Flysky body massage

Flysky body massage Urutan traditional
Perhikmatan terus kerumah anda...
Perhidmatan profesional

PAKEJ BERBALOI KAK OLYN.
29/07/2025

PAKEJ BERBALOI KAK OLYN.

19/07/2025

Nasihat kak bidan kpd semua bakal ibu dan ibu-ibu sekalian berpantanglah sebaik mungkin, jagalah kesihatan diri..

Nak kuat & bertenaga seperti nenek kita walaupun sudah berumur 80 Tahun? ikuti tips berpantang ini 😊😊

1. Stokin - Wajib pakai... untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

2. Dilarang mencangkung - koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

3. Rapatkan kaki - Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. kesian miss v... Rapatkan kaki anda, dan bantu'nya' cepat sembuh dari luka.

4. Wanita berpantang bukan ultraman - so jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

5. Bangun di awal pagi & elakkan tidur di waktu senja - Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

6. Jangan keluar rumah kecuali ke klinik - wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh mengundang 'orang ketiga'. Elakkan.

7. Jaga ibu jari kaki - Bagi sesetengah wanita, Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan mereka pitam, malah bentan.

8. Adab ketika mandi - Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah diatas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

9. Terdedah dengan aircond dilarang sama sekali - Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

10 Bertungku mengecutkan batu meroyan, mengurut mengangkat rahim dan mandi herba menyegarkan badan..

11.Menu berpantang - Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.

Sumber : Kak Bidan

10/07/2025
08/07/2025

"Orang yang betul-betul baik… bila disakiti, dia tak jerit.
Dia tak mengamuk.
Dia tak rakam status panjang-panjang untuk buka aib kau.
Dia cuma diam…
Dan diam dia tu… lagi menyakitkan dari makian apa pun."

Dia tak balas.

Bila kau tinggikan suara, dia tunduk.
Bila kau tipu dia, dia senyum.
Bila kau buat dia rasa kecil, dia buat-buat tak perasan.

Tapi dalam diam tu…
dia dah mula simpan luka yang kau takkan pernah nampak.

Sebab dia bukan jenis yang balas dendam.
Dia bukan jenis yang nak kau rasa sakit sama.
Dia bukan jenis yang cari perhatian bila dikhianati.

Dia cuma serahkan semua pada Tuhan.
Dan dia tarik diri. Perlahan-lahan.
Tanpa drama.
Tanpa babak air mata.

Dan waktu kau sedar dia dah tak ada…
Dah tak menyapa sapa..
Dah tak tegur bila kau online
Dah tak risau bila kau hilang…

Waktu tu baru kau tahu..

Dia bukan sempurna.
Tapi dia jujur.
Dan bila orang macam tu dah hilang rasa percaya…
bukan marah yang tinggal.
Tapi jarak.

Dan jarak tu…
Tak ada siapa boleh isi balik.
Sebab bila dia pilih untuk pergi…
itu maknanya, dia dah serah semua rasa dia… pada Tuhan, bukan pada kau lagi.

Jangan sampai orang yang paling sabar dengan kau…
Akhirnya jadi orang yang paling jauh.

Sebab kehilangan paling menyakitkan dalam hidup…
Bukan bila seseorang itu mati.

Tapi bila seseorang yang dulu paling faham kau…
Tiba-tiba diam.
Dan kau tahu dalam hati…
Kau yang bunuh semua tu, dengan tangan kau sendiri.

Semoga Kita jadi seorang yang bersyukur dan sentiasa menghargai orang lain.. ❤️

18/06/2025

Address

FLYSKY BODY MASSAGE ( Mobile Business )
Batu Pahat
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

60107171015

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Flysky body massage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share