Bisnes Borong Malaysia

Bisnes Borong Malaysia Fokus kepada Pelajar IPT, Ibu Tunggal, Belia, serta sesiapa berpotensi jadikan mengelola produk perm

SEJARAH GOLDSMITHPada zaman dahulu, saat emas dan perak menjadi alat tukar-menukar barang atau mata wang, ramai orang Ya...
24/12/2015

SEJARAH GOLDSMITH
Pada zaman dahulu, saat emas dan perak menjadi alat tukar-menukar barang atau mata wang, ramai orang Yahudi bekerja sebagai penyimpan emas atau lebih dikenali dengan istilah “goldsmith” (gold adalah emas, dan smith adalah semit atau Yahudi).

Ini kerana di sebagian besar Eropah, orang-orang Yahudi dilarang memiliki tanah yang membuatkan mereka tidak boleh menjadi petani dan penternak lalu menjadikan kerjaya goldsmith sebagai alternatif pekerjaan yang prospektif.

Walaupun kerjaya ini dipandang rendah, orang-orang kaya yang memiliki banyak emas dan perak lebih menyukai menyimpan hartanya di goldsmith kerana jaminan keselamatan yang diberikan. Mereka hanya cukup memberi gaji sejumlah emas tertentu atas kerja penyimpanan yang diberikan goldsmith.

Untuk setiap harta yang disimpan, goldsmith mengeluarkan sekeping kertas atau sijil mengandungi keterangan tentang pemilikan emas dan perak sejumlah tertentu kepada pemilik harta. Setiap kali bila pemilik harta ingin mengambil simpanannya, ia hanya menunjukkan sijil tersebut.

Masa berlalu, semakin tinggi kepercayaan masyarakat pada goldsmith, masyarakat mula menerima kaedah sijil tersebut sebagai alat tukar-menukar barang. Pada saat inilah sijil tersebut menjadi wang kertas dan merupakan wang kertas pertama di dunia.

Masa terus berlalu, semakin banyak emas dan perak yang disimpan di gudang penyimpanan, goldsmith melihat bahawa sebagian besar emas dan perak tersebut tersimpan begitu saja di tempatnya. Waktu itu, permintaan terhadap wang kertas terlalu tinggi. Terlintas di fikirannya bagaimana kalau sebagian daripada emas dan perak itu dipinjamkan kepada orang yang memerlukan (peminjam), setelah jangka waktu tertentu apabila peminjam mengembalikan semula akan dikenakan bunga (riba).

Kemudian goldsmith pun mula melaksanakan rancangannya dengan meminjamkan sebagian emas dan perak milik pelanggannya kepada peminjam yang memerlukan. Setelah waktu yang ditentukan, emas dan perak yang dipinjam oleh peminjam dikembalikan, goldsmith mendapat keuntungan melalui bunga. Semakin ramai atau semakin banyak goldsmith memberikan pinjaman, semakin besar keuntungan yang didapati.

Seterusnya goldsmith mendapat rancangan yang lain. Mengapa harus memberikan pinjaman berupa emas dan perak? Bukankah wang kertas yang dikeluarkan telah diterima sebagai alat tukar-menukar dan jual beli? Sejak itu, setiap pinjaman yang diberikan, Ia hanya mengeluarkan wang kertas. Dan setelah jangka waktu tertentu, peminjam mengembalikan pinjamannya berupa emas kepada goldsmith berserta dengan bunganya. Pada saat ini goldsmith telah melihat satu keajaiban yang tidak diduga. Hanya dengan sekeping kertas, dia telah berjaya mendapatkan sebongkah emas.

Waktu itu sebenarnya goldsmith telah melakukan penipuan. Orang menyangka emas dan perak yang dipinjamkan benar-benar milik goldsmith sendiri, padahal sebenarnya ia milik pelanggan yang menyimpan kepadanya. Selain penipuan goldsmith juga melakukan pemerasan (peras ugut) dengan mengenakan bunga atas pinjaman yang dia berikan (inilah prinsip perbankan yang digunapakai hingga ke hari ini).
Belajar dari kejayaan menipu pelanggannya, goldsmith mendapat rancangan lagi. Dengan modal beberapa keping kertas, ia berjaya mendapatkan sejumlah besar emas. Maka goldsmith mengeluarkan wang kertas dengan sebanyak-banyaknya untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Keuntungannya hanya dihadkan oleh keupayaannya mencetak wang kertas. Tiada perniagaan sepanjang sejarah umat manusia yang lebih menguntungkan daripada perniagaan yang dijalankan goldsmith.

Masa terus berlalu, semakin ramai orang yang menjadi peminjam. Mereka rela masuk dan duduk di bangku panjang untuk mendapatkan pinjaman dari goldsmith, waktu itulah “bank” pertama di dunia tercipta. Dalam jangka masa yang pendek, para goldsmith menjadi orang-orang terkaya di dunia.

Para bangsawan dan para raja yang memerlukan dana untuk membiayai tentara, dan gaji pegawainya. Mereka pun tidak dapat mengelakkan diri untuk menjadi mangsa para goldsmith yang kemudian berganti istilah menjadi “banker”. Setiap pinjaman yang bernilai jutaan diberikan kepada individu-individu tersebut, dan begitu juga pulangan keuntungan yang diperolehi banker.

Para banker amat menyukai dengan sifat para raja dan bangsawan yang s**a berperang bagi merebut kuasa dan kawasan. Semakin banyak peperangan yang tercetus dan itu bererti semakin banyak pinjaman yang boleh diberikan para banker.

Dalam kebanyakan kes, apabila perdamaian terjadi, para banker telah menjadi dalang politik untuk mencetuskan peperangan.
Mereka membiayai Oliver Cromwell untuk memberontak kepada Raja Charles di Inggeris.
Mereka membiayai William Orange merebut tahta raja Inggeris dari Charles II.
Mereka merancang Revolusi Perancis
Mereka membiayai petualangan Napoleon
Mereka juga merancang, kemudian membiayai pihak-pihak yang terlibat dalam Perang Sivil Amerika, Perang Krim, Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang Dingin, Vietnam, Teluk, dan perang-perang yang lain.

Setelah tamat peperangan, pemimpin dan juga rakyat negara-negara yang terlibat akan menjadi mangsa para banker di atas hutang yang mereka tanggung.

Selain mendapatkan keuntungan hakiki yang tiada tandingan, banker juga mendapatkan keuntungan politik yang besar. Mereka dengan mudah mengangkat seseorang menjadi penguasa, dan mudah juga mereka menjatuhkannya. Semakin besar kekuasaan politik mereka, semakin besar juga keuntungan ekonomi mereka. Politik dan wang, semuanya secara tidak langsung telah dimiliki para banker.

Pada awal abad ke-20 ketika manusia menjumpai minyak bumi, para banker dengan bijaknya telah melihat ia sebagai peluang perniagaan yang besar. Jika manusia boleh dibuat bergantung hidupnya pada minyak, maka keuntungan mereka akan semakin besar, meskipun berbanding keuntungan yang diberikan oleh perniagaan kewangan masih tiada saingan.

Maka mereka membayar Henry Ford (seorang ahli mesin internal combustion yang berbahan bakar minyak) untuk menghasilkan jentera yang menggunakan bahan bakar minyak secara besar-besaran sehingga kos penghasilannya lebih kecil dan boleh dijual dengan harga yang berbaloi. Di sisi lain mereka memujuk Thomas Alva Edison untuk menghentikan impiannya menghasilkan jentera menggunakan kuasa bateri (kerana akan mengancam perniagaan baru mereka) dengan tawaran menjadi pengurus syarikat General Electric. Sedangkan untuk urusan pengeluaran minyaknya, mereka mempercayakan pada Rockefeller.

Perusahaan-perusahaan pengangkutan awam yang menggunakan pengangkutan jenis tenaga listrik seperti keretapi, mereka beli untuk digantikan dengan pengangkutan seperti bas yang menggunakan minyak. Mereka mengarahkan pas**an atau ahli kongsi gelap (mafia), pemerintah yang telah diberi rasuah, dan juga pengaruh melalui media masa untuk menentang pegusaha-pengusaha yang cuba membantah.

Ketika Stanley Meyer, seorang ilmuwan Amerika menemukan alat pengubah air menjadi bahan bakar hidrogen yang murah, beliau ditangkap, kemudian diadili dan terakhir dibunuh.

Sama dengan apa yang telah terjadi terhadap Ezra Pound, sasterawan besar penentang dominasi banker kapitalis dunia. Setelah tidak memiliki alasan untuk menghukum Ezra kerana pemikirannya, Ezra dimasukkan ke hospital sakit jiwa (sasterawan besar yang beberapa muridnya meraih Nobel Sastera dianggap gila?) sehingga mati.

Hal yang sama juga menimpa Joko, penemu (pengasas) blue energy dari Indonesia. Dianggap membahayakan kepentingan para pengusaha perniagaan minyak, beliau diculik, dan dibunuh.

Dan inilah sedikit gambaran keuntungan perniagaan para banker dalam bidang perusahaan minyak. Ketika itu jumlah minyak dunia sekitar 100 juta barrel sehari. Pembiayaan pengeluaran minyak berjumlah $20 per- barrel. Jika harga minyak dunia $50 per-barrel, maka pengusaha minyak mendapat keuntungan $30 per-barrel. Bererti keuntungan perusahaan minyak global sehari adalah $30 x 100 juta = $30 ribu juta. Dalam setahun keuntungannya adalah $30 ribu juta x 365 = $1.095 trilion.

Sistem perbankan yang ada pada waktu ini adalah sistem yang sama dengan sistem perbankan goldsmith, dengan kualiti dan kuantiti yang jauh lebih besar. Contohnya bank kini tidak perlu lagi mengeluarkan wang kertas atau sijil untuk memberikan pinjaman. Cukup dengan menekan papan kekunci di komputer maka wang sudah diberikan. Kemudian, para peminjam harus membayar dengan darah dan keringat atas azab yang diberikan banker. Jika gagal membayar, harta bendanya disita dan istilah “bankrupt” atau “muflis” diberikan sebagaimana dialami jutawan sub-prime mortgage di Amerika di tahun 2009 lalu.

Para banker dunia ketika ini adalah keturunan para goldsmith zaman dahulu. Sebahagian besar bank di dunia, termasuk di Malaysia, adalah milik para banker dunia itu (Pemilik Saham).

Para banker mula bosan dengan wang kertas yang tersimpan di gudang mereka setelah emas dan perak dunia kering digali lalu disimpan ke dalam “bunker” (sebuah stor besar di bawah tanah) mereka, kecuali sebagian kecil yang dipakai masyarakat sebagai perhiasan. Mereka ingin pembayaran seperti harta benda, tanah, emas dan perak, aset-aset perusahaan dan sebagainya. Maka mereka menghentikan pengeluaran wang kertas dan menarik semula yang telah diedar. Istilah “tight money” digelarnya. Dunia mengalami krisis kewangan yang merebak ke seluruh sektor ekonomi. Perusahaan-perusahaan bankrupt, peminjam-peminjam tidak dapat membayar hutangnya, saham-saham perusahaan jatuh.

Waktu itulah para banker menjalankan rancangannya memborong perusahaan-perusahaan yang bankrupt, saham-saham perusahaan yang jatuh, dan menyita harta benda peminjam yang gagal membuat pembayaran. Dalam waktu yang singkat, telah terjadi pemindahan kekayaan besar-besaran dari masyarakat ke dalam bunker banker. Dan dalam situasi itu, mereka bersembunyi di balik bayangan IMF dan Bank Dunia, datang menawarkan bantuan yang sebenarnya berupa pinjaman berbunga yang berlipat kali ganda untuk membuatkan manusia semakin jatuh dalam cengkaman kekuasaan mereka.

Hal inilah yang terjadi pada fenomena Depresi Besar tahun 1930-an, Krisis Moneter dan Krisis Finansial Global tahun 1997. Bahkan waktu itu Amerika syarikat pun tidak terlepas dari tipu daya segelintir orang-orang tersebut. Amerika Syarikat diambang inflasi. Dengan hutangnya yang mencapai $ 14,3 trilion dollar. Persetujuan Kongres tentang kenaikan hutang menjadi punca yang menyelamatkan Amerika Syarikat dari gagal bayar (default), namun ia tidak mendapat sambutan positif di seluruh pasar bursa saham. Nilai perdagangan di bursa saham, semuanya jatuh, dan merebak ke seluruh dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali, masih ingatkah anda pada tahun 1997 negara kita menghadapi inflasi dan krisis ekonomi? Persoalannya, dengan cara apakah Malaysia menangani isu ini? Pada tahun yang sama, wujudnya pertelingkahan di dalam negara sehingga tercetusnya reformasi. Apakah yang sebenarnya terjadi? Adakah mempunyai rahsia disebalik kejadian itu?

Tahukah anda di setiap negara mempunyai satu bank negara? Setiap bank negara harus mempunyai penyimpanan emas untuk digunakan dalam proses perdagangan antara negara luar dan membayar percetakan wang kertas. Pada tahun 1981, negara kita masih mempunyai beratus-ratus tan emas. Sehinggalah pada tahun 2010, emas negara telah berkurangan sehingga tinggal berpuluh-puluh tan sahaja. Apakah yang akan terjadi sekiranya emas di bank negara kita telah habis?

Tahukah anda ekonomi dunia dikawal oleh orang yahudi (goldsmith)? Bila-bila masa nilai matawang kita boleh dijatuhkannya. Tahukah anda yang negara kita telah berhutang? Berapakah jumlahnya? Dunia sebenarnya tidak pernah aman dari dahulu sehinggalah sekarang. Sedar atau tidak, kita sebenarnya hidup dalam dunia yang sedang berperang, peperangan dari bentuk fizikal ataupun mental (psikologi). Bagaimana hendak menentang anasir-anasir jahat jika ekonomi negara, dan diri sendiri masih belum stabil?

Hanya Allah yang tahu segala-galanya, sedarlah wahai umat muhammad...

Disalin dari Metal detector alam

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasia...
27/10/2015

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

More At : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba
wink emoticon

Meja Borong. Harga kilang. Jualan sangat pantas. Stock terhad.Terbuka kepada yang berminat.Agen diperlukan & Tinggalkan ...
05/04/2015

Meja Borong. Harga kilang. Jualan sangat pantas. Stock terhad.
Terbuka kepada yang berminat.

Agen diperlukan & Tinggalkan no untuk add group whatsapp

28/03/2015

Assalamualaikum,

Minat itu tidak semestinya datang sekaligus secara mendalam.
Ianya berkemungkinan datang sedikit demi sedikit. Umpamanya seperti yang terdapat pada ramai belia-belia di negeri Kedah. Kebanyakan mereka pada mulanya hanyalah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sekadar mengisi masa lapang sahaja. Tetapi setelah menyelam secara lebih mendalam lagi bidang tersebut akhirnya mereka mula mendapati bahawa bidang tersebut sungguh menarik. Keadaan ini telah mengembangkan lagi minat mereka yang ada sebelum ini.

Semoga hasrat kami untuk membawa perpektif baru kepada masyarakat tercapai

Address

Batu Pahat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bisnes Borong Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bisnes Borong Malaysia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram