15/03/2017
SENGSARA.... JERAWAT DATANG LAGI??? APAKAH FAKTOR PENYEBAB TERJADI JERAWAT?
.
.
Masalah Jerawat boleh muncul pada sesiapa pun, tak kira di usia tua atau muda, namun perubahan kadar hormon selama masa usia muda kerap dikaitkan antara penyebab-penyebabnya . Perubahan hormon tersebut memberi kesan kepada kelenjar penghasil minyak atau sebum yang letaknya berdekatan dengan folikel rambut di kulit.
.
Peningkatan aktiviti kelenjar ini menyebabkan pengeluaran sebum pada wajah juga bertambah aktif. Sebum yang terkumpul ini akan bergabung dengan kotoran dan sel kulit yang mati, kemudian akan menyumbatkan liang pori-pori wajah anda.
.
Pada masa liang pori-pori wajah tersumbat dan dengan banyaknya sebum pada permukaan kulit, bakteria yang disebut Propionobacterium acnes berkembang dengan cepat. Bakteria ini merupakan bakteria penyebab jerawat. Propionobacterium acnes melepaskan semacam bahan perengsa yang akan merengsa kulit. Kesan dari iritasi inilah yang menyebabkan kulit memerah dan membengkak, disamping itu juga menyebabkan timbulnya nanah di sebalik kulit.
.
Lapisan dalam folikel rambut juga menebal akibat perubahan kadar hormon dan menyebabkan tersumbatnya liang-liang kulit. Penyumbatan liang-liang ini tidak akan hilang, meski kulit telah dibersihkan.
.
Selain pada masa puber, masalah jerawat juga boleh dialami para wanita akibat perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid dan semasa kehamilan. Jerawat juga diketahui mungkin dari faktor keturunan. Kemungkinan besar seseorang akan mempunyai jerawat jika kedua orang tua berjerawat juga.
.
Hingga kini belum ada bukti bahawa jerawat disebabkan oleh aktiviti seksual, makanan, atau buruknya keadaan.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~
Langkah Pencegahan
~~~~~~~~~~~~~~
.
Penting untuk menjaga kebersihan kulit di kawasan yang berjerawat, walaupun ia tidak mampu menghalang munculnya jerawat baru. Cuci kawasan berjerawat tersebut dua kali sehari dengan menggunakan pencuci muka atau sabun wajah yang sesuai untuk menghindari iritasi, namun jangan menggosok kulit terlalu kuat.
.
Kini sebahagian besar produk pelembap telah melalui tahap ujian agar tidak menimbulkan bintik2 hitam atau jerawat. Gunakan pelembap jika kulit anda kering dan elakkan memakai produk kecantikan yang boleh menyumbat liang-liang pori kulit.
.
Walaupun jerawat tidak boleh diubati, namun masih boleh dikawal melalui rawatan.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~
Solusi Jerawat Alamiah
~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk solusi jerawat secara alami,
.
Whatsapp "SR" ke 010-9070027
Whatsapp "SR" ke 010-9070027
Whatsapp "SR" ke 010-9070027