08/09/2022
Salah satu tarikan yang wajib dikunjungi apabila menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi adalah Langkawi Sky Bridge. Ia merupakan titian gantung melengkung di awangan yang terpanjang di dunia. Panjang nya 125 meter.
Konsep dan rekaan Langkawi Sky Bridge ini direka khas oleh pakar rekebentuk steel dari Swiss, Dr. Peter A. Wyss. Rekaan ini juga pernah mendapat penganugerahan "Steel Design Award" daripada Swiss Institute of Steel Construction pada tahun 2005. Ciri istimewa yang mendapat perhatian para juri adalah ketelitian struktur titian gantung yang dibina melengkung merentasi dua puncak gunung menzahirkan kemahiran engineer dalam senibina steel. Dalam masa yang sama aspek penjagaan alam sekitar amat dijaga rapi agar tidak menggangu struktur geologi dan alam sekitar hutan yang menghijau di Gunung Mat Chinchang, Langkawi.
Bukan itu sahaja, di atas Langkawi Sky Bridge anda boleh mendapatkan sudut bergambar yang super menawan dengan latar belakang pergunungan, pemandangan pantai dan lautan, serta pulau- pulau di sekitar Pulau Langkawi. Sungguh mempersonakan, indahnya ciptaan Tuhan. Mungkin anda yang pernah ke sini akan teringat momen indah anda di sini.
(Credit gambar google)