DR Ratna

DR Ratna Mewujudkan kesedaran tentang nilai kesihatan dan perubatan di kalangan orang ramai / Creating awaren

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.Lama sungguh saya tak mencoret di fb ini.  Dek kesibukan, hajat menulis terpak...
03/02/2025

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.

Lama sungguh saya tak mencoret di fb ini. Dek kesibukan, hajat menulis terpaksa ditunda. Namun, atas cadangan serta gesaan sang suami, saya cari juga masa untuk menulis di sini. Kata sang suami, ilmu yang ada perlu disampaikan untuk manfaat manusia sejagat. Dividennya nanti kita ambil di akhirat.

Oklah. Tajuk hantaran (posting) kali ini adalah berkaitan
Mandi pagi - hindari strok.

Beberapa hari yang lepas, saya mendapat wasap berkaitan dengan cara mandi pagi yang mana ada dinyatakan mulakan daripada menjirus kaki terlebih dahulu dan diikuti bahagian-bahagian anggota lain hinggalah akhir sekali ke bahagian kepala.

Benarkah? Jawapannya, Ya, benar.

Berdasarkan posting yang diberikan itu, saya bersetuju dengan apa yang disampaikan penulis asal.

Jika mengikut mekanisme kejadian stroke, ia boleh berlaku apabila berlaku tekanan darah (blood pressure) yang secara tiba-tiba menjadi tinggi dan tidak keruan. Sebagai contoh, berlaku perubahan suhu badan secara mendadak akibat air mandian terlampau sejuk atau terlampau panas atau meneran di bilik air bertujuan memaksa untuk buang air besar.

Senario ini boleh menjadi pencetus kepada tekanan darah yang mana darah boleh naik secara mendadak pada seseorang individu terutama bagi mereka yang mengalami penyakit darah tinggi atau angin ahmar (stroke), dan akan menjurus kepada pecahnya salur darah.

Justeru demikian, perlulah 'slow' dan relaks sambil menunggu 'signal' badan jika nak buang air besar. Pastikan juga suhu air yang sesuai dengan tubuh kita, bukan paksa tubuh menerima air sejuk secara tiba-tiba.

Secara asasnya, saya setuju dengan cara mandian begini. Mulakan dengan tempat yang kita selesa dan suhu yang sesuai. Kemudian baharulah mulakan dengan turutan yang betul.

Tambahan : Penggunaan alat pemanas air (water heater) merupakan antara satu cara terbaik untuk mandi di waktu pagi, khususnya mereka yang ada penyakit seperti darah tinggi.

Jumpa lagi di posting berikutnya bertajuk 'MRI - apa persediaannya?'

ReUnion - bekas pelajar Fakulti Perubatan UKM di Aloft Hotel, 9/11/2024.Ada yang sebahagian besarnya sudah lebih 20 tahu...
11/11/2024

ReUnion - bekas pelajar Fakulti Perubatan UKM di Aloft Hotel, 9/11/2024.

Ada yang sebahagian besarnya sudah lebih 20 tahun tidak bertemu. Ada yang terbang jauh dari seberang semata-mata untuk ReUnion.

Kami doktor-doktor dalam pelbagai bidang kepakaran, kemahiran dan pengalaman.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru pensyarah kami yang menjadikan setiap seorang daripada kami sebagai seorang Doktor Perubatan.

Konferen FMS di Persada Johor (4 - 7 Sep.2024)
07/09/2024

Konferen FMS di Persada Johor (4 - 7 Sep.2024)

Sesiapa yang dapat mesej berikut melalui wasap, tolong padamkan segera ya.Empunya henfon, tolong semak kerana wasap henf...
30/06/2024

Sesiapa yang dapat mesej berikut melalui wasap, tolong padamkan segera ya.
Empunya henfon, tolong semak kerana wasap henfon anda dah kena godam (hack).
Nanya Pak Karim-lah kalau sesiapa ikut arahan yang diberi tu.

Masih ramai yang belum buat 2 step verification pada wasap masing-masing.

How to manage two-step verification settings;
https://faq.whatsapp.com/1920866721452534

Tolong share posting ni agar dapat bantu mereka yang masih daif bab keselamatan siber.

Address

Batu Pahat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DR Ratna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to DR Ratna:

Share