TAMAN DATO JALAL RENGIT BATU PAHAT JOHOR

TAMAN DATO JALAL RENGIT BATU PAHAT JOHOR TAMAN DATO JALAL RENGIT,BATU PAHAT JOHOR MALAYSIA.

Najib dapat pengampunan?KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mendapat pengam...
30/01/2024

Najib dapat pengampunan?

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Walaupun ada satu sumber mengesahkan kepada Utusan Malaysia mengenai perkara itu ketika dihubungi hari ini, namun setakat ini ia masih menjadi tanda tanya kerana belum ada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan.

Terdahulu pagi ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa yang turut berada dalam lembaga itu secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara tersebut oleh Lembaga Pengampunan.

Katanya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, bagaimanapun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

Semalam, akhbar ini melaporkan Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan Najib.

Bagaimanapun, Zaliha enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan memandangkan ia adalah perkara sulit.

Berdasarkan amalan biasa, selepas lembaga bersidang, keputusannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pengampunan berkenaan ia kemudiannya akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akhir sekali pemakluman itu akan disampaikan kepada pihak penjara.


Najib sebelum ini menghadapi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB.

Media tempatan sebelum ini memetik kenyataan seorang ahli kanan dalaman kalangan orang kepercayaan Najib berkata, terdapat ‘suasana positif’ mengenai petisyen pengampunan itu sekiranya permohonan itu didengar dalam mesyuarat bulan ini.

Bulan lalu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

Namun, Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri 10 Januari lalu tidak membincangkan perkaraa yang membabitkan Lembaga Pengampunan termasuk kes bekas Perdana Menteri. – UTUSAN

25/02/2023

Assalamualaikum wbt warga TDJ ...baru terima berita sedih menyatakan bahawa Anak lelaki cikgu Masriah iaitu *Imran* telah kembali rahmatullah pagi tadi...Alfatihah......

Jemaah Haji terkandas di KLIA. Difahamkan hampir 400 jemaah tidak dapat terbang ke Jeddah malam ini. Ada jemaah yg dah b...
07/07/2022

Jemaah Haji terkandas di KLIA.

Difahamkan hampir 400 jemaah tidak dapat terbang ke Jeddah malam ini.

Ada jemaah yg dah buat laporan polis.

Mereka daftar dgn sebuah syarikat travel agency swasta.


Kredit twitter Fareez Azman

18/06/2022

Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, setelah mengalami sesak nafas.

Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida.

Kami sedang cuba mendapatkan perkembangan lanjut.

Layari https://grid.astroawani.com/

10/06/2022

Hukum orang Islam menyertai perayaan Bon Odori
Pada asasnya umat Islam adalah ditegah untuk menyertai apa-apa perayaan agama lain. Para ulama telah bersepakat bahawa hukum menyertai perayaan agama lain, sama ada dengan ucapan atau tindakan pada pakaian, makanan atau minuman yang dikhususkan pada hari perayaan tersebut adalah haram jika bertujuan untuk mengagungkan hari perayaan mereka, bahkan majoriti ulama berpendapat bahawa seorang muslim yang mengagungkan syiar-syiar agama lain boleh jatuh ke lembah kekufuran. Manakala individu muslim yang tidak berniat untuk mengagungkannya adalah berdosa, namun tidak sampai ke tahap kufur
Sila baca penjelasan selanjutnya di Laman Rasmi PMWP:
https://muftiwp.gov.my/.../5287-bayan-linnas-siri-ke-254...

Dalam hal jaminan keselamatan makanan (food security) ketika berdepan dengan bencana jangka panjang, model kerajaan Iraq...
24/05/2022

Dalam hal jaminan keselamatan makanan (food security) ketika berdepan dengan bencana jangka panjang, model kerajaan Iraq antara yang menarik.

Iraq sebenarnya sebuah negeri pertanian. Kewujudan 2 batang sungai yang membelah bumi Iraq dari utara ke selatan iaitu Dajlah dan Furat menjadi bumi 2 sungai ini sangat subur. Orang Iraq selalu sebut kepada saya. Di Iraq hanya tiang lektrik yang kami tanam dan tidak tumbuh membesar. Benda lain yang ditanam semuanya tumbuh membesar.

Gandum antara hasil utama yang merupakan makanan ruji rakyat. Untuk tanaman gandum tidak ada sistem pengairan yang khusus. Bila masuk musim dingin pada bulan Oktober, hujan akan turun dan ketika itulah gandum mula ditabur. Juta hektar luasnya di seluruh Iraq. Memadai hanya dengan hujan yang turun sekali setahun untuk penanaman gandum.

