BEKAM SUNNAH TELUK KUMBAR

BEKAM SUNNAH TELUK KUMBAR Kepakaran saya ialah membantu anda memulihkan kesihatan dengan menggunakan kaedah Bekam Sunnah . Sila hubungi 0132097966 untuk temujanji.
(10)

04/10/2017

Asalammualaikum wbt...maaf kerana lama sy tak update dipages ini...πŸ™
jemput like pages pusat rawatan sy di Taiping Elsaheya Spa fb dan Elsaheya Wellness Centre Di Taiping Perak juga menyediakan rawatan Bekam,Pembetulan Tulang Belakang,Akupuntur,Homeopaty,Ayurveda,Spa dan Urutan Saraf...juga menyediakan class perawatan alternatif seperi Bekam,Akupuntur juga Pembetulan Tulang Belakang ,Spa & Urutan..untuk yang berminat mendapatkan perhidmatan rawatan sila set temujanji,Sekian Terima Kasih.

https://m.facebook.com/elsaheyamedicspa/

☎️0132067966

SPA , Yumeiho , Kiropraktik , Bekam , Akupuntur , Iridologi , Ayurveda , Hipnoteraphi , Reiki , Hidr

Asalammualaikum pada semua cust Bekam Sunnah Teluk Kumbar yg setia bersama kami....buat masa ini....pusat rawatan kami d...
11/02/2017

Asalammualaikum pada semua cust Bekam Sunnah Teluk Kumbar yg setia bersama kami....buat masa ini....pusat rawatan kami di Teluk Kumbar sdg dlm proses mencari perawat full time disana....jika tuan2 memerlukan rawatan bekam...akupunture....pembetulan tulang belakang...yumeiho....hipnoterapi...homeopati..hidrotrrapi...boleh mendapatkan rawatan di Elsaheya Spa di Taiping...sila like fb kami....sebarang apptmen boleh cal 0132097966 (wassap only) ....jutaan maaf dari kami....sekian terima kasih.

Asalammualaikum....mohon semua pengamal yang bernaung dibawah GAPERA untuk take note kenyaataan dibawah...β–«β–«β–«β–«β–«β–«β–«β–«*MAKLU...
28/08/2016

Asalammualaikum....mohon semua pengamal yang bernaung dibawah GAPERA untuk take note kenyaataan dibawah...

β–«β–«β–«β–«β–«β–«β–«β–«
*MAKLUMAN PENTING*
β–«β–«β–«β–«β–«β–«β–«β–«

Assalamualaikum..

Kepada ahli PERHIJAM yang dirahmati Allah. Semoga hariΒ² kita sentiasa dirahmati Allah, Amin.

Diminta semua ahli membuat semakan nama di www.Gapera.net . Sila ambil tindakan segera sekiranya..

-Maklumat anda berlaku kesilapan, sila hubungi (Whatsap) Pn Fatin Haida di no 013-3100226

-Sekiranya nama anda tiada di dalam data, sila hubungi SU En Syahril di no 012-2754441

-Sekiranya nama anda ada dan sempurna, dikira tiada masalah dan selesai.

Hanya nama yang berdaftar sebelum 1 Ogos sahaja yang terlibat dalam urusan di atas.

Sila berikan kerjasama yang baik. Elakkan kerja atau penyelesaian masalah lastΒ² minit. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua, Amin.

*Abd Hadi Mohd Isa*
PRESIDEN PERHIJAM

πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄πŸ”΄

*KENYATAAN RASMI SEKRETARIAT GAPERA*
Assalamualaikum WBT buat semua Sahabat Pengamal,

*1.*Sebagaimana semua Pengamal Perubatan Tradisional Melayu(PTM) maklum, Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016(Akta 775) telah berkuatkuasa pada 1hb Ogos 2016 yang lepas. Untuk makluman semua, Akta 775 mempunyai 11 Bahagian dan 63 Seksyen, pada Fasa Pertama penguatkuasaan ini, ianya hanya melibatkan 22 Seksyen sahaja, yang mana bagi Fasa Pertama penguatkuasaan ini penumpuan awalan ditumpukan kepada 2 perkara utama iaitu Pendaftaran Pengamal PT&K dan Penubuhan Majlis PT&K.

*2.*Fasa Pertama penguatkuasan ini dijangkakan berlangsung dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun ataupun mungkin lebih. Namun begitu semua Pengamal PTM perlu bertindak dari sekarang ini bagi membolehkan modaliti yang di amalkan didaftarkan dan ditawarkan perkhidmatan untuk manafaat masyarakat awam setelah berlakunya penguatkuasaan penuh nanti.

*3.*Perkara utama yang perlu semua Pengamal PTM berikan perhatian pada masa ini adalah semakan dengan Badan Pengamal yang dilantik oleh KKM sebelum Akta 775 dikuatkuasakan, iaitu adakah nama anda telah tersenarai di dalam pengkalan data induk yang telah dihantar ke Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia(BPTK-KKM) atau tidak, perkara ini amat penting bagi membolehkan anda mendapat manafaat Seksyen 63(berdaftar dengan Badan Pengamal dilantik sebelum akta dikuatkuasakan) dan juga sokongan permohonan pengecualian pendaftaran sementara dibawah Seksyen 22(10).

*4.*Semua urusan pengumpulan pengkalan data ini adalah tanggungjawab badan pengamal yang dilantik oleh KKM sebelum Akta 775 dikuatkuasakan, dalam kontaks Pengamal Perubatan Tradisional Melayu(PTM), ianya adalah tanggungjawab GAPERA. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab Pihak Sekretariat Gapera memastikan data Pengamal yang telah berdaftar dengan Badan Gabungan Gapera yang sah sebelum 31hb Julai 2016 adalah shahih dan dikemaskini dengan sempurna serta dihantar kepada BPTK-KKM dengan sempurna. Perkara ini telah diusahakan oleh pihak Sekretariat dengan sebaik mungkin dan telah pun dihantar nama-nama tersebut kepada pihak BPTK-KKM. Namun begitu terdapat lambakan pendaftaran pada saat-saat akhir Pengamal kepada badan gabungan yang mengakibat sedikit kekalutan pada pengkalan data yang di hantar kepada Sekretariat Gapera. Oleh itu demi untuk mengelakkan berlakunya kesulitan pada masa hadapan, pihak Sekretariat akan membuat kerja-kerja kemaskini data-data tersebut dari masa ke semasa.

*5.*Atas maksud inilah, Sistem Pengkalan Data Induk Gapera telah dibangunkan secara atas talian di http://www.gapera.net (sila pergi ke menu β€œSemakan Pengamal”). Oleh itu semua pengamal dikehendaki membuat semakan secara atas talian berkaitan maklumat diri masing-masing dan sekiranya ada kesilapan sila berhubung dengan kadar segera di talian khusus yang disediakan mengikut badan Gabungan Gapera yang akan disenaraikan di hujung kenyataan ini.

*6.*Begitu juga bagi yang nama mereka tercicir tetapi mempunyai bukti seperti resit bayaran, sijil keahlian dan sebagainya yang menyatakan anda benar-benar telah berdaftar dengan mana-mana badan Gabungan Gapera sebelum 31hb Julai 2016, sila berhubung dengan wakil-wakil badan Gabungan Gapera yang dinyatakan dibawah.

*7.*Dengan ini, pihak Sekretariat Gapera menyatakan akan memberikan komitmen penuh terhadap Pengamal PTM yang telah berdaftar dengan badan Gabungan Gapera sebelum 31hb Julai 2016 dan berharap mengikuti program-program Pemantapan Pengamal Gapera(3PG) yang bakal dijalan secara berperingkat-peringkat semasa berlansungnya Fasa Pertama Penguatkuasaan Akta 775 ini.
Sesiapa yang ingin membuat pembetulan atau pengemaskinian data peribadi sila berhubung melalui Mesej Peribadi Whatsapp dengan wakil-wakil badan Gabungan Gapera berikut :-
➑ PERHIJAM-0133100226(Fatin Haida)
➑ PURNAMA-0137030768(Siti Zaliza)
➑ WARIS-01133300096(Cik Nina)
➑ PESAMIM-0129433899(Fahmi)
➑ PERTUBEM-0127037634(Abd Halim)
➑ MAMACARE-019-201 0155(Zarina)
➑ PETRA-0175719558(Izwan)
➑ PABM-0139314166(Nik Fairuz)
➑ SWA-KAWAL GAPERA-0197775400(Jasni)

Kerjasama dari semua Pengamal PTM adalah sangat kami hargai demi untuk kebaikan bersama pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.

*_Norhissam Mustafa_*
Sekretariat Gapera

Address

Bayan Lepas
19200

Telephone

0132097966

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BEKAM SUNNAH TELUK KUMBAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby clinics


Other Medical & Health in Bayan Lepas

Show All