05/09/2025
Apa Itu Hipotensi (Tekanan Darah Rendah)?
Hipotensi berlaku bila bacaan tekanan darah jatuh di bawah 90/60 mmHg.
Ini bermaksud tekanan aliran darah terlalu rendah sehingga otak, jantung dan organ penting mungkin tak dapat bekalan oksigen yang mencukupi.
Gejala yang Kadang Tak Disangka:
πΉ Letih melampau walaupun cukup tidur
πΉ Pandangan kabur, dunia rasa berpusing
πΉ Kulit sejuk & pucat, hujung jari dingin
πΉ Jantung berdebar laju
πΉ Pening selepas makan kerana darah tertumpu ke perut
πΉ Rasa melayang bila berdiri terlalu cepat
Apa Boleh Dilakukan Untuk Bantu Naikkan Tekanan Darah?
β
Minum lebih air untuk elak dehidrasi
β
Tambah sedikit garam dalam diet (jangan berlebihan)
β
Makan kerap dalam kuantiti kecil
β
Bangun perlahan-lahan dari duduk/baring
β
Guna stoking tekanan (compression stocking) untuk aliran darah yang lebih baik
β οΈ Jika tekanan darah rendah disertai pengsan berulang, sakit dada, sesak nafas atau peluh sejuk β itu tanda bahaya. Segera dapatkan rawatan.
Sumber :Kementerian kesihatan malaysia