Permai Polyclinic Kinabatangan

Permai Polyclinic Kinabatangan FAMILY DOCTOR. ANTENATAL. CHILD DOCTOR. FEMALE DOCTOR

20/09/2021

Assalamualaikum dan selamat petang.
Klinik Permai Polyclinics Kinabatangan beroperasi pada 21/09/2021.

*Setiap hari isnin hingga ahad.
Jam 8 pagi hingga jam 5 petang.

*Rehat
Jam 1 petang hingga jam 2 petang.

Sebarang pertanyaan hubungi.
0167447712/089551051





.

20/09/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Klinik Permai Polyclinic Kinabatangan beroperasi pada 21/09/2021.

*Setiap hari isnin hingga ahad.
Jam 8 pagi hingga 5 petang.

*Rehat
Jam 1 petang hingga jam2 petang.

Sebarang pertanyaan hubungi
0167447712



..
membasuh tangan gunakan handsanitzer dan penutup mulut..

Permai Polyclinic Kinabatangan

19/08/2020

Assalamulaikum dan selamat pagi..klinik permai beroperasi seperti biasa :)



15/07/2020

Assalamualaikum dan selamat pagi..klinik Permai Polyclinic Kinabatangan beroperasi seperti biasa..

Selamat bersekolah pada anak-anak yg mula persekolahan harini.


kebersihan
..
membasuh tangan gunakan handsanitzer dan penutup mulut.

Hi feel free to visit us🤗
02/07/2020

Hi feel free to visit us🤗

01/07/2020

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Bermula 1hb julai 2020 klinik permai akan beroperasi sehingga jam 9 malam..:)





mematuhi sop..

29/06/2020

Hey warga kinabatangan/bukit garam

PROMOSI BULAN JULAI 2020..PROMOSI UJIAN DARAH.

Klinik Permai kinabatangan menawarkan promosi ujian darah untuk anda.

Ketahui tahap kesihatan anda dengan Pakej QDG1,dengan harga yang berbaloi untuk pemeriksaan kesihatan anda.

Anda hanya perlu berpuasa 6 hingga 8 jam berpuasa dan boleh terus walkin pada setiap hari isnin ke klinik Permai Polyclinic Kinabatangan :)

Apa itu vertigo?Vertigo sebab diri rasa berpusingPenyakit ini tidak seperti pening yang menyebabkan kepala pesakit menja...
28/06/2020

Apa itu vertigo?

Vertigo sebab diri rasa berpusing

Penyakit ini tidak seperti pening yang menyebabkan kepala pesakit menjadi ringan, gelap dan kemudian pengsan.

Sedangkan simptom vertigo seperti loya, muntah, sakit kepala, rasa tidak stabil ketika berjalan. Lebih teruk mereka yang 'terkena' merasakan kepala digerak atau dipusingkan dan jalan tidak seimbang.

Terdapat dua kategori masalah vertigo iaitu:

1. Vertigo perifer

Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak.

Ia berlaku disebabkan:

- Perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga tidak berfungsi secara normal.

- Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan.

- Keradangan di kawasan dalam telinga yang menyebabkan masalah itu.

- Penumbuhan tulang yang tidak normal dalam telinga.

2. Vertigo berpusat

Masalah pada bahagian otak terutamanya bahagian cerebellum yang mengawal keseimbangan badan.

Punca disebabkan:

- Angin ahmar

- Tumor pada bahagian cerebellum

- Migrain

- Multiple sclerosis

Apa yang doktor akan lakukan untuk menentukan anda mengidap vertigo atau sebaliknya?

Beberapa penyiasatan dan ujian akan dilakukan untuk mengetahui punca dan jenis masalah yang dihadapi.

1. Ujian mata: Doktor akan meletakkan jari dan pesakit perlu melihat jari tersebut. Doktor akan menggerakkan jari ke kiri atau ke kanan sambil melihat mata pesakit sama ada mempunyai pergerakan yang normal atau tidak.

2. Ujian Romberg: Pesakit akan diminta berdiri secara lurus dan menutupkan mata. Pesakit diminta untuk mengimbangkan dirinya agar tidak jatuh. Selalunya pesakit yang mengalami masalah pada bahagian cerebellum tidak akan mampu berdiri dalam keadaan mata tertutup.

Terdapat juga ujian dan prosedur lain seperti ujian imbasan CT dan MRI. Ujian tersebut hanya dibuat jika pesakit disyaki mengalami strok atau tumor pada bahagian otak.

Terdapat beberapa simptom yang berbahaya jika seseorang itu mengalami masalah itu:

- Vertigo yang berterusan.

