Majrah

Majrah Kepakaran Kami Ialah Membantu Anda Yang Menghidapi Masalah Gangguan Makhluk Halus, Jin (Sihir/Saka/Santau & seangkatan) Pengedar diperlukan diseluruh Malaysia

Pusat Rawatan Mantap Jiwa Rawat Hati [MAJRAH]
Pembekal dan Pengeluar Produk Minyak Hantu.

27/09/2025

“Ya Allah, sungguh kami memohon kepadaMu ilmu yang bermafaat (bagi diri kami dan orang lain), rezeki yang halal dan amalan yang diterima. (disisiMu dan mendapat ganjaran yang baik)”

26/09/2025

Assalamu’alaikum dan Selamat Pagi semua.

Pusat Rawatan kami buka seperti biasa pada hari ini dari Jam 9.00 pagi hingga Jam 3.00 petang.

Nak buat rawatan? Dapatkan temujanji di:

Kosong satu tujuh tujuh 22 kosong 4 lapan lapan

Kami doakan semoga Allah permudahkan segala urusan anda semua setiap hari.

Pusat Perubatan MAJRAH
No. 5, Jalan Chengal, Taman Batu Pahat,
83000 Batu Pahat, Johor.



26/09/2025
26/09/2025

“Ya Allah Ya Tuhan kami lapangkanlah dada kami, mudahkanlah urusan kami, lancarkanlah lidah kami agar mereka fahami perkataan kami.”

Assalamu’alaikum dan Selamat Pagi semua. Pusat Rawatan kami tutup pada hari ini. Insya-Allah esok buka macam biasa. Nak ...
25/09/2025

Assalamu’alaikum dan Selamat Pagi semua.

Pusat Rawatan kami tutup pada hari ini. Insya-Allah esok buka macam biasa.
Nak buat rawatan? Dapatkan temujanji di nombor Hotline kami:
https://www.wasap.my/+60177220488/Assalamualaikumnaktemujanji

Kami doakan semoga Allah permudahkan segala urusan anda semua setiap hari.

Pusat Perubatan MAJRAH
No. 5, Jalan Chengal, Taman Batu Pahat,
83000 Batu Pahat, Johor.



GANGGUAN JINPart 3: SIHIRSelepas anda memahami gangguan saka di posting Part 2 yang lepas kini saya ingin menghuraikan p...
25/09/2025

GANGGUAN JIN

Part 3: SIHIR
Selepas anda memahami gangguan saka di posting Part 2 yang lepas kini saya ingin menghuraikan p**a gangguan jin SIHIR.

APAKAH SIHIR
Sihir adalah satu kelakuan yang yang dilakukan seseorang untuk menyakiti mangsa secara halus dengan bantuan dari makhluk jin. Kesannya mangsa akan mengalami sama ada sakit fizikal, mental, emosi dan lain-lain. Tukang sihir biasanya digelar bomoh.

MATLAMAT
Ada banyak tujuan seseorang menyihir seseorang yang lain. Punca utamanya adalah sakit hati, dengki, khianat, balas dendam, s**a dan sebagainya.
Apa yang pasti selepas seseorang disihir kehidupannya bukan lagi normal seperti biasa. Ada yang kerasukkan, ada yang mengalami penurunan kesihatan yang mendadak sehingga berlaku kematian, ada yang mengalami gangguan emosi, ada yang bercerai berai, ada yang jatuh cinta, ada yang lingkup perniagaannya dan bermacam-macam lagi kesan akibat disihir.

ULASAN
Sihir adalah jalan ringkas dan mudah untuk merealisasikan hasrat seseorang. Kebanyakan pesakit yang datang berjumpa admin dikenakan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu sesat. Antaranya berasal dari negara jiran dan dukun asli.

Namun banyak juga perawat-perawat biasa yang menawarkan perkhidmatan serupa sedemikian. Selain boleh mengubat mereka juga menawarkan perkhidmatan sihir.

