Klinik Safamedic - Seri Iskandar

Klinik Safamedic - Seri Iskandar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Safamedic - Seri Iskandar, Maternity Clinic, 25, Jalan Maju 1, Taman Maju, Bandar Seri Iskandar, Bota.
(2)

Klinik Safamedic - Seri Iskandar menyediakan perkhidmatan Ultrasound Scan 2D 3D 4D 5D, Detail Scan, Pemeriksaan Ibu Mengandung, Berkhatan, Ujian Bilirubin, Perancang Keluarga, Medical Checkup, Ujian FBC dan Denggi, Suntikan sendi dan lutut, dan lain-lain.

APA ITU URTI?URTI adalah kata singkatan di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘upper respiratory tract infection. URTI adalah s...
06/05/2026

APA ITU URTI?

URTI adalah kata singkatan di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘upper respiratory tract infection. URTI adalah sejenis jangkitan yang berlaku di laluan salur pernafasan atas. Bahagian tersebut adalah hidung, mulut, farinks dan larinks.

Antara simptom URTI adalah:
• Batuk
• Sakit tekak
• Hidung tersumbat
• Hidung berair
• Sakit kepala
• Bersin

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti di atas dan di segera ke Klinik Safamedic yang berdekatan untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Pagi-pagi, ramai ibu bapa siapkan bekal anak dengan penuh kasih sayang.Yogurt masuk.Cereal masuk.Roti krim masuk.Air kot...
05/05/2026

Pagi-pagi, ramai ibu bapa siapkan bekal anak dengan penuh kasih sayang.

Yogurt masuk.
Cereal masuk.
Roti krim masuk.
Air kotak masuk.
Biskut pun masuk.

Nampak cantik.
Nampak lengkap.
Nampak macam bekal budak yang dijaga baik.

Tapi kadang-kadang, satu bekal yang nampak “comel” itu sebenarnya penuh gula tersembunyi.

Inilah masalahnya bila makanan ultra-proses dibungkus dengan imej sihat dan mesra kanak-kanak. Yogurt berperisa boleh tinggi gula. Cereal yang nampak ceria itu kadang-kadang lebih kepada manisan sarapan. Roti krim, air kotak dan biskut p**a menambah lagi jumlah gula tanpa kita sedar.

Anak bukan tak boleh makan langsung.
Tapi kalau ini jadi rutin setiap hari, lidah mereka akan makin biasa dengan rasa manis. Air kosong rasa tawar. Buah rasa kurang menarik. Makanan biasa pun mula dianggap “tak sedap”.

Lama-lama, kita bukan sekadar sediakan bekal.
Kita sedang latih selera anak untuk bergantung pada gula.

Tak perlu jadi ibu bapa yang sempurna.
Cukup jadi ibu bapa yang mula sedar.

Kalau boleh, cuba ubah sedikit demi sedikit.
Tukar air kotak kepada air kosong.
Kurangkan biskut manis.
Pilih roti biasa, telur, buah segar, atau yogurt tanpa gula tambahan.

Bekal yang baik bukan yang paling cantik dipandang.
Bekal yang baik ialah yang jaga tubuh anak, walaupun nampak sederhana.

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia!Klinik Safamedic Seri Iskandar Buka seperti biasa Terima kasih kepad...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia!

Klinik Safamedic Seri Iskandar Buka seperti biasa

Terima kasih kepada semua pekerja di pelbagai bidang, daripada barisan hadapan hingga ke sektor industri, perkhidmatan, pendidikan, pertanian, kesihatan dan banyak lagi. Andalah nadi yang menggerakkan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.

Marilah kita terus menghargai nilai kerja keras, semangat perpaduan dan budaya saling menghormati dalam memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua.

30/04/2026
Kekejangan otot berlaku apabila otot menegang dan anda tidak dapat merehatkan otot tersebut. Ianya menyakitkan dan boleh...
29/04/2026

Kekejangan otot berlaku apabila otot menegang dan anda tidak dapat merehatkan otot tersebut. Ianya menyakitkan dan boleh menimbulkan suasana panik🥺

Kekurangan air dalam badan, senaman yang kuat dan kekurangan zat merupakan antara punca.

Diet yang kaya dengan potasium, kalsium dan magnesium boleh membantu untuk mengurangkan masalah ini.☝

Tengah sedap dibuai mimpi pukul 3 pagi, tiba-tiba mata terbeliak besar. Jantung berdegup laju. Rasa macam ada 'tangan gh...
28/04/2026

Tengah sedap dibuai mimpi pukul 3 pagi, tiba-tiba mata terbeliak besar. Jantung berdegup laju. Rasa macam ada 'tangan ghaib' tengah rentap dan simpul urat betis kuat-kuat! Automatik menjerit kejutkan pasangan kat sebelah. Sakit dia Tuhan saja yang tahu, sampai keluar air mata.

Refleks biasa kita bila betis tiba-tiba kejang (muscle cramp/charley horse), kita akan cepat-cepat suruh orang sebelah picit dan tonyoh urat yang tengah mengeras tu kuat-kuat. Lepas tu lumur p**a minyak panas banyak-banyak dengan niat nak bagi cepat lega.
Tolong berhenti buat macam ni!

Waktu otot tengah mengeras, tegang dan mengecut secara tiba-tiba, kalau anda paksa picit dan tonyoh dengan kuat, anda sebenarnya sedang merisikokan fiber otot (muscle fiber) untuk koyak dari dalam. Sakit kejang mungkin nampak macam hilang sekejap, tapi esok paginya betis anda akan rasa lebam, bengkak dan sakit nak pijak lantai berhari-hari.

Habis tu, kenapa benda ni selalu serang waktu malam? Ada benda 'menumpang' ke?
Bukan. Ini bahasa badan tengah menjerit minta tolong sebab:
1. Badan anda sangat kering (dehidrasi) atau kekurangan mineral penting macam Magnesium dan Potassium (kalium).
2. Kipas atau 'aircond' tala direct ke arah kaki berjam-jam sampai suhu otot drop dan jadi kejang kesejukan.
3. Seharian anda berdiri terlalu lama, jalan jauh, atau pakai kasut tumit tinggi kat office. Anda dah tidur, tapi otot kaki anda masih 'protes' sebab terlalu penat.

Apa cara paling selamat bila kena serang?
Jangan panik, dan jangan terus picit. Perlahan-lahan luruskan kaki anda. Guna tangan, tarik ibu jari dan tapak kaki menghala ke arah muka anda (dorsoflexion). Tahan 10 hingga 20 saat sampai urat tu kendur perlahan-lahan dengan sendirinya. Kalau mampu bangun, berdiri perlahan-lahan dan pijak lantai yang sejuk. Ini akan hantar signal ke otak untuk 'reset' balik saraf otot yang tengah terkejut tu.

Malam ni, sebelum tidur, minum secawan air kosong. Esok cari pisang untuk topup mineral badan. Kalau tiap-tiap malam kena tarik mengkarung macam ni, jangan buat tak tahu. Pergi klinik check darah, itu mungkin petanda buah pinggang atau saraf perlukan rawatan.

Batuk yang tidak reda-reda? Jangan pandang remeh!❗ Batuk yang berpanjangan mungkin menunjukkan anda mengalami Batuk Koko...
10/04/2026

Batuk yang tidak reda-reda? Jangan pandang remeh!

❗ Batuk yang berpanjangan mungkin menunjukkan anda mengalami Batuk Kokol (pertussis)!
🦠 Berpunca dari bakteria Bordetella Pertussis.
🌬️ Sangat mudah tersebar melalui udara apabila pesakit batuk atau bersin.
🧒👧 Meskipun bayi dan kanak-kanak lebih mudah terjangkit, jangan salah anggap, semua usia tetap berisiko!
🚑 Tanda utamanya? Batuk yang berlarutan dari 1-2minggu hingga 2 bulan dengan bunyi “whoop” ketika menarik nafas sewaktu batuk.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Batuk Kokol yang tidak dirawat boleh membawa lebih banyak komplikasi buruk.

Jadikan vaksin sebagai benteng perlindungan anda dan keluarga.
🛡️Dapatkan vaksin untuk Batuk Kokol di Klinik Safamedic sekarang !

Hii Mommies..Jom buka buku pink di Klinik Safamedic 😊😊
09/04/2026

Hii Mommies..

Jom buka buku pink di Klinik Safamedic 😊😊

✨🌙🚙 Musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakuny...
06/04/2026

✨🌙🚙 Musim perayaan dan cuti sekolah menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi. 🦟

Persekitaran rumah 🏡 yang bersih dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.
Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

Dapatkan rawatan demam denggi di Klinik Safamedic😊

Berapa banyak kalori yang anda makan semasa raya? Jom lihat sama-sama!
02/04/2026

Berapa banyak kalori yang anda makan semasa raya? Jom lihat sama-sama!

Sindrom tertidur seketika semasa memandu atau microsleep menjadi antara penyumbang utama kepada statistik kemalangan jal...
01/04/2026

Sindrom tertidur seketika semasa memandu atau microsleep menjadi antara penyumbang utama kepada statistik kemalangan jalan raya di negara ini, dengan kira-kira 20 peratus kes termasuk kematian dilaporkan setiap tahun.

Address

25, Jalan Maju 1, Taman Maju, Bandar Seri Iskandar
Bota
32610

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6053713328

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Safamedic - Seri Iskandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Safamedic - Seri Iskandar:

Share