Klinik Pergigian EDEN

Klinik Pergigian EDEN 🦷We believe every smile deserves gentle, affordable, and quality care. Family-friendly | Comfortable | Professional🦷

From check-ups to dentures, root canals, whitening, and more – our team is here to keep your smile healthy and confident. Our Services :

Dental Examination & Consultation (Pemeriksaan dan konsultansi)
Dental extraction (cabutan gigi)
Dental xray (xray pergigian)

Restoration ( Tampalan)
• Tooth Colored

Crowns & Bridges (korona dan jambatan gigi)
• Porcelain
• Metal

Root Canal Treatment ( Rawat

an Kanal Akar)



Periodontics ( Penskaleran dan cuci gigi)
• Scaling
• Polishing

Dentures ( Gigi Palsu)
• Acrylic plate
• Flexible Denture ( valplast)

Cosmetics (Pemutihan Gigi)
• Teeth Whitening

01/05/2026
“Kenapa kena scaling walaupun tak sakit? 🤔Ramai ingat kalau tak sakit, tak perlu buat apa-apa…Tapi sebenarnya karang gig...
23/04/2026

“Kenapa kena scaling walaupun tak sakit? 🤔

Ramai ingat kalau tak sakit, tak perlu buat apa-apa…
Tapi sebenarnya karang gigi boleh berkumpul tanpa kita sedar 😱

Kalau dibiarkan:
❌ Gusi berdarah
❌ Nafas berbau
❌ Gigi boleh jadi longgar

✨ Scaling bantu buang kotoran & bakteria
✨ Gusi lebih sihat
✨ Nafas lebih segar

Jangan tunggu sakit baru datang ya 😊

📍 Klinik Pergigian Eden
📲 Appointment basis sahaja
📞 WhatsApp: 017-736 8832

21/04/2026

Lepas makan malam hidangan daging stik yang lazat atau sate yang kenyal, rutin biasa kita adalah mencari sebatang pencungkil gigi kayu. Sambil bersembang di meja makan, tangan laju mengorek celah-celah gigi, menekan kuat ke arah gusi semata-mata nak keluarkan urat daging yang terselit. Bila nampak sikit darah keluar kat hujung lidi tu, kita rasa lega sebab sangka semua sisa dah keluar habis.

Nampak macam tabiat menjaga kebersihan mulut yang normal. Tapi di mata pakar periodontik, tindakan mengorek gigi menggunakan lidi kayu adalah satu bentuk penderaan struktur gusi yang sangat kejam.

Batang lidi kayu pencungkil gigi tidak direka bentuk mengikut kesesuaian anatomi mulut manusia. Hujungnya sangat tajam, keras, dan permukaan kayunya penuh dengan serpihan mikro yang tersembunyi.

Setiap kali anda mencungkil dan menekan lidi itu ke celah gigi, anda sebenarnya sedang mengoyakkan satu tisu pelindung yang sangat rapuh iaitu poket gusi (Gingival Sulcus). Tisu berwarna merah jambu ini berfungsi ibarat getah pelindung yang memeluk erat batang gigi anda untuk menghalang kuman dari masuk ke akar.

Bila anda cucuk secara agresif, poket gusi ini akan terkoyak. Traumatik mekanikal yang berulang ini akan mencetuskan keadaan yang dipanggil Gum Recession atau penyusutan gusi. Gusi anda akan mula lari ke atas, mendedahkan akar gigi yang sensitif dan tidak mempunyai perlindungan enamel yang tebal.

Di sinilah igauan ngeri bermula. Celah gusi yang terkoyak itu kini menjadi pintu masuk terbuka untuk sisa makanan dan jutaan bakteria anaerobik. Serpihan halus lidi kayu yang tertinggal di dalam gusi akan membusuk dan mencetuskan keradangan tahap kronik (Periodontitis).

Akibatnya, gigi anda akan mula berasa ngilu bila minum ais, nafas berbau bangkai biarpun sudah berus gigi, dan lama-kelamaan, gigi yang sihat akan menjadi goyang dan luruh sendiri kerana tulang pemegang akarnya telah reput dimakan kuman.