Sebenarnya banyak juga ajaran-ajaran sihir yang diajar secara direct di internet atau terdapat juga iklan-iklan yang menawarkan jualan barang sihir seperti rokok dan minyak pengasih.

Sihir bermain dengan masa. Apabila seseorang bomoh diupah maka kerja akan dilaksanakan dengan segera. Oleh itu lagi lambat anda jumpa perawat maka lagi rendah chances untuk kembali pulih.

Saya sering menasihati pesakit dan ahli keluarga yang mempunyai simptom-simptom gangguan supaya cepat-cepat berjumpa perawat selain berjumpa Doktor di hospital.

Alat-alat di hospital tiada keupayaan langsung untuk mengesan kehadiran sihir tetapi sangat membantu dalam diagnosis punca atau kesakitan.

Selain itu jika selepas rawatan di hospital telah berulang kali tetapi Doktor masih tidak dapat kesan sebarang penyakit atau selepas consume ubat tetapi tiada perubahan maka cubalah jumpa juga Doktor halus (perawat) kerana mungkin anda ada alami gangguan sihir.

Antara perkara yang saya ingin share juga adalah sihir melalui saka. Ya mereka yang mempunyai saka juga mampu membuat sihir secara sedar atau tidak sedar.

Contohnya mertua yang tidak s**akan menantu dan mertua tersebut mempunyai saka maka semenjak perkahwinan dengan anaknya keadaan fizikal menantu tersebut terus drop.

Contoh lain p**a pergaduhan antara kawan-kawan. Selepas balik ke rumah salah seorang mendapat sakit yang teruk dan pelik. Itulah sihir dari saka kawannya dan beliau mungkin tak tahu pun dirinya mendapat bantuan dari saka keturunan.

Sekadar ini dahulu tentang posting sihir. Jika ada kelapangan admin akan menambah maklumat-maklumat penting.yang lain.



25/09/2025

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.”

GANGGUAN JINSAKA: PART 2 Hari ni kita sambung bab semalam... memang panjang sikit bab ni... Gangguan saka boleh bermula ...
24/09/2025

GANGGUAN JIN

SAKA: PART 2

Hari ni kita sambung bab semalam... memang panjang sikit bab ni...

Gangguan saka boleh bermula seawal usia remaja (contohnya rakan-rakan tak s**a) atau berlaku ketika ingin berumah tangga (susah nak dapat jodoh), atau berlaku selepas alam berumah tangga (bergaduh/s**ar dapat zuriat) dan sebelum meninggal dunia (meracau/susah mati).

Ada juga yang tiada apa-apa berlaku sehingga meninggal dunia dan mereka menyangka bebas saka. Tunggu p**a next generation.

Apakah character saka?
Saka ini tarafnya sah dengan wujudnya perjanjian. Walaupun berat sebelah. Oleh itu untuk masalah saka, rumah yang sudah dipagar pun dengan selamba je boleh tembus. Kerana taraf mereka bukan gangguan (walaupun sering mengganggu). Yang sudah buat pagar banyak kali dan frust inilah sebabnya.

Kes saka orangnya (pesakit) dulu yang penting dirawat sebelum rumah. Ramai yang sibuk memagar rumah sedangkan gangguan saka belum selesai. Kalau lah pagar tu kuat sekali pun anda keluar rumah je saka dah boleh ganggu semula Kan? Pastinya mereka berkumpul di luar pagar.

《 Untuk masalah sihir dan jin liar/bebas insyaAllah pagaran susah untuk ditembusi jin 》

Di Malaysia statistik yang mengalami masalah saka ini sangat tinggi. Daripada 10 kes gangguan 8 orang mengalami masalah saka. Ini kerana anda dari keturunan yang saya sebutkan sebelum ini mempunyai kelebihan seperti bidan, bomoh/pawang, mengurut, bersilat dan lain-lain.

Dan jangan terkejut ramai muda mudi zaman ini p**a yang menjadi pengambil amalan/saka. Mereka ingatkan ilmu-ilmu kuat yang dipelajari untuk kebaikan tanpa memahami ada jin yang tersorok. Kelak generasi anak dan cucu anda jadi second & third generation.

Begitu juga banyak kisah lagu-lagu melayu yang sebenarnya bersifat menyeru. Nenek-nenek si bongkok tiga, ulik mayang, kuda kepang dan sebagainya.

Susah untuk lari dari tidak berjumpa dengan saka. Anda selamat kerana tidak dapat dari keturunan rupanya tindak tanduk anda p**a yang mengambil secara tidak sedar.

Contoh lain ilmu persilatan. Niat asal baik untuk mempertahankan diri. Tetapi kita tidak sedar disebaliknya wujud jin yang mendampingi. Cuba-cuba lah tanya guru silat. Jika bernasib baik ada yang akan mengaku.

Setakat ini tak pernah lagi jumpa jin taekwando. Jadi yang dah hantar anak-anak belajar taekwando sila teruskan.

Adakah kita tuan kepada saka?
Salah!. Kita sebenarnya hamba kepada saka. Saka jaga kita seperti jaga pet atau binatang kesayangan. Tapi sampai satu tahap mereka terasa hati dan rasa dikhianati maka bermula serangan demi serangan.

Kadang-kadang tiada isu pun mereka boleh mengamuk. Ikut perjanjian asal kena jamu pelbagai makanan tetapi di peringkat anak cucu tak tahu apa-apa.

Ada yang menyoal bagaimana p**a dengan saka yang baik dan Islam. Saka yang baik dan Islam juga wajib dibuang kerana kewujudan saka di dalam diri akan menyebabkan ruang-ruang rongga tertentu terbuka dan boleh menyebabkan anda terdedah dengan gangguan lain p**a.

Lebih teruk lagi anda boleh jatuh syirik apabila bergantung kepada saka. Lagipun tiada jaminan anak kepada saka tersebut yang bakal menduduki anak anda akan bersifat baik juga.

Ada seorang pesakit saya seorang Doktor yang sudah lama berjuang untuk mengubati masalah saka beliau dan keluarga. Selepas beberapa siri rawatan beliau sedar dan bersetuju 90% perawat yang merawat beliau sebelum ini mempunyai ciri-ciri bersaka seperti yang saya jelaskan.

Dan saya sangat setuju dengan pendapat Doktor tersebut iaitu membuang saka ini adalah satu JIHAD.

Jadi adakah saka boleh dibuang?

Jawapannya boleh. Pendapat yang mengatakan susah untuk dibuang atau tidak boleh dibuang adalah salah. Cuma caranya sahaja tidak kena.

Contoh anda jumpa perawat yang ada saka maka saya boleh guarantee sakit anda tidak boleh hilang atau hilang hanya seketika.

Di pasaran ramai perawat yang ada kelebihan merawat dapat dari kelebihan saka. Apabila saka bertemu saka maka harapan hanya palsu. Bukan kaedah yang HAQ dan diredhai oleh Nya.

Jadi bagaimanakah cara nak buang saka?

InsyaAllah ada jalannya. Yang penting jangan putus asa.

Terutamanya anda yang sudah berputus asa atau tidak pasti ada alami isu saka buatlah temujanji dengan segera. Jangan bertangguh kerana gangguan jin saka ini bukan masalah kecil tapi sangat serius walaupun masalah yang berlaku terhadap diri anda masih di peringkat awal.



24/09/2025

“Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Address

NO. 5 Jalan CHENGAL, TAMAN BATU PAHAT
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Tuesday 09:15 - 17:00
Wednesday 09:15 - 17:00
Thursday 09:15 - 17:00
Friday 09:15 - 17:00
Saturday 09:15 - 17:00
Sunday 09:15 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Majrah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram