20/12/2024
Untuk orang yang mempunyai riwayat penyakit jantung atau merawat ahli keluarga dengan penyakit jantung, pasti tidak asing dengan pelbagai jenis ubat atau suplemen tertentu.
Salah satu contohnya adalah koenzim Q10 yang cukup popular untuk menjaga kesihatan jantung.
Bagi anda yang ingin mengetahui manfaat koenzim Q10, berikut adalah ulasannya.
Koenzim Q10 (CoQ10) adalah antioksidan yang terdapat dalam hampir setiap sel tubuh manusia.
Antioksidan ini menyerupai vitamin yang diperlukan tubuh dalam pengembangan sel, kerana ia menghasilkan tenaga untuk pertumbuhan dan pemeliharaan sel.
Selain itu, antioksidan ini juga dapat melindungi tubuh daripada kerosakan akibat molekul berbahaya dan membantu enzim dalam tubuh untuk mencerna makanan.
Tahap CoQ10 dalam tubuh anda akan menurun seiring dengan pertambahan usia.
Kadar CoQ10 yang lebih rendah biasanya berlaku pada individu dengan penyakit jantung, serta mereka yang mengambil ubat penurun kolesterol yang dikenali sebagai statin.
Antioksidan CoQ10 sebenarnya terdapat dalam makanan seperti daging, ikan, dan kekacang.
Walau bagaimanapun, jumlah CoQ10 dalam makanan ini tidak mencukupi untuk meningkatkan kadar CoQ10 secara signifikan dalam tubuh anda.
Oleh itu, ada kalanya individu mungkin perlu mengambilnya melalui suplemen.
Suplemen koenzim Q10 adalah suplemen untuk jantung, yang juga dikenali sebagai ubiquinone.
Bagi pesakit dengan penyakit gagal jantung, pengambilan koenzim Q10 memberikan manfaat dalam mengurangkan gejala gagal jantung yang timbul.
Ini dibuktikan melalui kajian tahun 2016 yang diterbitkan dalam jurnal โCirculation: Heart Failure, yang menunjukkan hubungan antara kadar koenzim Q10 dengan peningkatan fungsi jantung.
Gagal jantung atau kegagalan jantung kongestif berlaku apabila otot jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik.
Penyempitan arteri di jantung atau tekanan darah tinggi boleh menjadi punca bagi keadaan ini.
Sebabnya, jantung menjadi lemah atau kaku dan tidak dapat mengisi dan mengepam darah dengan efisien dalam jangka panjang.
Individu yang mengalami gagal jantung akan merasa sesak nafas, bengkak pada pergelangan tangan atau kaki, denyutan jantung yang tidak teratur, dan tubuh mudah merasa letih.
Sakit dada juga mungkin berlaku jika penyebab gagal jantung adalah serangan jantung.
Selain baik untuk kesihatan jantung, suplemen koenzim Q10 juga berpotensi sebagai ubat sokongan bagi penyakit jantung.
Ternyata, terdapat beberapa lagi manfaat koenzim Q10 yang lain, antaranya:
1. Menurunkan kolesterol pada pesakit diabetes
Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu menurunkan kolesterol LDL tinggi dan kadar kolesterol keseluruhan pada pesakit diabetes. Kesan ini berpotensi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Meningkatkan prestasi fizikal
CoQ10 terlibat dalam pengeluaran tenaga, justeru ia mungkin dapat meningkatkan prestasi fizikal.
3. Mencegah migrain
Penggunaan suplemen koenzim Q10 mungkin memberi manfaat dalam mencegah migrain. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal โNeurologyโ melibatkan 42 pesakit migrain yang menerima 100 mg CoQ10 atau pil plasebo tiga kali sehari selama tiga bulan.
Lebih daripada separuh peserta melaporkan pengurangan 50 peratus atau lebih dalam serangan migrain ketika amalkan CoQ10, berbanding hanya 14.4 peratus bagi mereka yang menggunakan plasebo.
4. Memperbaiki garis halus dan kedutan
CoQ10 membantu memperbaiki garis halus dan kedutan pada wajah.
Kajian menunjukkan CoQ10 dapat membantu melawan tanda-tanda penuaan yang kelihatan, kerana pengurangan radikal bebas dan peningkatan kapasiti antioksidan dalam badan.
5. Mempertingkatan kesuburan dan peluang kehamilan
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen CoQ10 dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati bahawa pengambilan CoQ10 minima 100mg setiap haru boleh meningkatkan kualiti o**m wanita. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa CoQ10 boleh meningkatkan jumlah sperma.
Menurut kajian, CoQ10 dihasilkan oleh tubuh dan diperlukan untuk fungsi asas sel. Untuk orang dewasa, dos harian yang disarankan adalah 30-200 mg dalam dos yang dibahagikan sepanjang hari.
*Setiap sachet Blesseed mengandungi 50mg CoQ10.