- Mempunyai simptom lain seperti tidak mampu menggerakkan kaki atau tangan. (Pesakit mungkin mengalami strok/ angin ahmar).

- Mempunyai masalah pendengaran.

- Sakit telinga yang melampau.

Rawatan vertigo

- Rawatan masalah itu bergantung kepada penyebabnya. Tetapi kebanyakan masalah boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan ubat.

- Pesakit yang mengalami vertigo periferi boleh mencuba ubat jenis perencat vestibular.

- Jika ia disebabkan vertigo berpusat, rawatannya adalah bergantung kepada penyebab masalah tersebut.

Rawatan kecemasan

- Tarif nafas jangan panik.

- Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu gelap waktu malam.

- cari tempat untuk duduk atau baring dan tunggu hingga gejala hilang.

- Jangan pejam mata, fokus pada satu objek.

- Dapatkan rawatan sekiranya berlaku serangan kali kedua.

jika berlarutan sila lah datang ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan selanjutnya..info sihat:)

27/06/2020

Assalamualaikum dan selamat pagi..selamat berhujung minggu semua..

Klinik permai kinabatangan beroperasi jam 8pagi - 5pm :)





keluar menggunakan mask dan handsanitzer

APA ITU PAP SMEAR?Pap smear (atau Pap test) adalah ujian saringan untuk kanser serviks (pangkal rahim). Ia mengesan keha...
25/06/2020

APA ITU PAP SMEAR?
Pap smear (atau Pap test) adalah ujian saringan untuk kanser serviks (pangkal rahim). Ia mengesan kehadiran sel-sel pra-kanser atau sel-sel kanser di serviks. Ujian ini dinamakan bersempena seorang doktor yang menemui kaedah mengesan tanda-tanda kanser serviks yang berguna ini, Georgios Papanikolaou. Semasa prosedur ini, sel-sel dari pangkal serviks anda akan diambil dan diperiksa untuk sebarang pertumbuhan tidak normal.
KENAPA PENTING UNTUK MENJALANI PEMERIKSAAN INI?
Human papillomavirus (HPV) adalah sejenis virus yang menyebabkan ketuat/bintil. Ada lebih dari 100 jenis HPV. 40 darinya adalah yang disebarkan melalui hubungan seks. Penyebab utama kanser serviks adalah HPV jenis 16 dan 18. Walaupun Pap smear tidak menguji HPV, ia mengenalpasti perubahan sel yang disebabkan oleh virus ini. Dengan mengenalpasti sel-sel kanser serviks pada peringkat awal dengan Pap smear, rawatan boleh dimulakan dengan segera sebelum ia merebak dengan lebih lanjut dan mendatangkan lebih kemudaratan.

Semua wanita yang telah melakukan hubungan seks berisiko menghidapi HPV dan harus menjalani Pap smear sekurang-kurangnya setiap tiga tahun. Ujian ini bukan untuk mengenalpasti lain-lain penyakit jangkitan kelamin.

SIAPA YANG PERLU MENJALANI PAP SMEAR?
Secara amnya, anda perlu mendapatkan Pap smear secara tetap dari umur 21 tahun. JIka anda HIV-positif atau mempunyai daya ketahanan imun yang rendah akibat kemoterapi atau pemindahan organ, anda mungkin memerlukan ujian ini dengan lebih kerap disebabkan risiko jangkitan dan kanser yang lebih tinggi. Jika anda berumur lebih dari 30 tahun dan telah mempunyai tiga ujian Pap smear yang normal berturut-turut, anda boleh melakukan ujian ini setiap lima tahun. Wanita berumur 65 tahun dan ke atas dengan ujian Pap smear yang normal sebelumnya mungkin tidak lagi memerlukan ujian Pap smear.

buat kaum wanita mari beramai2 buat ujian pap smear..

boleh datang ke klinik permai kinabatangan untuk ujian pap smear:)

Bermula 1hb julai 2020 klinik permai kinabatangan beropersi jam8am sehingga 9 malam.Memperkenalkan Dr sarina resident do...
25/06/2020

Bermula 1hb julai 2020 klinik permai kinabatangan beropersi jam8am sehingga 9 malam.

Memperkenalkan Dr sarina resident doctor bagi klinik permai polyclinics kinabatangan..

safe :)

30/05/2020

Assalamualaikum dan selamat pagi ,selamat berhujung minggu :)

Hari ini Permai Polyclinic Kinabatangan beroperasi jam 8am - 5pm..



mask dan handsanitzer keluar rumah.

Address

LOT 7, BLOK B, BANGUNAN SUDC, PEKAN KOTA KINABATANGAN,, KINABATANGAN
Bukit Garam
90200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

0163767712

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinic Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram