Colorectal Surgery Batu Pahat HSNI

Colorectal Surgery Batu Pahat HSNI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Colorectal Surgery Batu Pahat HSNI, Hospital, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Another milestone in our unitColonic stenting under fluoroscopy guidance.A good option for palliative management of bowe...
07/03/2024

Another milestone in our unit

Colonic stenting under fluoroscopy guidance.

A good option for palliative management of bowel obstruction in colorectal cancer.

Almost immediate of relief from the symptoms.

Tq HPSF Surgical Dept, Radiology and Endoscopy Unit

Historic day for Colorectal Unit HSNI1st ever case for Transanal Minimally Invasive Surgery (TAMIS) done successfully.Th...
07/03/2024

Historic day for Colorectal Unit HSNI

1st ever case for Transanal Minimally Invasive Surgery (TAMIS) done successfully.

This organ preserving technique although much less invasive compare to actual bowel resection, requires a strict selection criteria.

Patient recovered well and already raring to go back immediately that night.

Pembelajaran berterusan merupakan salah satu cara kami memperbaiki kualiti perkhidmatan kesihatan. Kami komited memberik...
11/12/2023

Pembelajaran berterusan merupakan salah satu cara kami memperbaiki kualiti perkhidmatan kesihatan. Kami komited memberikan khidmat yang terbaik dan sentiasa menambah baik pengetahuan dan pengalaman dalam menangani penyakit terkait Pembedahan Kolorektal.

Pembelajaran dalam bentuk kuliah, perbincangan kes, di dalam dewan bedah dan di atas talian adalah antara sebahagian usaha kami diatas.

Tips selepas pembedahan  #4TED (Thrombo Embolic Deterrent) stockingsStokin TED (graded compression stockings) biasanya d...
19/10/2023

Tips selepas pembedahan #4

TED (Thrombo Embolic Deterrent) stockings

Stokin TED (graded compression stockings) biasanya dipakai sebelum dan selepas pembedahan terutama ketika berada didalam hospital.

Pembedahan Kolorektal biasanya dapat mngakibatkan pesakit terbaring lama di katil hospital. Ini disebabkan rasa sakit atau kerana mnjalani pembedahan yang agak lama.

Keadaan statik di katil hospital dan kondisi selepas pembedahan (post-operative) menjadi faktor risiko dapat terjadinya pembekuan darah di salur darah kaki. Ini adalah keadaan yg sangat merbahaya terutama jika darah beku itu dapat mengalir ke paru2contohnya.

Stokin TED dapat mngurangkan risiko terjadinya darah beku. Pesakit dikehendaki memakainya selama di hospital. Kami juga menasihatkan untuk memakai stokin TED dirumah selama proses penyembuhan berjalan.

Walaubagaimanapun bangun berdiri berjalan dan pergerakan lain serta fisioterapi adalah lebih penting daripada stokin TED selepas pembedahan jika dibenarkan doktor anda.

Semoga anda diberikan kesembuhan yang baik dn dijauhkan drpd komplikasi2selepas pembedahan.

Fistula in ano.Penyakit fistula in ano adalah penyakit terkait saluran yang terbentuk antara saluran najis bahagian bawa...
05/10/2023

Fistula in ano.

Penyakit fistula in ano adalah penyakit terkait saluran yang terbentuk antara saluran najis bahagian bawah (a**s) dan kulit luar sekitar a**s.

Antara gejala yang dirasai termasuk gatal2dikawasan a**s, keluar cairan (kotoran melekat di pakaian dalam) daripada kawasan sekitar a**s.

Iya juga dapat menyebabkan pembengkakan dan sakit kerana nanah terkumpul di kawasan sekitar a**s (perianal abscess) jika dibiarkan.

Pemyakit ini sudah dikenalpasti sejak zaman dahulu lagi dn pelbagai jenis pembedahan dapat dilakukan utk penyakit ini.

Jika anda mempunyai gejala2diatas dapatkan nasihat dokter utk rawatan berkenaan.

Tips selepas pembedahan  #3Bergerak dan menjalankan senaman ringanPeaakit yang telah menjalani pembedahan terkait pemyak...
05/10/2023

Tips selepas pembedahan #3

Bergerak dan menjalankan senaman ringan

Peaakit yang telah menjalani pembedahan terkait pemyakit kolorektal terutama yang mempunyai luka di bahagian abdomen digalakkan untuk bangun bergerak dan menjalankan senaman ringan.

Ini dapat membantu pengaliran darah dan pergerakan usus serta menjauhkan diri daripada pembentukan darah beku di kaki.

Senaman ringan dalam bentuk menarik nafas dalam dengan bantuan 'spirometry' serta berjalan setempat / sekitar katil juga sangat membantu dalam penyembuhan pesakit.

Pesakit yang telah pulang kerumah juga harus meneruskan aktiviti ini dan di ikuti dengan diet pemakanan yang sihat.

