MEDiS BEKAM

MEDiS BEKAM Bekam, akupuntur, guasa dan produk sunnah rawatan alternatif

MEMAHAMI TEORI TAIBAH  dalam proses PEMBEKAMAN .S A T U : Teori Taibah yg merujuk kepada mekanisme bekam dicadangkan ole...
04/08/2023

MEMAHAMI TEORI TAIBAH dalam proses PEMBEKAMAN .

S A T U :
Teori Taibah yg merujuk kepada mekanisme bekam dicadangkan oleh Dr Salah Mohamed El Sayed pada 2016 dan teori diberi nama Taibah bersempena dengan nama ibukota Madinah al Munawarrah iaitu Taibah.

D U A :
Secara ringkas, ia menjelaskan bahawa hijama adalah satu prosedur surgikal penyingkiran minor di mana secara saintifik berkaitrapat dengan peranan penapisan ginjal (glomerular) & pembuangan bisul di mana penyingkiran CPS(bahan² punca penyakit) yg bergantung kpd tekanan (negatif) berlaku .CPS termasuklah bahan² penyebab penyakit & bahan² berkaitan penyakit.

T I G A :
Penyedutan pada permukaan kulit menyebabkan pengump**an setempat & cecair tisu yg mengandungi CPS pada area kulit yg membenjol di dlm cawan bekam. Tusukan jarum atau sayatan pisau yg melukai kulit yg diikuti dengan penyedutan kali kedua menghasilkan tekanan gradien dan penarikan paksa melalui kulit & rangkaian kapilari berupaya menyingkir keluar cecair mengandungi CPS & pd masa yg sama menyebabkan sejumlah pendarahan pada area kulit yg dilukai. Tindakan ini meningkatkan tahap tapisan pada kedua² hujung kap**ari arteri & vena, menyebabkan pembersihan darah dan ruang tisu(interstitial) drp CPS.

E M P A T :
Sebenarnya hijama memberi faedah terapeutik melalui melalui tekanan penyedutan, fenomena pengembangan pembuluh darah (reactive hyperemia), produksi nitric oxide(NO), pelukaan kulit yg meningkatkan fungsi penyingkiran semulajadi kulit, memperbaiki sirkulasi kap**ari & limfatik serta mengembalikan keseimbangan dalaman tubuh (homeostasis).

L I M A :
Berikut adalah contoh² CPS yg terdpt pada penyakit Rheumatoid Arthritis (radang sendi akibat serangan sendi oleh antibodi² yg silap) iaitu autoantibodi², immune complexes, soluble interleukin-2 receptors, mediator radang, cytokine² tertentu, prostaglandins, produk sel² yg toksik & faktor rheumatoid. CPS pada Carpal Tunnel Syndrome (CTS) termasuklah malondialdehyde, interleukin 6, prostaglandin PGE- 2 & progressive edema (penyebab kesakitan). Beberapa kajian telah membuktikan bhw bahan² ini (CPS) terdapat pada darah bekam di dalam cawan. Sebagai rumusan, hijama mempunyai asas saintifik yg kukuh berupaya merawat pelbagai jenis penyakit melalui pembersihan darah & cecair interstitial(tisu) drp CPS. Dr Salah menegaskan bhw kesan² terapeutik hijama bukan diukur daripada jumlah darah bekam yg berjaya dikumpul sebaliknya daripada jumlah CPS yg berjaya disingkirkan.

sumber : Medic Sabri

Ref:

1. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah): in light of modern medicine and prophetic medicine, SM El Sayed, HS Mahmoud, MMH Nabo; Alternative & Integrative Medicine, 1-16, 2013

2. Taibah mechanism (Taibah Theory)
Salah Mohamed El-Sayed

3. Therapeutic benefits of Al-hijamah: in light of modern medicine and prophetic medicine
Salah Mohamed El Sayed, Abdel-Salam Al-quliti, Hany Salah Mahmoud, Hussam Baghdadi, Reham A Maria, Manal Mohamed Helmy Nabo, Ahmad Hefny
American Journal of Medical and Biological Research 2 (2), 46-71, 2014

Kepada Pelanggan kami yang dihargai , kami ucapkan selamat Berpuasa . Kepada yang ingin berbekam, boleh membuat TEMUJANJ...
24/03/2023

Kepada Pelanggan kami yang dihargai , kami ucapkan selamat Berpuasa . Kepada yang ingin berbekam, boleh membuat TEMUJANJI melalui talian dibawah. Kami sedia membantu anda. Tiada halangan bagi yang berpuasa untuk berbekam ( tidakmembatalkan puasa) untuk pastikan Kesihatan diri yang optimum.

Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ

Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”.

[Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802].
_____________________________________________
BEKAM YANG DISYORKAN di Bulan Ramadhan :

* BEKAM MUKA@WAJAH untuk kecerian wajah spt kulit kusam, berminyak atau jerawat.

*Masalah Gatal- Gatal muka, hidung selalu terbersin .

*Sakit- sakit bahagian sendi atau susah melakukan pergerakan samada tangan dan kaki.

* Bekam dengan point minimum utk kesihatan umum.

Kami syorkan proses berbekam elok dilakukan disebelah waktu pagi.

HUBUNGI KAMI :

https://wa.me/+601155056009

ALHAMDULILAH  TARIKH BEKAM SUNNAH DATANG LAGI!!!! Kami open kepada pelanggan kami tidak kira MUDA, BERUSIA, pelanggan BA...
08/11/2022

ALHAMDULILAH TARIKH BEKAM SUNNAH DATANG LAGI!!!!

Kami open kepada pelanggan kami tidak kira MUDA, BERUSIA, pelanggan BARU ATAU TETAP untuk berbekam dan mengambil serta mengamalkan sunnah Rasullulah s. a. w ini. Banyak faedah dan kebaikan yang akan anda rasai nanti.

Apa tunggu lagi. Jom booking dengan kami.. TERHAD!!!

CALL KAMI :011-55056009
@
WHATSAPP KAMI:http://www.wasap.my/601155056009

INFO YANG ANDA HARUS TAHU :Sel darah merah berfungsi untuk mengikat dan mengangkut oksigen untuk keperluan sel seluruh t...
17/10/2022

INFO YANG ANDA HARUS TAHU :

Sel darah merah berfungsi untuk mengikat dan mengangkut oksigen untuk keperluan sel seluruh tubuh.

Sel darah merah bentuknya dwicekung atau biconcave dan tidak mempunyai nucleus. Karakteristik ini membuatkan sel darah merah mempunyai keistimewaan untuk beradaptasi dengan saluran kapilari darah yang bersaiz lebih kecil dari diameter sel darah merah itu sendiri.

Selain keistimewaan itu juga, bentuk biconcave sel darah merah juga menghasilkan luas permukaan yang lebih besar bagi memaksimumkan kapasiti pengikatan oksigen ke jaringan.

Kitrarannya dalam 120 hari. Pelbagai punca boleh menyebabkan bentuk sel darah merah ini berubah ?

Apabila bentuknya berubah keupayaan beradaptasi dengan saluran kapilari lebih halus menjadi rendah dan sel-sel ini akan berlaku perlengketan yang akhirnya mengganggu fungsinya dan menghambat pengaliran darah dalam jaringan kapilari halus.

Proses ini diperberat kan lagi sekiranya organ-organ yang terlibat dalam recycle sel darah merah yang sudah tua dan rosak ini tidak menjalankan fungsinya secara efisyen.

Pengikatan oksigen dan penghantaran ke seluruh tubuh menurun maka disinilah peranan bekam bagi mengeluarkan sel darah yang sudah tua dan rosak bagi meningkatkan semula pengaliran darah.

Disamping bekam itu stimulasi pembentukan sel darah merah yang baru, jaringan salur darah baru dan vasodilatasi salur darah.

Thanks info & Credit from

16/08/2022

Sessi Latihan Senaman : XiGong di Taman Tasik Lestari setiap pagi bermula 7.30 pagi . Di bimbing oleh Instruktur berpengalaman Dari Pihak Persatuan Seni Kesejahteraan & Kesihatan Kuantan. ANDA yang berminat boleh hadir seawal pagi dibimbing secara percuma untuk meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan secara amnya.

KESAN TERAPI BEKAM/HIJAMA YANG DILAKUKAN PADA TARIKH² SUNAH 17, 19 ATAU 21 TERHADAP TAHAP KESIHATAN.Beberapa kajian menu...
12/08/2022

KESAN TERAPI BEKAM/HIJAMA YANG DILAKUKAN PADA TARIKH² SUNAH 17, 19 ATAU 21 TERHADAP TAHAP KESIHATAN.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa berbekam pada tarikh² tersebut mempunyai kesan lebih signifikan kepada parameter² darah atau biokimia tertentu, termasuklah tanda² penting tubuh seperti tekanan darah, kadar nadi, kadar pernafasan, suhu badan dan sebagainya berbanding berbekam pada tarikh² bukan sunah. Bagaimana mekanisme sebenar bekam dan kaitannya dengan fasa lunar sehingga mampu memberi sejumlah kesan lebih ketara belum dapat dijelaskan secara terperinci sehingga saat ini. Namun terdapat beberapa teori atau hipotesis yang cuba menjelaskan kemungkinan² yang boleh berlaku.

Lieber & Sherin (1972) mendapati bahawa kesan graviti bulan pada setiap fasa mempengaruhi pergerakan cecair tubuh pd bahagian intracellular, extracellular, intravascular & intraluminal di mana berlaku pasang surut biologikal atau pasang surut "paras laut tubuh" yang merujuk kepada pasang-surut cecair dalam tubuh manusia. Ini boleh membawa maksud bahawa ketika bulan penuh iaitu ketika graviti bulan mencapai tahap maksima lebih banyak cecair atau darah termasuk yang mengandungi bahan² punca penyakit (CPS) berada pada rangkaian kapilari berhampiran kulit. Namun pada ketika ini molekul² CPS dipercayai tidak stabil untuk menyusup keluar ke ruang tisu lantaran kesan graviti bulan yang masih kuat. Pada 17, 19 & 21 ketika graviti bulan mula menurun, molekul² CPS dipercayai lebih stabil dan mudah melepasi pori² kapilari dan berkumpul pada tisu/ interstitial (kesan daripada penyedutan kulit oleh cup bekam).

Syahrumdani et al 2021, mendapati berbekam pada tarikh² sunah mempunyai kesan lebih ketara pada tekanan darah diastolik iaitu bacaan tekanan darah bawah iaitu tekanan di dalam arteri ketika jantung berehat di antara 2 degupan berbanding berbekam pada tarikh² bukan sunah. Bacaan normal untuk tekanan darah diastolik adalah di bawah 80mmHg. Jadi berbekam pada tarikh² sunah mungkin amat sesuai kepada mereka yang menghidapi Isolated Diastolic Hypertension (tekanan darah tinggi pada bacaan bawah, contoh 120/98 yg selalu berlaku kepada pengidap Diabetes Mellitus atau kesan daripada peningkatan usia.

Kajian yg dilakukan oleh Ali Ramazan Benli & Didem Sunay pada 2017 mendapati kesan terapeutik bekam keatas migraine lebih ketara apabila bekam dilakukan pada separuh kedua bulan iaitu selepas bulan mengambang penuh pada 17, 19 atau 21 kalendar Islam.

Diharap lebih banyak kajian saintifik akan dilakukan pada masa² akan datang untuk menyokong atau mengukuhkan dakwaan bahawa bekam darah lebih berkesan jika dilakukan pada tarikh² sunah, seterusnya membuktikan bahawa kaedah perubatan sunnah adalah relevan setiap masa dan ketika.

Credit to / ihsan dari :
MA. Sabri O.

Ref:

1. Effects of different phases of the lunar month on humans:Ujjwal Chakraborty
Biological rhythm research 45 (3), 383-396, 2014

2. Changing efficacy of wet cupping therapy in migraine with lunar phase: A self-controlled interventional study
Ali Ramazan Benli, Didem Sunay
Medical science monitor: international medical journal of experimental and clinical research 23, 6162, 2017

3. Efficacy of Islamic Wet Cupping Therapy on Vital Sign in Lunar Phase: A Comparative Study Between Sunnah and Non-sunnah Dates.
Syahruramdhani, Nurvita Risdiana, Aris Setyawan. 4th International Conference on Sustainable Innovation 2020–Health Science and Nursing (ICoSIHSN 2020), 538-542, 2021

" RASA BADAN RINGAN, LEPAS BERBEKAM...."itulah rata-rata perkataan yang diluahkan oleh para  pelanggan apabila selesai m...
01/08/2022

" RASA BADAN RINGAN, LEPAS BERBEKAM...."

itulah rata-rata perkataan yang diluahkan oleh para pelanggan apabila selesai melakukan rawatan bekam.....

MENGAPA REAKSI ITI TERJADI ?

Ia terjadi kerana terjadinya perlepasan HORMON : HISTAMIN , SEROTONIN & BRADIKININ dan beberapa ZAT / HORMON lain yang menyebabkan PERLEBARAN PEMBULUH DARAH & PERBAIKI SISTEM PENGALIRAN DARAH lebih lancar.

BUKTI & KESAN LAIN KEPADA TUBUH :

Selepas Berbekam akan mengakibatkan SENSASI GATAL pada KULIT akibat perlepasan HORMON diatas akibat proses IMFLAMASI kearah pembaikpulihan sistem tubuh badan.

ANDAIAN LAIN :

Umpama longkang yang tersumbat , apabila kita bersihkan sampah sarap di longkang atau kita alirkan air yang kuat maka , aliran air longkang akan lancar mengalir. Begitulah situasi apabila proses bekam dilakukan didalam tubuh.

____________________________________________

Ayoh tempah slot berbekam dengan kami di MEDIS BEKAM
Https://wa.me/01155056009





MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM ? Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang ...
17/07/2022

MENGAPA KITA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan dibuang oleh hati (liver) akan tetapi, tidak kesemuanya dapat dikeluarkan. Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama-kelamaan mereka akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari , baik di sekeliling organ-organ penting dan juga di bawah kulit.

Sel-sel mati ini akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh, dari kepala hinggalah ke kaki. Ia akan melekat diantara satu sama lain & bercampur dengan asid urik, urea dan toksin. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yg baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih).

BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW
Nabi Saw bersabda
“Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. ”

PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.

KENAPA PERLU BERBEKAM ?
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan.
___________________________________________

Nota kaki : Terima kaseh Dr.Muhamad Azrinaz atas ilmu dan tunjuk ajar yang professional didalam ilmu Bekam dan hadir ke Center kami.

Hubungi kami untuk tempahan slot bekam :
Https://wa.me/01155056009





BERBEKAM SATU KEUTAMAAN :Jadikan amalan berbekam satu "priority" dalam kehidupan anda. Sesungguhnya didalam berbekam itu...
16/07/2022

BERBEKAM SATU KEUTAMAAN :

Jadikan amalan berbekam satu "priority" dalam kehidupan anda. Sesungguhnya didalam berbekam itu tersirat penuh kebarkatan bagi penyembuhan. Cuba rujuk kepada Hadith dibawah betapa mesej penting untuk umat Nabi Muhammad SAW yang telah dinyatakan :

Sebagai umat Islam, Allah SWT anugerahkan kepada kita dengan satu kaedah perubatan yang begitu maha hebat dan istimewa.Hadiah adalah hadiah daripada Allah kepada Nabi SAW pada malam Israk dan Mikraj.

DALIL :

Anas b Malik pernah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”

Sabda Nabi SAW :
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

PERUBATAN WAHYU :

Tiadalah sepatah kata dan bicara yang terbit dari mulut Baginda Nabi SAW semuanya adalah dipandu daripada Allah. Jauh sekali hawa nafsu dan keinginan duniawi semata-mata .

Tiap perbuatan baginda sepanjang baginda diutus sehingga baginda wafat adalah metode dan tatacara hidup yang wajib diikut oleh ummat.

Dengan kesedaran umat Islam hari yang semakin menunjukkan kearah positif, amat wajar juga kita sejenak dilapangan perubatan Nabi SAW. Tiada yang sia-sia daripada pedoman baginda terhadap perubatan berbekam ini.

SARANAN :

Marilah sama-sama kita memperkasakan perubatan Rasulullah S.A.W dengan mengamalkan dan menyebarkan kebaikkannya kepada keluarga , sahabat , jiran tetangga dan masyarakat kita. Kita menyeru golongan agamawan supaya celik dan peka dengan rawatan bekam ini kerana mereka adalah rujukan masyarakat setempat. Marilah memulakan dengan berbekam di tarikh anjuran 17, 19 Dan 21 hb setiap bulan Hijrah.

Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa: “Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21.” (HR Ahmad).

