01/11/2021
1 November 2021, Isnin.
Simpan sini untuk dahlia medina❤️
Anakku, ibu pujuk hati sendiri,ibu tahan dari mengeluh, ibu bersabar walaupun pedih, ibu mengalah walaupun perit, ibu tersnyum hanya untuk mengubat diri sendiri, semuanya hanya untuk semangat dalam perjuangan dahlia💪🥺allah tahu sejauh mana kekuatan ibu bapak dalam ujian ini.
Untuk sampai ke tahap ini banyak rintangan, ujian, banyak selisih faham, s**a duka, gelak tawa. Yess, sangat s**ar! Bohong kalau ibu kata ibu tak pernah tertanya mengapa semua jadi pada kita. Tapi ibu redha. Yupp.. Allah segalaNya.Ramai yang pesan, jangan sekali sangka buruk dengan setiap ujian ini, allah nak naikkn darjat kita, selalu bersangka baik!
Anakku, tiba masa Dahlia Medina Cancer Fighter kamu akan faham semua ni.
Yakinlah,ada sesuatu yang menanti dahlia selepas semua penat lelah dahlia.Setiap kali lihat tubuh kakak terbaring, melepek, menyendiri, berdiam tanpa bermain, tetiba airmata kakak, tubuh kakak mengeras mngetip gigi menahan sakit, , hati ibu mana yang tenang.Ibu sorok semua dalam hati ibu. Ibu simpan rapi agar smeua tu kakak tak lihat.
Setiap kali ibu nak tidur, dan bangun tidur hanya melihat kalian dulu. Doa ibu agar semua ni cepat berakhir! Ye.hanya dahlia merasai semua itu selepas kimotherapy, setiap sakit itu hanya kamu yang pikul, ibu mohon jangan sekali mengalah💪❤️
Sory semua, untuk sesi kali nie, ibu sangat la emosi, sedih tengok dahlia pikul semua,😭ye. Protokol kali nie ibu lihat kakak lebih cepat letih, kakak nampak sangat penat,kakak Muntah2, semua sendi kakak sakit, ada tahap kakak tak nak berjalan hanya nak baring, kakak bnyk mengalir airmata tahan sakit sebab tahu tangisan kakak akan buat ibu sedih.Dahlia adalah anak yang sangat memahami ibu, sangat sangat❤️ibu percaya akan ada pelangi bakal bersinar🌹
Ibu mohon🤲sesiapa yang mengenali kami agar terus mendoakan kesihatan anak kami dahlia medina terus diberikan kesembuhan sepenuhnya, diberikan kekuatan dan semangat yang tinggi dalam semua sesi rawatan sehingga selesai.