Pencungkil gigi kayu yang berharga beberapa sen itu akhirnya akan menyebabkan anda terpaksa berbelanja belasan ribu ringgit untuk rawatan implan gigi palsu di klinik pergigian premium.

Gantikan tabiat buruk ini sekarang. Gunakan benang flos pergigian atau berus celah gigi yang direka khas untuk meluncur lembut tanpa melukakan gusi anda.

Jangan pertaruhkan senyuman masa depan anda pada sebatang kayu lidi yang tajam.

Bukan skincare saja penting tapi penjagaan mulut juga tersangat penting😊
17/04/2026

Bukan skincare saja penting tapi penjagaan mulut juga tersangat penting😊

Kebersihan mulut yang baik mampu memberikan keyakinan kepada individu untuk bergaul dengan orang ramai dan menghindari daripada penyakit berbahaya.

Salah satu penjagaan kebersihan mulut adalah menggosok gigi, membersihkan lidah, berkumur dan sebagainya. Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi bagi mengesan sebarang penyakit berkaitan gigi dan gusi.

Oleh itu, orang ramai hendaklah disarankan mengikuti tip kebersihan mulut agar mulut bagi memastikan mulut sentiasa bersih.

🚨 Ramai ibu bapa tak tahu…Gigi susu rosak boleh rosakkan gigi kekal anak!Walaupun akan tanggal, penjagaan tetap penting ...
02/04/2026

🚨 Ramai ibu bapa tak tahu…
Gigi susu rosak boleh rosakkan gigi kekal anak!

Walaupun akan tanggal, penjagaan tetap penting 🦷
Jangan tunggu sakit baru datang klinik ya 😊

Jom check gigi anak setiap 6 bulan 👶✨

📍 Klinik Pergigian Eden
📞 017-736 8832
💗

“🩺 Tekanan darah diperiksa sebelum cabut gigi✔️ Untuk elak risiko komplikasi✔️ Pastikan rawatan lebih selamat & terkawal...
25/03/2026

“🩺 Tekanan darah diperiksa sebelum cabut gigi
✔️ Untuk elak risiko komplikasi
✔️ Pastikan rawatan lebih selamat & terkawal
Keselamatan anda, tanggungjawab kami.”

Cabut gigi dan tekanan darah tinggi

Cabut gigi nampak mudah, tapi jika tekanan darah terlalu tinggi… risikonya boleh jadi besar! 😱
⚠️ Pendarahan susah berhenti
⚠️ Risiko strok & serangan jantung
⚠️ Luka lambat sembuh

➡️ Jadi, kawal tekanan darah anda sebelum ke klinik gigi.





🌙 Notis Penutupan Sempena Hari Raya Aidilfitri 🌙Dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Eden akan ditutup sementara sempena ...
20/03/2026

🌙 Notis Penutupan Sempena Hari Raya Aidilfitri 🌙

Dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Eden akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada:

📅 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 23 Mac 2026 (Isnin)

Klinik akan beroperasi semula pada 24 Mac 2026 (Selasa) seperti biasa.

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pelanggan yang dihargai. ✨

Sebarang pertanyaan atau temujanji boleh hubungi kami melalui:
📱 017-736 8832

🌿 KLINIK DIBUKA SEMULA 🌿Makluman, situasi banjir kembali pulih, Klinik Pergigian Eden kini telah beroperasi seperti bias...
02/03/2026

🌿 KLINIK DIBUKA SEMULA 🌿

Makluman, situasi banjir kembali pulih, Klinik Pergigian Eden kini telah beroperasi seperti biasa.

Bagi pesakit yang terjejas temujanji sebelum ini, pihak kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat untuk menetapkan tarikh baharu.

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda.
Sebarang pertanyaan, boleh terus WhatsApp kami di 017-736 8832.

26/02/2026
22/02/2026

Address

LOT 2 FIRST FLOOR, LO CHUNG COMMERCIAL CENTRE
Beaufort
89800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 08:30 - 13:00

Telephone

+6087218388

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian EDEN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian EDEN:

Share