Saringan awal kanser usus (kolorektal). Siapa yang digalakkan menjalani tes saringan?Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM...
29/09/2023

Saringan awal kanser usus (kolorektal). Siapa yang digalakkan menjalani tes saringan?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan saringan awal kanser usus (kolorektal) peringkat nasional pada tahun 2016.

Saringan kanser usus antara lain dapat dilakukan dengan dua cara

1. Saringan Faecal Occult Blood Test (FOBT)(FIT) dimana pesakit memberikan sampel najis utk di lakukan test kit.

Ini dilakukan pd pesakit yg tidak mempunyai simptom (asymptomatic) berumur lebih 40/45 tahun yg hadir di fasiliti kesihatan.

2. Saringan Colonoscopy dimana camera (endoscopy) akan dimasukkan kedalam usus.

Ini utk pesakit yg mempunyai gejala kanser usus atau sejarah keluarga dengan kanser usus / kanser lainnya. Juga pesakit yg mempunyai hasil positive FOBT/ FIT akan mnjalani prosidur Colonoscopy.

Gejala2 kanser usus termasuklah antara lain

Berak berdarah
Perubahan tabiat buang air besar
Berak berlendir
Sakit perut yg berulang
Hilang selera makan
Hilang berat badan tanpa alasan yg jelas

Hadirkan diri di fasiliti kesihatan terdekat anda untuk menjalani saringan awal kanser usus. Tanyakan simptom anda pada dokter anda.

Deteksi awal menyelamatkan nyawa...

Buasir merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat kita. Gejala utama kondisi ini adalah najis berdarah. Sel...
23/09/2023

Buasir merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat kita. Gejala utama kondisi ini adalah najis berdarah. Selain pembedahan, kaedah rawatan terkini secara LASER turut boleh dijalankan selepas penilaian doktor pakar.

Secara amnya kaedah ini:-
1. Kurang kesakitan berbanding kaedah pembedahan biasa

2. Cepat pulih dan kembali menjalankan kerja / kehidupan seperti biasa

3. Parut yang minimal

Sila berjumpa dengan doktor berdekatan jika anda mengalami gejala najis berdarah untuk penilaian lanjut.

Tips selepas pembedahan  #2DietMakan dan minum selepas pembedahan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pen...
20/09/2023

Tips selepas pembedahan #2

Diet

Makan dan minum selepas pembedahan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penyembuhan selepas semua jenis pembedahan kolorektal.

Tidak ada pantang larang dalam pemilihan makanan. Kita dianjurkan untuk mengambil makanan dgn jumlah protein dan kalori yang tinggi untuk membantu proses pemulihan luka dan trauma selepas pembedahan.

Pemgambilan susu khusus dengan high protein juga boleh menjadi sebahagian drpd diet harian

Namun pesakit dengan penyakit kronik contohnya seperti kencing manis dan cholesterol tetap harus mengikuti nasihat diet (kurang gula / lemak) seperti sebelum pembedahan utk mengelakkan komplikasi lain.

Dengan pemakanan yang teratur dan sempurna proses penyembuhan akan berjalan dengan lebih baik dan tepat pada waktunya.

Semoga anda sembuh sempurna selepas pembedahan.

Southern Colorectal Symposium 2023 From 8/9/23 - 9/9/23 Very first ever Southern Colorectal Symposium 2023, a collaborat...
19/09/2023

Southern Colorectal Symposium 2023
From 8/9/23 - 9/9/23

Very first ever Southern Colorectal Symposium 2023, a collaborative effort between the Oncology and Surgical Departments of Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

We are committed to always improvise our service , to give a better treatment and results for our colorectal patients

tips selepas pembedahan  #1Setiap luka selepas pembedahan Kolorektal akan mengambil masa untuk sembuh. Proses penyembuha...
14/09/2023

tips selepas pembedahan #1

Setiap luka selepas pembedahan Kolorektal akan mengambil masa untuk sembuh. Proses penyembuhan bergantung kepada jenis pembedahan dan keadaan pesakit.

Terdapat dua jenis cara luka pembedahan ditutup. Satu mengunakan benang yg akan diserap oleh tubuh dan satu mengunakan benang/stappler yang tidak akan diserap dan perlu di buka (buka jahitan/remove stappler). Sila tanyakan pd dokter anda sebelum pulang kerumah.

Jaga kebersihan luka pembedahan anda dirumah. Jika basah, lap kan dengan kain yang bersih. Jika anda dapati pembengkakan pada luka, kulit kemerahan atau keluar cairan / darah / nanah pada luka segera datang ke klinik /hospital terdekat dan beritahu dokter anda. Jangan lupa minum ubat yang diberikan dokter jika anda dibekalkan dengan ubat antibiotik.

Semoga anda sembuh dengan sempurna.🤲

p/s gambar atas izin pesakit untuk tujuan pendidikan kesihatan

Address

Hospital Sultanah Nora Ismail
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Colorectal Surgery Batu Pahat HSNI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category