Lebih kurang 4 bulan gandum mula dituai. Kerajaan akan membeli semua gandum yang diusahakan peladang. Biasa saya pergi tengok para peladang berhimpun di Bank Pusat Iraq مصرف المركزي untuk mengambil wang bayaran dari kerajaan.

Tanggungjawab memproses gandum diuruskan oleh Kementerian Pertanian وزارۃ الزراعۃ. Gandum yang telah diproses kemudiannya diagihkan kepada rakyat secara percuma dalam bentuk bantuan makanan sebanyak 5kg/sebulan bagi setiap rakyat Iraq yang bernyawa. Agihan ini termasuk juga kepada semua warga asing yang menetap secara sah di Iraq. Kami pelajar Malaysia pun dapat. Ada lagi bantuan lain seperti beras, susu, minyak masak dan lain-lain.

Peniaga-peniaga boleh mendapatkan bekalan gandum dari kerajaan dengan harga murah yang membolehkan mereka menjual gandum kepada rakyat juga dengan harga murah. 5kg sebulan masih tak mencukupi tapi ia sangat membantu. Kalau dalam 1 keluarga ada 10 orang, mereka dapat 50kg gandum sebulan secara percuma dari kerajaan.

Saya melihat food security inilah antara benteng utama kenapa Iraq mampu bertahan berhadapan dengan sekatan ekonomi PBB dari 1991 sehinggalah kejatuhan Iraq pada 2003. Kuasa besar US boleh sekat Iraq dari darat, laut dan udara. Tapi rakyat tetap boleh makan.

Ada waktu dan ketikanya makanan akan lebih bernilai dari wang dan emas.

Dr Azman Ibrahim

selamat hari raya...
01/05/2022

selamat hari raya...

08/04/2022

Malam ni terawih yukkk...

Al-Fatihah.. Raja Maghribi, Mohammed VI mengesahkan Adik Rayan telah meninggal dunia sebentar tadi. Berehatlah di syurga...
05/02/2022

Al-Fatihah..

Raja Maghribi, Mohammed VI mengesahkan Adik Rayan telah meninggal dunia sebentar tadi. Berehatlah di syurga Allah Rayan

إِنَّ لِلَّـهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَيءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمَّىً، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

"Sesungguhnya apa yang diambil merupakan milik Allah dan apa yang diberikan juga milik-Nya. Setiap sesuatu itu ada tempoh yang telah ditetapkan di sisi-Nya. Bersabarlah dan pohonlah ganjaran (atas kesabaran dan musibah tersebut)"

[riwayat al-Bukhari & Muslim]

Gambar : Oh! Media

05/02/2022

Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Ray...
04/02/2022

Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter

Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip setakat ini.

JAM 1.00 PAGI, KETIKA KITA DIBUAI MIMPI, TUNKU MAHKOTA JOHOR TERUS KE SEGAMAT BAGI MEMBANTU MANGSA-MANGSA BANJIR DISANA ...
31/12/2021

JAM 1.00 PAGI, KETIKA KITA DIBUAI MIMPI, TUNKU MAHKOTA JOHOR TERUS KE SEGAMAT BAGI MEMBANTU MANGSA-MANGSA BANJIR DISANA SEJURUS MENDAPAT BERITA TERDAPAT BEBERAPA TEMPAT DI SANA MULA DINAIKI AIR..SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN TUNKU, JUNJUNG KASIH TMJ ..❤️💙

“Kutipan tol menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentik...
17/12/2021

“Kutipan tol menggunakan kad Touch 'n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID.” - Kementerian Kerja Raya
📲Sinar Harian juga ada akaun Telegram. Jom follow https://t.me/SinarHarianOfficial

KUALA LUMPUR - Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari depan. Kementerian Kerja Raya (KKR) meneru...

Kejadian berlaku di rengit.... Stay Safe!!!
11/12/2021

Kejadian berlaku di rengit.... Stay Safe!!!

Mahkamah menolak rayuan Najib dan memutuskan bahawa mahkamah mengekalkan denda RM210 juta dan penjara 12 tahun terhadap ...
08/12/2021

Mahkamah menolak rayuan Najib dan memutuskan bahawa mahkamah mengekalkan denda RM210 juta dan penjara 12 tahun terhadap Najib.

http://ow.ly/BJ7g30s3huc

SHAH ALAM, 8 DIS: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC). Hakim Abdul Karim Abdul Jalil berkata mahkamah menolak rayuan Najib dan memutuskan bahawa...

ok dh sampai....
03/12/2021

ok dh sampai....

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

Address

Taman Dato Jalal Rengit
Batu Pahat
83100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TAMAN DATO JALAL RENGIT BATU PAHAT JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram