Tabung Darah Hospital Betong

Tabung Darah Hospital Betong Blood Donation Service

02/03/2026

Admin nak madah serba salah, nak s*k madah pun serba salah walaupun admin tok hari-hari risau nangga stok darah.

Okaylah

Di kesempatan tok admin nak berpesan awal yang admin s*k galakkan penderma Muslim datang menderma selepas jam 10 pagi.

Bukan admin s*k maok ambik kitak orang nak menderma. Admin s*k maok ibadah puasa kitak terjejas mun dibenarkan untuk menderma juak. Siklah kita mintak. Tapi kebarangkalian masih ada yang penderma boleh rasa pening/pengsan selepas menderma. Doktor akan terpaksa berik air untuk mengurangkan rasa pening tersebut.

Untuk yang memberi cadangan molah selepas Waktu berbuka, admin take note dan sangat berterima kasih untuk cadangan ya. Cuma untuk masa tok, centre kami di HUS buka pada hari bekerja 8 pagi hingga 4.30 petang. Lunch hour kami bukak bagi penderma admin yang non Muslim boleh datang menderma. ๐Ÿ˜Š

Boleh juga lihat jadual kempen derma darah kami untuk minggu ini di pinned post.

Mintak kerjasama semua owh. Sampe kan pesanan admin dengan adik kakak semua.

Kami ada kongs*kan tips untuk menderma semasa berpuasa di Bulan Ramadan sebelum ini.

https://www.facebook.com/share/p/17wXhkufT8/

Selamat menjalankan ibadah puasa gais! ๐Ÿ’™

02/03/2026

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ?

Persoalan lazim ini selalu kami terima menjelang bulan Ramadhan. Untuk makluman semua yang beragama Islam, menderma darah di siang hari dalam bulan puasa adalah dibolehkan tertakluk kepada beberapa syarat.

Pagi ini admin kongs*kan ๐‘ป๐’Š๐’‘๐’” ๐‘ซ๐’†๐’“๐’Ž๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ซ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘ฉ๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘น๐’‚๐’Ž๐’‚๐’…๐’‰๐’‚๐’.

Antara syarat-syarat menderma di siang hari dalam bulan Ramadhan ialah:

โœ… ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ. Penderma yang menderma secara berulang iaitu menderma setiap tiga bulan sekali dan tidak mengalami kesan-kesan sampingan selepas menderma pada pendermaan terakhir.

โœ… ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ฟ pada hari pendermaan. Penderma digalakkan untuk bersahur satu jam sebelum azan Subuh. Di samping itu, penderma hendakklah mengambil makanan yang berat seperti nasi dan utamakan makanan yang berkhasiat dan tinggi kandungan zat besi. Penderma juga disarankan untuk minum lebih air suam/kosong dan kurangkan minuman berkafien.

โœ… Penderma Muslim digalakkan ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ke Pusat Tabung Darah Hospital Umum Sarawak untuk menderma. Waktu operasi kami bermula seperti biasa pada jam 8.00 pagi. Maaf, penderma yang hadir selepas jam 9.30 pagi kami tidak galakkan untuk menderma.

โœ… Selepas menderma darah, anda dinasihatkan untuk ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ-๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜. Ambil masa untuk berehat selepas menderma untuk mengembalikan semula tenaga dan minda anda selepas menderma.

โœ… Kami ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป penderma Muslim untuk menderma buat kali pertama dalam bulan puasa. Ini untuk mengelakkan kesan sampingan yang boleh membatalkan ibadah puasa anda. Utamakan yang wajib terlebih dahulu sebelum melakukan yang harus ya. Anda boleh menderma darah selepas Hari Raya.

Kesimpulannya, menderma darah dalam bulan puasa memerlukan persediaan fizikal dan mental. Jika anda menepati syarat-syarat yang kami nyatakan di atas, ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป anda untuk menderma darah sepanjang bulan yang mulia ini.

"๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ๐—ป"

Ikhlas: Admin ยฎ๏ธ

02/03/2026

๐Ÿ“ข SERUAN DERMA DARAH โ€“ TABUNG DARAH HOSPITAL BETONG

๐ŸฉธPihak Tabung Darah Hospital Betong kini menerima sangat kurang kunjungan penderma walk-in, dan stok bekalan darah berada pada tahap yang agak membimbangkan.
๐ŸฉธKami amat menyeru penderma tetap kami yang telah cukup tempoh untuk tampil semula menderma darah di Tabung Darah Hospital Betong.
๐ŸฉธKami juga amat mengalu-alukan penderma baharu yang ingin menyumbang dan membantu mereka yang memerlukan.
๐ŸฉธUntuk penderma darah Muslim kami yang sedang berpuasa, boleh rujuk post Tabung Darah SGH yang admin re-share๐Ÿ˜Š

๐Ÿ“Hari pendermaan Walk-in : ISNIN, SELASA dan JUMAAT

Terhad 20pax sahaja untuk penderma darah yg berjaya ESOK. Jumpa ada di SJK(C) Chung Hua Betong๐Ÿ˜Š
16/01/2026

Terhad 20pax sahaja untuk penderma darah yg berjaya ESOK. Jumpa ada di SJK(C) Chung Hua Betong๐Ÿ˜Š

Jumpa anda di sana ESOK!
16/01/2026

Jumpa anda di sana ESOK!

Jumpa anda 17.01.2026 gaisss. Jgn lupa bawa buku merah/putih anda๐Ÿคญ
11/01/2026

Jumpa anda 17.01.2026 gaisss. Jgn lupa bawa buku merah/putih anda๐Ÿคญ

KEMPEN DERMA DARAH ๐Ÿฉธโค๏ธ
Pertubuhan Agama Buddha Betong dengan berbangga mengajak anda menyertai Kempen Derma Darah yang akan diadakan pada:

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐‰๐Š (๐‚) ๐‚๐ก๐ฎ๐ง๐  ๐‡๐ฎ๐š ๐๐ž๐ญ๐จ๐ง๐ 
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ–:๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข - ๐Ÿ:๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 

๐Œ๐ž๐ง๐๐ž๐ซ๐ฆ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ก, ๐€๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐Ÿ™

Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Kepada semua yang sihat dan layak serta mematuhi kriteria penderma darah, marilah sama-sama kita berbakti untuk mereka yang dalam kesulitan.

๐ŸŽ Istimewa untuk Penderma:
60 penderma pertama yang berjaya akan menerima hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan kami.

๐Ÿ’ช Sama-sama kita membantu. Sama-sama kita berbakti.

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pengerusi Pertubuhan Agama Buddha, Cr. Patrick Own
HP: 019-829 6692

Jom ramai-ramai hadir! Satu tindakan kecil anda, satu kehidupan diselamatkan.

ๆœจไธญไฝ›ๆ•™ไผšๅฐ†ๆ–ผ17.1.2026(ๆ˜ŸๆœŸๅ…ญ)ๆ—ฉไธŠ8:00-ไธ‹ๅˆ1:00ๅ‡ๅบงๆœจไธญไธญๅŽๅ…ฌๅญฆ็คผๅ ‚ไธพๅŠž2026ๅนดๅบฆ้ฆ–้กนๆดปๅŠจใ€‚่ฟ™้กนๆ่ก€่ฟๅŠจไธŽๆœจไธญๅŒป้™ข่ก€ๅบ“ไธญๅฟƒๅˆไฝœ; ๅฐ†ๆดพๅ‡บ16ไฝๅŒปๅŠกไบบๅ‘˜ๅๅŠฉใ€‚ๅธŒๆœ›่ƒฝๅธฎๅฟ™็ญน้›†่ถณๅคŸ็š„่ก€ๆถฒใ€‚
่ฏฅไผšไธปๅธญๅŽฟ่ฎฎๅ‘˜ๆธฉๆŒฏ็พคๅฑ…ๅฃซ่กจ็คบ๏ผŒๆญคๆฌกๆ่ก€่ฟๅŠจๅธŒๆœ›ไปฅๅฎž้™…่กŒๅŠจๆฅๆŽจๅนฟๅ…ฌ็›ŠๆดปๅŠจ๏ผŒ็ผ”้€ ็ˆฑๅฟƒ็คพไผš๏ผ›่€ŒๆฏๅŒ…่ก€้ƒฝ่ƒฝๆขๅ–ๅปถ็ปญ็”Ÿๅ‘ฝ็š„ๆœบไผš๏ผŒๆ่ก€ๅŒ็ญ‰็ป™ไบˆไผค็—…ๆ‚ฃ่€…ไธ€ไธชๅธŒๆœ›ใ€‚
ๆญคๆฌกๆ่ก€่ฟๅŠจๅฐ†่Žทๅพ—็คผๅ“ไฝœไธบๆˆๅŠŸๆ่ก€่€…็š„ๆ‰‹็คผ๏ผŒๆฌฒไบ†่งฃ่ฏฆๆƒ…ๅฏ่”็ณป....
ไธปๅธญ ๏ผšๅŽฟ่ฎฎๅ‘˜ๆธฉๆŒฏ็พค 019-829 6692
ๅ‰ฏไธปๅธญ ๏ผš็”ฒๅฟ…ไธนๆธฉๆŒฏ่ฃ• 016-522 5133
็ง˜ไนฆ๏ผš่ต–็ง€ๆธ… 013-809 9098
่ดขๆ”ฟ๏ผšไธ˜็ด ้œž 014-696 8638
็ฆๅˆฉไธปไปป๏ผšๆธฉ็จ‹็†™ 0111-0916692

Hai semua!๐Ÿ˜Š Penderma2 darah yang menderma di Tabung Darah Hospital Betong akan mendapat set ration seperti yg ada dalam ...
03/12/2025

Hai semua!๐Ÿ˜Š Penderma2 darah yang menderma di Tabung Darah Hospital Betong akan mendapat set ration seperti yg ada dalam gambar yaa๐Ÿ˜ŠStok adalah terhad. Boleh datang kalau sudah cukup 3 bulan dan utk penderma baru dialu2kan juga.
Hari pendermaan: ISNIN, SELASA & JUMAAT sahaja.

Hai! ๐Ÿ˜Š We are calling our regular blood donors and welcoming new donors for our upcoming event this saturday! Mana yg su...
18/08/2025

Hai! ๐Ÿ˜Š We are calling our regular blood donors and welcoming new donors for our upcoming event this saturday! Mana yg sudah cukup bulan, atau yg ingin menderma darah, boleh datang ke Kolej Komuniti Betong sabtu ini yaaa.

31/07/2025
Blood donation team di Karnival Kesihatan โ€˜Gaya Hidup Sihat, Warisan Sarawakโ€™ yang diadakan di Rumah Panjang Jembat, Ulu...
08/07/2025

Blood donation team di Karnival Kesihatan โ€˜Gaya Hidup Sihat, Warisan Sarawakโ€™ yang diadakan di Rumah Panjang Jembat, Ulu Dit, Debak pada 05.07.2025

Terima kasih En. Kamarul! ๐Ÿ˜ŠPenderma tetap kami dari Verde FM Betong yg melengkapkan pendermaan 2024 dia. Kepada penderma...
09/12/2024

Terima kasih En. Kamarul! ๐Ÿ˜ŠPenderma tetap kami dari Verde FM Betong yg melengkapkan pendermaan 2024 dia.
Kepada penderma2 kami yg dah cukup 3 bulan, dialu2kan datang Walk-in setiap ISNIN, SELASA dan JUMAAT.

Terima kasih!โคDah cukup 3 bulan? ๐Ÿ˜„ Okk on..Walk-in donor dialu-alukan ISNIN, SELASA dan JUMAAT.
20/02/2024

Terima kasih!โค
Dah cukup 3 bulan? ๐Ÿ˜„ Okk on..
Walk-in donor dialu-alukan ISNIN, SELASA dan JUMAAT.

Address

Betong

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 12:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 11:00
14:15 - 16:30

Telephone

+6083472821 #225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Darah Hospital Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category