Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat

Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat Penyayang, Profesionalisme & Kerja Berpasukan

Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat (PKDBP) telah melaksanakan saringan kesihatan, kawalan LILATI dan semburan disinfeks...
10/05/2026

Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat (PKDBP) telah melaksanakan saringan kesihatan, kawalan LILATI dan semburan disinfeksi serta sesi nasihat kesihatan kepada penghuni di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai bermula 7 Mei 2026 hingga 9 Mei 2026.

Usaha ini bertujuan memastikan tahap kesihatan penghuni sentiasa dipantau di samping meningkatkan kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit sepanjang berada di PPS. Semoga semua urusan dipermudahkan dan mangsa terlibat sentiasa berada dalam keadaan selamat serta sihat.

IBU RATU HATIKU
10/05/2026

IBU RATU HATIKU

Selesai berlangsungnya Bengkel Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental bagi Ketua Komuniti (K-MINDSET) bertempat di Bili...
08/05/2026

Selesai berlangsungnya Bengkel Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental bagi Ketua Komuniti (K-MINDSET) bertempat di Bilik Seminar Refflesia,PUMAS Tanjung Laboh pada 7 Mei 2026.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan input kesihatan mental kepada ketua-ketua komuniti agar lebih cakna dan mahir dalam mengendalikan isu kesihatan mental di peringkat akar umbi.

Ketua komuniti adalah jambatan penghubung. Dengan ilmu advokasi yang betul, kita mampu membina persekitaran yang lebih empati dan sihat.

MyChampion BP

Warga KKM yang dihargai ❀️ Penjagaan diri merupakan asas kesejahteraan, sekali gus menyumbang kepada keseronokan dan kep...
07/05/2026

Warga KKM yang dihargai ❀️

Penjagaan diri merupakan asas kesejahteraan, sekali gus menyumbang kepada keseronokan dan kepuasan dalam bekerja.
Jagalah diri dengan sebaiknya, kerana anda adalah aset yang amat berharga dalam perkhidmatan kesihatan negara.

Keseronokan bekerja bukan hanya datang daripada suasana semata-mata, tetapi bermula daripada hati dan sikap kita sendiri. Bila kita memberi yang terbaik, kita juga akan menerima yang terbaik. 🌟

07/05/2026
"Tidak perlu terus berlari, cukup sekadar jangan berhenti. Kemajuan hari ini adalah kemenangan hari esok. Mulakan dengan...
07/05/2026

"Tidak perlu terus berlari, cukup sekadar jangan berhenti. Kemajuan hari ini adalah kemenangan hari esok.
Mulakan dengan satu langkah kecil sekarang! πŸ’ͺπŸƒβ€β™‚οΈ

TAHNIAH WARGA PKDBP !

*Data langkah sehingga 6 Mei 2026




06/05/2026

Kawal selera, elak pembaziran dan makan sekadar perlu kerana setiap lebihan makanan memberi makna yang besar kepada orang lain. πŸ’›

Jaga bukan sahaja jumlah, tapi jaga juga keseimbangan dalam pinggan anda. Amalkan konsep Suku-Suku Separuh:
πŸ₯— Β½ pinggan sayur & buah
🍚 ¼ pinggan karbohidrat (Contoh: nasi, mi, roti)
πŸ— ΒΌ pinggan protein (ikan, ayam, telur, daging, kekacang)




06/05/2026

🚭 LARANGAN MEROKOK UNTUK ORANG BELUM DEWASA (OBD)🚭

Di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), individu bawah 18 tahun adalah dilarang sama sekali untuk:
❌ Merokok
❌ Mengunyah produk tembakau
❌ Menggunakan v**e atau apa-apa produk pengganti tembakau

πŸ“Œ Mengikut Seksyen 17(1), sebarang pelanggaran boleh dikenakan:
πŸ’Έ Denda sehingga RM500
ATAU
🀝 Perintah khidmat masyarakat

Langkah ini diambil bagi melindungi kesihatan generasi muda dan memastikan masa depan yang lebih sihat untuk semua.

πŸ’‘ Perlukan bantuan untuk berhenti merokok?
Layari:
🌐 jomquit.moh.gov.my atau imbas kod QR




05/05/2026

πŸ“Œ Hari Kebersihan Tangan Sedunia disambut pada 5 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota kesihatan dan masyarakat tentang kepentingan amalan kebersihan tangan.

βœ… Amalan kebersihan tangan yang dilakukan dengan betul dan pada masa yang sesuai berupaya melindungi pesakit, anggota kesihatan serta persekitaran daripada pencemaran kuman berbahaya.

Jadikan amalan mencuci tangan sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Ingat, tangan yang bersih menjamin kesihatan yang berpanjangan.

04/05/2026

πŸ”₯ PROGRAM I FIT & EAT RIGHT (IFitER) 2026 2.0 KEMBALI!

Nak turunkan berat badan tapi tak tahu nak mula dari mana?
IFitER bantu anda dengan pendekatan lengkap β€” bukan sekadar diet, tapi perubahan gaya hidup πŸ’ͺ

πŸ“² Daftar sekarang:
https://forms.gle/ZvyeXYbwHkPUE4X9A

πŸ’‘ Apa itu IFitER?
Program intervensi pengurusan berat badan yang merangkumi:
βœ”οΈ Pemakanan sihat
βœ”οΈ Aktiviti fizikal & senaman
βœ”οΈ Minda sihat
βœ”οΈ Modifikasi tingkah laku

πŸ‘₯ Kriteria Peserta:
β€’ Warga Batu Pahat
β€’ Umur 18–56 tahun
β€’ BMI 25 – 34.9
β€’ Sihat tubuh badan
β€’ Tidak mengandung
β€’ Tiada penyakit kronik
β€’ Warganegara Malaysia
β€’ Bersedia memberi komitmen sepanjang program

⚠️ WAJIB HADIR SARINGAN SEKIRANYA TERPILIH
πŸ“… Tarikh: 14 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 2.00 petang – 6.00 petang
πŸ“ Tempat: Wellness Hub Batu Pahat

Saringan merangkumi:
🩺 Kesihatan
Tekanan darah
Paras gula
BMI (berat & tinggi)
Lemak badan & otot
Ukurlilit pinggang

πŸƒβ€β™‚οΈ Kecergasan
3 Minutes Step Test
Bangkit Tubi 5 Tahap
Tekan Tubi 1 Minit

⏳ Tempoh Program:
6 bulan keseluruhan
β†’ 3 bulan bersama jurulatih
β†’ 3 bulan pemantauan kendiri

🎁 Hadiah wang tunai menanti pemenang!

πŸ“² Peserta terpilih akan dimasukkan ke dalam group WhatsApp sebelum tarikh saringan (14 Jun 2026)

πŸ’¬ Pertanyaan:
Wellness Hub Batu Pahat
πŸ“ž 010-254 8590

πŸ”₯ PERCUMA & TERBUKA KEPADA WARGA BATU PAHAT!
Jangan tunggu lama - slot terhad.

Address

Jalan Mohd Khalid
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074341011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share