15/04/2026
Pentauliahan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Devan Anak Arup, Penolong Pengarah (Pemulihan) dan Puan ChM Hajah Nur Farhana Binti Md. Yusoff, Penolong Pengarah (Pengurusan & Keselamatan) atas kejayaan ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pentauliahan berprestij ini telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasi tinggi dalam memperkukuh budaya integriti serta tadbir urus yang cemerlang.
Semoga pentauliahan ini menjadi pemangkin dalam memperkasakan lagi usaha pembudayaan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam organisasi, selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang berwibawa.
Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan daripada Pengarah & Warga Kerja PUSPEN Bukit Mertajam,Pulau Pinang.