Nota Kaki - Jadikan Berbekam Pilihan Pertama

Psst - Call no dibawah untuk tempahan slot



TERAPI BEKAM/HIJAMA & PROSTAGLANDIN (PG)Prostaglandins/ PG adalah sekump**an lipid yang terhasil drpd jangkitan atau tis...
15/01/2022

TERAPI BEKAM/HIJAMA & PROSTAGLANDIN (PG)

Prostaglandins/ PG adalah sekump**an lipid yang terhasil drpd jangkitan atau tisu² yg rosak akibat daripada penyakit atau kecederaan. Ia terlibat dalam proses penghasilan radang, aliran darah, pembentukan darah beku dan melahirkan anak. PG mempunyai pengaruh yang ketara terhadap pelekatan/adhesive, perebakan/migratory & pencerobohan/invasion sel² kanser pada tahap awal dan ketika perkembangan penyakit tersebut.

Terapi bekam melalui mekanisme detoksifikasi berupaya menyingkir keluar PG daripada pembuluh² darah kapilari. Tekanan negatif yang terhasil dalam cup bekam antara 150 -450 mmHg dan skarifikasi pada permukaan kulit merangsang sistem imun innate, pergerakan sel² radang serta pembebasan endogenous opis iaitu hormon endorphin (efek relaksasi & "gembira"). Penyedutan selepas skarifikasi meningkatkan jumlah "darah bekam" dalam cup bekam & meningkatkan kadar penapisan kapilari. Sebaik kulit dilukai, tekanan negatif memaksa penyingkiran sejumlah PG & mediator² radang daripada darah & cecair tisu/interstitial sekaligus meningkatkan aliran darah, bekalan oksigen dan perfusi tisu.

Satu kajian/ randomized clinical trial telah dilakukan keatas 66 pesakit untuk menilai kesan² terapi bekam/Hijama dalam mengurangkan tekanan & kesakitan keatas pergerakan sendi dalam kes acute scapulohumeral periarthritis. Analisa menunjukkan sejumlah 5-hydroxy-tryptamine (5-HT) & prostaglandin E2 (PGE2) terdapat dalam "darah bekam" dan penyingkiran bahan² endogenous ini didapati berupaya mengurangkan kesakitan & meningkatkan pergerakan bahu. Kesan² terapeutik terapi bekam seolah² sama dengan ubatan antiradang, berupaya mengadakan perubahan positif pada mikro persekitaran dalaman tubuh dengan mengurangkan tahap keradangan dan mengatur sistem imun. Berdasarkan kajian di atas dan kajian² terdahulu, terapi bekam didapati mempunyai potensi sebagai rawatan biologikal terhadap pesakit² kanser samada melalui peningkatan keberkesanan rawatan konvensional atau sebagai kaedah rawatan pencegahan atau melambatkan "onset" penyakit kanser.

P/s: Elak bekam secara langsung di atas area tubuh yang mempunyai benjolan keras & tidak sakit apabila disentuh, ia berkemungkinan tumor malignant. Bekam pada benjolan itu boleh meningkatkan aliran darah setempat, menyumbang kepada tumbesaran & perebakan sel² kanser namun pada masa yang sama terdapat risiko pendarahan yang boleh mengundang pelbagai komplikasi lain. Terapi bekam harus disinergikan dengan kawalan diet, kawalan stress, pengambilan diet tinggi antioksidan, mengelakkan diri daripada pendedahan berterusan kepada "sumber" oksidan, rehat/tidur yang mencukupi, berpuasa, bersenam dsbnya untuk kesan yang lebih baik.

MA SABRI

Ref:

1. Cupping Therapy as an Anti-inflammation Therapy and Immunomodulator in Cancer Patients

Nooshin Abbasi, Rezvan Najafi
Journal of Gastrointestinal Cancer, 1-3, 2021

2. Wet-cupping induces anti-inflammatory action in response to vigorous exercise among martial arts athletes: A pilot study

Narges Ekrami, Mehdi Ahmadian, Maryam Nourshahi, Hamed Shakouri
Complementary Therapies in Medicine 56, 102611, 2021

3. Anti-versus pro-inflammatory metabololipidome upon cupping treatment

Qi Zhang, Xiang Wang, Guifang Yan, Juan Lei, Yu Zhou, Lei Wu, Ting Wang, Xiao Zhang, Duyun Ye, Yongsheng Li
Cellular Physiology and Biochemistry 45 (4), 1377-1389, 2018

TERAPI BEKAM MENINGKAT KEKUATAN SISTEM PERTAHANAN TUBUHTusukan jarum atau sayatan pisau terapi bekam menghasilkan tindak...
22/09/2021

TERAPI BEKAM MENINGKAT KEKUATAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH

Tusukan jarum atau sayatan pisau terapi bekam menghasilkan tindakbalas radang setempat iaitu di lokasi di mana skarifikasi dilakukan. Kita akan melihat area kulit yang dilukai itu kemerahan & membengkak selain sedikit sensasi kesakitan atau kurang selesa yg juga berupaya menghasilkan kesan² terapeutik tertentu. Di bawah lapisan kulit yang dilukai itu berlaku beberapa tindakbalas kimia dan biologikal di mana sel² imun seperti sel T, sel pembunuh natural, makropaj termasuklah sel² bukan imun seperti fibroblast dan sel² mast memproduksi sejumlah interferon dan TNF. Interferon adalah sejenis protein yg mempunyai sifat² antiviral, anti-tumor dan merupakan agen terawal yang memulakan atau merangsang tindakbalas imun. Oleh yang demikian , ia mempunyai keupayaan menghalang replikasi virus dan "supress cell division" dalam kes tumor atau kanser.

MA SABRI

Ref:

Evidence-Based Therapeutic Benefits of Cupping Therapy (Ḥijāma): A Comprehensive Review

Hina V Kouser, Mohd Nayab, Ayesha Tehseen, Shaista Mahfooz, Baig Ruqaiyya, Mohd Anwar
Journal of Drug Delivery and Therapeutics 11 (4-S), 258-262, 2021

17/08/2021
BEKAM & MADU TUALANG MEMBANTU MENINGKATKAT SISTEM KETAHANAN BADAN SECARA SEMULAJADIBagaimana ianya berlaku ?Mekanisma ra...
18/06/2021

BEKAM & MADU TUALANG MEMBANTU MENINGKATKAT SISTEM KETAHANAN BADAN SECARA SEMULAJADI

Bagaimana ianya berlaku ?

Mekanisma rangsangan sistem pertahanan tubuh bermula apabila berlaku keradangan dalam rawatan bekam.

Antara prosedur yang memicu kepada radang ini adalah pada sedutan pertama (bekam kering@bekam angin) dan tusukan jarum/sayatan pisau pada kulit.

Kesannya kulit kemerahan, bengkak, sedikit sakit & panas (tanda klasik peradangan)

Maknanya dengan melakukan bekam kering/angin sahaja sudah memadai dalam merangsang sistem imun. Di rumah sendiri juga boleh praktikkan bekam kering@angin ini dibantu ahli keluarga masing-masing.

Ketika kulit disedut dan ditusuk, cytokines (pembawa mesej kimia) banyak dihasilkan oleh sel² untuk memberi signal kecemasan kepada sel² darah putih (neutrophil & limfosit) dan agen² imun seperti macrophage untuk menggandakan diri & berkumpul pada tisu yg cedera.

Memang menjadi sifat semulajadi sistem imunisasi apabila ada ancaman, mereka akan bertindakbalas segera mempertahankan tubuh termasuklah membantu pembaikan sel² atau tisu² yang rosak.

Wahyudi et al 2014 - 2017, melakukan kajian keatas 20 org yg diambil darah sebelum & selepas bekam mendapati sel NK, limfosit(CD8) & macrophage meningkat berkali ganda selepas berbekam.

Jika amalan bekam digabungkan bersama rutin meminum madu tualang, ini akan menambah sinergi kepada sistem pertahanan tubuh kerana madu tualang dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh imun melawan virus dan kuman penyakit
(Sarfraz Ahmed, 2017).

Madu Tualang juga mengandungi lebih banyak asid fenolik dan flavanoid (quercetin) berbanding madu Manuka New Zealand dan madu tempatan Malaysia lainnya
(Kishore, 2011).

Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda,

وقال الرسول: “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل و شرطة محجم و كية بنار ,وأنا أنهى أمتي عن الكي “. (رواه البخارى في الصحيح)

Sabda Rasul, ”Shifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum Madu lebah, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”

Insha'allah bila kajian saintifik dan panduan wahyu diamalkan sama-sama, kita dapat keluar dari wabak ini.

Selain dari amalan perubatan standard yang sedang giat dilaksanakan dalam negara, jangan pernah tinggalkan bekam dan minum Madu lebah asli sebagai langkah terakhir pertahanan imun diri kita.

Credit : Muhammad Azrinaz (sifu)

--------------‐-----------------------------------------

Kepada anda yang ingat dapatkan MADU QUAD : kami boleh pos atau COD hubungi atau watsap kami ditalian -

011-55056009
MEDISBEKAM ( BESERAH KUANTAN)

STRESS, GULA & TERAPI BEKAMApabila kita stress, tubuh akan perlukan banyak gula untuk mendapatkan ketenangan dan relaksa...
05/05/2021

STRESS, GULA & TERAPI BEKAM

Apabila kita stress, tubuh akan perlukan banyak gula untuk mendapatkan ketenangan dan relaksasi melalui tindakbalas biokimia tertentu. Dalam kes pesakit diabetes umpamanya, paras insulin dalam darah mereka adalah rendah. Ini mendorong kepada peningkatan paras glucagon & adrenaline yang memaksa organ hati menukar glycogen kepada gula sekaligus meningkatkan gula dalam darah mereka. Pada masa yang sama, stress yang mereka alami juga membuatkan permintaan sel² tubuh terhadap gula meningkat. Akibatnya organ hati secara berterusan memproduksi sejumlah gula daripada glycogen berikutan kehadiran sejumlah glucagon & adrenaline di dalam darah, menyebabkan paras gula darah mereka kekal meningkat walaupun pesakit mengambil insulin. Di sinilah antara peranan terapi bekam, selain menurunkan sejumlah paras gula darah ia juga mengurangkan tahap stress yang secara tidak langsung mengawal produksi gula daripada organ hati dan mengelak peningkatan tidak terkawal gula darah. Dengan ini terapi bekam berupaya meningkatkan potensi insulin mahupun ubatan sintetik yang diambil oleh pesakit.

P/S: Glucagon dihasilkan oleh pankreas untuk menukar glycogen di hati menjadi gula. Adrenaline yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal juga mempengaruhi penukaran glycogen kepada gula ketika stress.

Ihsan
MA Sabri

Terdapat 2 pandangan berkaitan berbekam ketika berpuasa :Membatalkan puasa :Ulama’ terdahulu yang mengatakan terbatalnya...
05/05/2021

Terdapat 2 pandangan berkaitan berbekam ketika berpuasa :

Membatalkan puasa :
Ulama’ terdahulu yang mengatakan terbatalnya puasa dengan berbekam adalah seperti Imam Ahmad, Ibn Sirin, Ibn al-Munzir, Ibn Khuzaimah dan ini juga adalah ikhtiar pendapat Ibn Taimiyyah Rahimahumullah. Manakala dari kalangan sahabat p**a adalah seperti Saidina Ali, Abu Hurairah dan ‘Aisyah RA.

Tidak membatalkan puasa :
Ianya adalah pendapat jumhur iaitu pendapat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi’i dan selainnya. Manakala dari kalangan sahabat yang berpendapat bahawa tidak terbatalnya puasa adalah Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abu Sa’id al-Khudri RA dan selainnya.

2. Hukum menderma darah ketika berpuasa adalah harus dan juga tidak membatalkan puasa secara umumnya. Sekiranya dengan menderma darah boleh melemahkan tubuh badan seseorang, maka pada keadaan itu makruh.

3. Berbekam tidak membatalkan puasa kerana ia adalah sesuatu yang dikeluarkan, Ianya zahir dari perkataan Ibn ‘Abbas RA yang menyebutkan: “Adalah yang membatalkan puasa itu sesuatu yang masuk ke dalam dan bukannya sesuatu yang keluar”.



"DARAH BEKAM" LEBIH BANYAK, NILAI TERAPEUTIK PASTI LEBIH TINGGI??Sesetengah jurubekam masih beranggapan bahawa "darah be...
05/05/2021

"DARAH BEKAM" LEBIH BANYAK, NILAI TERAPEUTIK PASTI LEBIH TINGGI??

Sesetengah jurubekam masih beranggapan bahawa "darah bekam" yang terkumpul banyak pada cup² bekam menggambarkan juga banyaknya toksin atau bahan berkaitan penyakit yang berjaya dikeluarkan daripada tubuh. Pendapat ini tidak semestinya sentiasa benar atau tepat walaupun cecair tubuh/plasma adalah "transporter" kepada CPS. Adakalanya dengan "darah bekam" yang sedikit sahaja pun sudah memadai untuk memberi kesan² terapeutik yang ketara dan di luar jangkaan. Capaian sesuatu nilai terapeutik tidak hanya bergantung kepada kuantiti "darah bekam" atau kuantiti CPS yang disingkirkan tetapi juga melalui mekanisme² yang lain seperti pengurangan kesakitan melalui teori "pain gate", DNIC & produksi hormon B Endorphin, pengurangan tahap stress dan sensasi "seronok' kesan pelepasan hormon endorphin dan enkephalin, peningkatan aliran darah setempat kesan pelepasan nitric oxide, peningkatan sistem imuniti kesan peningkatan tindakbalas radang dsbnya di mana semua ini akan menentukan tinggi atau rendahnya sesuatu nilai terapeutik itu.

Dr Salah Mohamed El Sayed, pencadang Teori Taibah pernah berkongsi beberapa formula untuk menilai keberkesan terapi bekam yang kita lakukan daripada aspek penyingkiran CPS (bahan² punca penyakit). Untuk kali ini saya cuma mengutip 2 contoh formula berkenaan sahaja. Formula pertama: Nilai Penyingkiran CPS / Excretion Value(EV)= Bacaan CPS sebelum bekam - bacaan CPS selepas bekam. Contoh: katakan bacaan gula darah sebelum bekam adalah 7.5mmol/L, selepas bekam adalah 5.7mmol/L. Jadi bacaan EV untuk gula darah pada sesi bekam yg anda dilakukan adalah 7.5mmol/L - 5.7mmol/L= 1.8mmol/L.

Formula kedua adalah Nilai Pembersihan Plasma/ Purification Index(PI) iaitu 100x (EV sebelum bekam - EV selepas bekam)/ EV selepas bekam = (jawapan dalam bentuk %). Kita ambil EV gula darah di atas sebagai contoh. 100 x (7.5mmol/L - 5.7mmol/L)/ 5.7mmol/L= 31.5%. Jadi nilai pembersihan plasma atau PI untuk gula darah pada sesi bekam yang anda lakukan adalah 31.5%.

Pada sesi bekam akan datang nilai EV dan PI ini mungkin akan menurun atau meningkat dan data ini boleh membantu kita membuat analisa samada terapi bekam yang kita lakukan mencapai matlamat penyingkiran sejumlah CPS atau sebaliknya. Tentu saja terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi sesuatu keputusan EV/PI dalam kes ini seperti pengambilan diet tinggi gula, kekurangan aktiviti fizikal, stress dsbnya. Namun setidaknya ada angka yang boleh kita jadikan sandaran dalam membuat sesuatu analisa atau rumusan berbanding hanya bergantung kepada kuantiti "darah bekam" atau pengakuan daripada klien semata-mata.

MA. SABRI

Ref:

1. Therapeutic benefits of Al-hijamah: in light of modern medicine and prophetic medicine

Salah Mohamed El Sayed, Abdel-Salam Al-quliti, Hany Salah Mahmoud, Hussam Baghdadi, Reham A Maria, Manal Mohamed Helmy Nabo, Ahmad Hefny
American Journal of Medical and Biological Research 2 (2), 46-71, 2014

2. Al-hijamah (wet cupping therapy of prophetic medicine) significantly and safely reduces iron overload and oxidative stress in thalassemic children: a novel pilot study

Mohamed El-Shanshory, Nahed M Hablas, Yasmin Shebl, Ahmed R Fakhreldin, Mohamed Attia, Hamdi H Almaramhy, Hussam Baghdadi, Mongi Ayat, Amal Albeihany, Amr El-Dardear, Hoda Ali Ibrahim, Hany Salah Mahmoud, Manal Mohamed Helmy Nabo, Salah Mohamed El Sayed
Journal of blood medicine 9, 241, 2018

3. Al-hijamah and oral honey for treating thalassemia, conditions of iron overload, and hyperferremia: toward improving the therapeutic outcomes

Salah Mohamed El Sayed, Hussam Baghdadi, Ashraf Abou-Taleb, Hany Salah Mahmoud, Reham A Maria, Nagwa S Ahmed, Manal Mohamed Helmy Nabo
Journal of blood medicine 5, 219, 2014

Address

Beserah

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

+601155056009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MEDiS BEKAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share