
26/05/2024
SIHIR HANCUR RUMAH TANGGA...!!!
Pesakit berubah perangai. Tiba2 pemarah, sering bergaduh dgn isteri, cuba mencederakan diri dengan menggunakan pisau, dan sering dengar bisikan berbahasa Indonesia mengarahkan dia buat perkara bahaya.
Bila saya ruqyah, pesakit mula buat gaya ritual sami/simbol tangan mcm naruto. Berubah suara jadi lebih kasar dan memberitahu jgn ganggu urusan dia utk hancurkan rumahtangga pesakit. Katanya tidak ada siapa pun yg lebih hebat dari tuannya. Jin kafir dan tak nak masuk Islam.
Saya teruskan ruqyah hinggalah jin tersebut mula nampak tersiksa dan lemah.. akhirnya jin minta utk bersyahadah. Selepas itu jin keluar dan pesakit sedar kembali dgn mata berair.
Tak lama kemudian pesakit muntah.
Saya buatkan air herba detox ruqyah, mandian dan minuman ruqyah untuknya.
Semoga Allah pulihkan kembali pesakit. aamiin..
wallahu a'lam