05/05/2026
Jangan konfiden sangat dik! 🫢😆Kadang-kadang kita tak sedar pendengaran kita dah hilang atau berkurangan… Lagi-lagi kalau kita ni pengguna headphone, earbud atau AirPods yang tegar…
Tahu tak, penggunaan headphone sebenarnya ada had selamat? Pakar sarankan ikut “rule 60/60”, maksudnya guna maksimum 60 minit pada 60% volume sahaja. Kalau lebih dari tu, risiko kerosakan pada telinga boleh meningkat tanpa kita sedar.
Lebih bahaya bila bunyi capai sekitar 85 dB ke atas, sebab pendedahan berpanjangan boleh mula merosakkan sel rambut halus dalam telinga (yang tak boleh tumbuh balik). Lagi tinggi volume, contohnya 100–110 dB (biasa kalau volume penuh) dalam masa beberapa minit pun dah boleh bagi kesan.
Dari segi frekuensi p**a, telinga manusia dengar antara 20 Hz hingga 20,000 Hz, tapi bunyi dalam range 2,000–5,000 Hz (range suara manusia & bunyi tajam) paling sensitif dan paling mudah bagi kesan kalau terlalu kuat.
Masalahnya… kerosakan ni berlaku perlahan. Tak sakit, tak perasan… tahu-tahu je dah mula:
– Kena ulang orang cakap
– Volume TV makin naik
– Rasa telinga berdengung (tinnitus)
Jaga sebelum hilang. Pendengaran ni bukan boleh “repair” macam phone 📱