
31/07/2025
DAULAT TUANKU
HARI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR - SIMBOL KASIH DAN PENGHORMATAN RAKYAT JOHOR KEPADA ALMARHUM SULTAN YANG MANGKAT
Istiadat Hol Almarhum Sultan Iskandar diadakan setiap tahun mengikut kalendar Hijrah, iaitu pada 6 Safar.
Hari Hol, hari istimewa seluruh rakyat Johor memperingati dan menzahirkan penghormatan kepada Almarhum Sultan-Sultan yang telah mangkat.
Ia diadakan untuk berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala memohon limpah keampunan-Nya kepada roh mereka yang telah kembali ke rahmatullah dan dihimpunkan mereka dikalangan orang beriman.
Majlis bacaan Yasin dan Tahlil bersempena Hari Hol diadakan pada 5 Safar dengan keberangkatan Kerabat DiRaja Johor serta penglibatan rakyat Johor.
Mengimbas kembali sejarah, Istiadat yang pertama dalam sejarah Johor Moden ialah bagi Almarhum Sultan Abu Bakar pada 17 Rabiulawal 1313.
Pada mulanya istiadat ini dikhaskan untuk Almarhum Sultan Abu Bakar sahaja. Namun bermula tahun 1928 Istiadat Hol diqasad sekali mengandungi segala hol kerabat lain yang dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah.
Sumber: Petikan daripada kesultananjohor.blogspot yang ditulis oleh Datoโ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor.