Bekam Sunnah Terapi

Bekam Sunnah Terapi Rawatan bekam terus ke kediaman anda
Sekitar P.Pinang, Kulim & Sg Petani. Hanya Rm5 untuk 1cup. Hubungi
En Hilmi - 012 4560967
Pn Munirah - 013 4529260

24/04/2016
Bekam Aura WajahBekam ini sesuai buat mereka yang mempunyai masalah wajah yang berjerawat.Yang mempunyai masalah resdung...
24/04/2016

Bekam Aura Wajah

Bekam ini sesuai buat mereka yang mempunyai masalah wajah yang berjerawat.
Yang mempunyai masalah resdung dan juga gatal muka.

Kaedah yang digunakan adalah sama, akan tetapi berkemungkinan akan mengambil masa lebih lama tertakluk pada keadaan jerawat di wajah.

Pesakit ini mempunyai masalah jerawat kronik.
Setelah team BST menjalankan rawatan Bekam Aura Wajah, pesakit merasakan wajahnya lebih ringan dan sedikit berlainan.

Untuk lebih lanjut,
Sila hubungi :-

En Hilmi 012-4560967
Pn Munirah 013-4529260

Salam Syawal salam kemenangan Islam, Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami team BST..Alhamdullilah, hari ni BST ke tama...
23/07/2015

Salam Syawal salam kemenangan Islam,
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami team BST..

Alhamdullilah, hari ni BST ke taman pauh jaya untuk meneruskan terapi Sunnah pada seorang Pesakit..

Alhamdullilah summa Alhamdullilah,
Semuanya selesai dengan Baik dan dipermudahkan..

Kami dari team BST mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang sempurna buat En dan sekeluarga.😊

09/06/2015

PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN KAEDAH BEKAM - AMALAN RASULULLAH SAW

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan Bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "DETOKSIFIKASI" yang sangat berkesan/mujarab serta tiada kesan sampingan.

PERINTAHKAN UMAT KAMU SUPAYA BERBEKAM WAHAI MUHAMMAD !

Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh dunia,timur dan barat, saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana Rasul dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)

Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)

"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." (HR. Abu Daud)

MUKJIZAT BEKAM

Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.

Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.
Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.

Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.

'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW

Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)

Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara:

Pertama > meminum madu.
Kedua > berbekam.
Ketiga > dengan besi panas - Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"
"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:

"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".
Dalam hadis lain diceritakan:

"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"

PERINTAH BERBEKAM

Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj. Penjelasan dalam hadith Riwayat Ibnu Majah menerusi Katjir bin Salim:
"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".

KENAPA PERLU BERBEKAM???

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

PANTANG LARANG BERBEKAM

1) Seelok-eloknya berpuasa atau 2 jam sebelum berbekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.
2) Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan makan/mandi melainkan selepas sejam kemudian.
3) Jangan makan makanan laut untuk 2-3 hari selepas bekam bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan:

"Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."

FUNGSI & FAEDAH BEKAM

Bekam dapat memecahkan saluran darah tetapi tetap satu arah dan konsisten,diiringi dengan terbukanya sumbatan pembuluh darah,terutama pembuluh yang tidak banyak mengeluarkan darah.
Adapun faedah bekam di antaranya ialah membersihkan kulit tubuh secara lebih baik daripada mencuci darah. Cuci darah mungkin lebih baik untuk membersihkan bahagian tubuh yang lebih dalam. Bekam juga mengeluarkan darah kotor dari sekitar bawah kulit. Bekam pada bahagian bahu sangat berfaedah bagi mengubati penyakit bahu dan leher.

WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

Penulis al-Qanun mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam bukan di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling afdal adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya.

Pemilihan waktu-waktu tersebut untuk melakukan pembekaman hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga sahaja,untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman boleh dilakukan bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan.

KEDUDUKAN TUKANG BEKAM.

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.

KEBAIKAN BERBEKAM

-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

KOS RAWATAN :-

1 CUP = RM 5.00
SEPARUH BADAN = RM 40.00 (9-11 point)
SATU BADAN = RM 70.00 (15-17 point)
BEKAM SUNNAH = RM 50.00 (11 point)
KEPALA = RM 25.00 (1 point, 5 kali sedutan)

HUBUNGI :-
En.Hilmi : 013 425 1081
Pn.Munirah : 013 452 9260

- suamiSakit-sakit badan..lenguh-lenguh badan..Terus buat bekam..allahmdulillah,Terlalu menikmati sampai terlena.Bangun ...
27/02/2015

- suami

Sakit-sakit badan..lenguh-lenguh badan..
Terus buat bekam..
allahmdulillah,
Terlalu menikmati sampai terlena.
Bangun pagi tadi,segar dan bersemangat luar biasa..😘

23/01/2015

asslamualaikum reader BST,
maaf lama menyepi..
sebenarnya kedua-dua owner iaitu En.Hilmi dan Pn.Munyra dalam sesi pratikal selama 3 bulan di pejabat masing-masing..
jadi mereka hanya dapat melakukan terapi pada sebelah malam dan sabtu ahad sahaja..

kami dari Team BST sangat memohon ampun dan maaf kepada yang masej and call untuk set date buat treatment..
in sya Allah,selesai praktikal nanti,24 jam kami akan cuba untuk melakukan treatment mengikut masa saudara saudari sekelian..

kesulitann ini amat kesali,mohon maaf dipinta^^

assalamualaikum likers BST..malam ni team BST membuat treatment bekam di simpang empat..mula2nya pesakit merasa takut2 d...
12/01/2015

assalamualaikum likers BST..
malam ni team BST membuat treatment bekam di simpang empat..

mula2nya pesakit merasa takut2 dan cuma hanya ingin mencuba bekam,tetapi setelah diminta untuk mengubah niat berubat kerana Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah,pesakit merasa tidak lagi takut dan tenang sahaja semasa proses perubatan..

alhamdullilah..
kami dari Team BST mengucapkan terima kasih dan mendoakan semoga saudara sihat sejahtera selalu..

√yakini sunnah
√sihat sejahtera
√lillahi taala

ATASI MASALAH SENGGUGUT, MIGRAIN, GOUT, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, STRESS, RESDUNG, BADAN KELETIHAN, SENGAL SENDI DENG...
11/01/2015

ATASI MASALAH SENGGUGUT, MIGRAIN, GOUT, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, STRESS, RESDUNG, BADAN KELETIHAN, SENGAL SENDI DENGAN BERBEKAM SUNNAH SAW.

Hadis:

Sabda Rasulullah SAW:

عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR Thabroni)

Sabda Rasulullah SAW lagi:

ما مررت ليلة اسري بي بملاء الا قالوا يا محمد مر امتک بالحجامة
“Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra’kan kecuali mereka (para malaikat) berkata: Wahai muhammad! perintahkanlah umatmu berbekam.” (HR Tarmizi & Baihaqi)

Antara kebaikan berbekam :

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

“InsyaAllah, kita berusaha mengikut cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang menyembuhkan segala penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”

Boleh dikatakan 90% wanita mengalami sakit ketika haid atau nama lainnya senggugut, dimana darah haid turun dengan pergerakan yang kurang lancar atau tersekat-sekat. Sakit ketika haid ini secara tak langsung menjejaskan emosi wanita sehingga menjadikan mereka moody dan panas baran.

Untuk mengatasi masalah ini, para wanita disyorkan untuk melakukan al hijamah/berbekam sebulan sekali secara konsisten, insya Allah darah haid anda turun dengan lancar dan tidak berlaku senggugut lagi…insyaalah..


**Waktu bekam terbaik waktu pagi dari 9am menguatkan hafalan dan menyembuhkan penyakit. Anda juga boleh pilih waktu petang jam 2pm. Sila tempah seminggu awal tarikh temujanji anda.

Alhamdulillah…berbekamlah sebulan sekali secara konsisten…setiap yg sunnah pasti ada keberkatannya…Menurut Anas Bin Malik, telah bersabda Rasulullah S.A.W. “Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah al Hijaamah (Bekam Darah)”.

Rahsia kesihatan optima~buang toksin dan racun dari tubuh anda!!! PAKEJ OVERHAUL LENGKAP 1 BADAN 22 POIN~Rawatan BEKAM POWER saya bermula seawal jam 10 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan saya. Biarlah saya datang kepada anda.
a)Rm110 utk 22 cups b)Rm50 utk 10 cups

Appointment bekam sms/whatsapp NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 013-4529260 MUNYRA

jangan takut jangan geli!!!inilah darah kotor yang keluar dari tubuh badan pesakit migrain..darah pekat kehitaman ini me...
09/01/2015

jangan takut jangan geli!!!
inilah darah kotor yang keluar dari tubuh badan pesakit migrain..

darah pekat kehitaman ini menunjukan darah kotor/penyakit..
manakala darah buih2 menunjukan kolestrol..
cup berkuap menunjukan angin..

alhamdullilah,pesakit lebih selesa..ceria dan ringan kepala..
tahniah,kami dari team BST mendoakan saudara cepat sembuh dan tidur lena..

selamat malam semua..sekarang ni team BST sedang membuat treatment pada seorang patients yang mengadu sering sakit kepal...
09/01/2015

selamat malam semua..
sekarang ni team BST sedang membuat treatment pada seorang patients yang mengadu sering sakit kepala..

baru beberapa saat,darah telah separuh cup,ini menunjukan pesakit mengalami sakit kepala yang agak teruk..

mudah2an selesai berbekam,pesakit akan merasa lebih ringan kepala..
in sya Allah.

alhamdullilah hari jumaat yang penuh barokah,team BST membuat treatment di sg.Semambu..saudari hanisah telah mengadu sak...
09/01/2015

alhamdullilah hari jumaat yang penuh barokah,team BST membuat treatment di sg.Semambu..

saudari hanisah telah mengadu sakit2 kaki,kepala & lenguh2 kaki..
alhamdullilah setelah selesai,beliau merasa lebih selesa dan ringan badan.

kami dari team BST mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga cik Hanisah sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.s.w.t.

saudara yusuf telah membuat treatment bekam sunnah sebelum beliau berangkat ke  mekah bagi menunaikan ibadah umrah..alha...
08/01/2015

saudara yusuf telah membuat treatment bekam sunnah sebelum beliau berangkat ke mekah bagi menunaikan ibadah umrah..

alhamdullilah,kini beliau sudah selamat kesana dan merasa lebih bertenaga untuk beribadah kepada Allah s.w.t..

sekalung tahniah dari kami Team BST,kami mendoakan semoga saudara yusuf mendapat keberkatan dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..

kepada yang berminat :-
24jam dibuka, call/ wassap di talian,0134529260 (munyra) 0134251081 (hilmi)

Address

Bukit Mertajam
14020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Sunnah Terapi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category