22/01/2026
Hari ini merupakan satu penghormatan buat kami apabila YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim melawat Bentong, Pahang.
Kami dari KPJ Sentosa KL amat berbesar hati kerana berkesempatan berkongsi maklumat mengenai keberadaan Pusat Informasi KPJ Sentosa KL di Bentong, Pahang, sebagai usaha mendekatkan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada komuniti setempat.
Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Bentong dan sekitarnya, selari dengan aspirasi memperkukuh akses penjagaan kesihatan untuk semua.