas makan.

3. Elakkan keluar ditempat awam jika mengalami demam. Jika terpaksa, pakailah masker.

4. Ambil makanan yang tinggi nutrisi antioksidan, flavanoid, dan quercetin seperti Madu Tualang dan Habbatussauda.

5. Segera berjumpa doktor jika demam berlarutan, walaupun telah mengambil ubat turun panas.

6. Kanak-kanak dan warga emas risiko paling bahaya jika terkena influeza A.

Wallahua'lam.

20/07/2023

HATI-HATI DENGAN MADU TERNAK 'SUGAR FEEDING'
__________

Madu dari Yaman, Thailand, Australia, China, dan lain-lain itu semua nya dihasilkan dengan kaedah 'sugar feeding'.

Berbeza dengan Madu dari lebah Tualang yang mengambil 100% nektar bunga hutan alam Melayu kita yang kaya.
Ni lah madu yang ori.

Tiada tarikh luput.

Boleh disimpan sampai 1000 tahun pun, dia masih saja elok tak kering.

Banyak penternak madu yang tidak jujur memberikan makan air gula pada koloni lebah ternak mereka demi keuntungan duniawi.

Pada lazimnya, teknik sugar feeding ini hanya dilakukan ketika proses pemindahan kotak lebah (hive) jenis Apis melifera iaitu lebah Eropah.

Tujuan asalnya adalah sekadar memberikan tenaga tambahan kepada lebah.

Namun, tingginya permintaan terhadap produk Madu membuatkan sebahagian besar penternak memberikan suplemen gula kepada lebah tanpa batas.

Sebab itu kalau kita pernah melawat ladang penternakan lebah, ada disediakan tong gula seperti ini disekitar ladang.

Alhamdulillah, hal seperti ini tidak pernah berlaku pada lebah Tualang (Apis dorsata) kerana karakteristik lebah yang hidup liar di hutan belantara.

Dah faham kan perbezaan antara madu lebah liar dan madu lebah ternak? ☺️

Selamat Menyambut Tahun Baru
18/07/2023

Selamat Menyambut Tahun Baru

Syifa' linnas-penawar untuk manusia
08/07/2023

Syifa' linnas-penawar untuk manusia

Yang ada masalah GERD atau gastritis, amalkan lah Madu Tualang. Isteri saya dulu sebelum nikah juga ada gastritis. Asyik...
25/06/2023

Yang ada masalah GERD atau gastritis, amalkan lah Madu Tualang. Isteri saya dulu sebelum nikah juga ada gastritis. Asyik sakit perut. Makan cili sikit, sakit perut. Lepas rutin minum Madu lebah liar Tualang ni, gastrik pun hilang. Alhamdulillah. Cegah sebelum parah.

Dapatkan Madu Quad Tualang.

Sakanjabin Penawar Batuk BerpanjanganMasih ada yang tanya kita apa itu Sakanjabin? Padahal Sakanjabin ni begitu mahsyur ...
20/06/2023

Sakanjabin Penawar Batuk Berpanjangan

Masih ada yang tanya kita apa itu Sakanjabin?

Padahal Sakanjabin ni begitu mahsyur dalam dunia Islam.

Sampaikan ke kenalan anda.

Ini lah Sakanjabin atau Oxymel.

Manfaatnya luar biasa sekali.

Antara tokoh penting dunia perubatan yang pernah menulis tentang Sakanjabin ialah Hippocrates, Galen, Ar-Razi, Ibnu Sina, dan Ibnun Nafis.

Oximel merupakan gabungan dua perkataan iaitu Oxy/Sirkah yang bermaksud masam (boleh cuka atau perahan limau) dan Mel/angabin yang bermaksud manis (madu).

Oxymel telah digunakan sebagai diet mudah yang menjadi penawar selama berabad-abad, sejak zaman Hippocrates hingga zaman moden, untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti batuk berpanjangan, demam, jaundis, dan dehidrasi.

Justeru dalam kajian perubatan moden yang dimuat dalam Alternative Treatment in Prostate Pain Syndrome Based on Iranian Traditional Medicine tahun 2014 menunjukkan dua pesakit lelaki yang mengidap penyakit Prostate Pain Syndrome telah dirawat dengan Oxymel. Setiap pesakit mengambil Oxymel 15 mL 45 minit selepas makan tengahari dan makan malam selama 4 minggu. Hasilnya, berlaku penambahbaikan pada simptom saluran pencernaan dan perkumuhan.

Sukatan yang lazim dibuat adalah 1:4

Ambil 1 sudu perahan limau/cuka dicampur dengan 4 sudu madu. Ramuan ini disebut Oximel Simplex. Larutkan dengan air sebelum diminum.

Menariknya, ramuan ini boleh diamalkan oleh ibu mengandung juga tak apa-apa side effect buruk.

Selamat mencuba!

Rujukan:

[1] Ar-Risālah Fis Sakanjabīn, Ibnu Sīnā.
[2] https:// www. ncbi .nlm.nih .gov/ pmc/articles/ PMC4166092/
[3] https:// www. henriettes-herb .com /eclectic/kings/oxymel .html

CEGAH STROK DENGAN MADU Ketahuilah Tuan Puan, jika kita amalkan minum Madu lebah Tualang, InshaAllah kita akan terhindar...
19/06/2023

CEGAH STROK DENGAN MADU

Ketahuilah Tuan Puan, jika kita amalkan minum Madu lebah Tualang, InshaAllah kita akan terhindar dari penyakit Stroke yang menakutkan ini.


Kandungan phenolic dan flavonoids dalam madu tualang adalah yang tertinggi berbanding madu-madu lain di Malaysia. Phenolic dan flavonoids adalah sumber antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.

Madu Tualang juga dapat menurunkan paras kolesterol dan lemak.

Secara umum, kolesterol dihasilkan sebanyak 70% dalam badan kita dan selebihnya ia datang daripada sumber makanan. Umum mengetahui, kolesterol terbahagi kepada dua iaitu LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik).

Madu Tualang dapat menurunkan paras LDL dan juga trigliserida iaitu lemak ringkas yang merupakan salah satu faktor yang penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Madu Tualang juga berfungsi dalam penjagaan kesihatan jantung kerana ia dapat mengawal tekanan darah. Kandungan mineral seperti kalium yang tinggi dapat mempunyai fungsi dalam pengawalan tekanan darah dengan melancarkan perjalanan darah, membantu relaksasi otot dan merendahkan kesan sodium. Memandangkan kandungan sodium dalam madu Tualang amat rendah, maka kesan menurunkan tekanan darah tinggi lebih ketara.

Madu adalah sumber makanan yang terbukti dengan pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Ia juga merupakan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ untuk penjagaan kesihatan.

Semoga kita dapat sebar dan amalkan.

Rujukan:

1. Ahmed, S., & Othman, N.H. (2013) Review of the medicinal effects of Tualang Honey and a comparison with Manuka Honey. Journal of Medical Science, 20, 6–13.

2. Devasvaran, K., & Yong, Y. K. (2016) Anti-inflammatory and wound healing properties of Malaysia Tualang honey. Curr. Sci, 110, 47–51

3. Hamad, M. Z., Alfarisi, H. (2017) Tualang Honey: Composition, physiochemical properties and clinical importance. International Research Journal of Pharmacy, 8(9), 1-5

4. Mohd Kamal, D. A., Ibrahim, S. F., Kamal, H. Mohd Kashim, M. I. A., & Mokhtar, M. H. (2021). Physicochemical and medicinal properties of Tualang, Gelam and Kelulut Honeys: A comprehensive review. Nutrients, 13(1), 197

5. Nusaibah W, Root of Science, 2021

Dos Pengambilan yang dicadangkan:Kanak-kanak : 2 sudu kecil setiap pagiDewasa : 2 sudu besar setiap pagi*Boleh digunakan...
26/01/2023

Dos Pengambilan yang dicadangkan:

Kanak-kanak : 2 sudu kecil setiap pagi

Dewasa : 2 sudu besar setiap pagi

*Boleh digunakan untuk dimakan bersama minuman atau makanan lain tanpa had dos.

Salam sayyidul ayyam. Jangan lupa berselawat sebanyak-banyaknya. Allahumma solliy 'ala Muhammad 🙂Terus amalkan pengambil...
23/12/2022

Salam sayyidul ayyam. Jangan lupa berselawat sebanyak-banyaknya. Allahumma solliy 'ala Muhammad 🙂

Terus amalkan pengambilan madu lebah setiap hari dengan niat mengamalkan sunnah Nabi saw. InsyaAllah berkat.

Dalam sunnah ada kejayaan💪

Madu da restock. WhatsApp untuk pembelian dan pertanyaan 😁

Address

Batu Pahat

Telephone

+60197763346

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madu Quad Tualang Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share