
23/06/2024
GBS adalah bakteria yang biasa didapati dalam saluran f***j wanita dan boleh disalurkan kepada bayi semasa kelahiran. Bakteria ini biasanya tidak berbahaya kepada wanita itu sendiri, tetapi boleh menyebabkan jangkitan serius buat bayi.
Jangkitan kuman GBS dari ibu kepada anak berlaku ketika anak dikeluarkan (dilahirkan) kerana melalui rongga f***j yang ada kuman GBS. Tetapi tidak semua bayi yang dilahirkan oleh ibu yang GBS positif akan dijangkiti kuman GBS. Dianggarkan kira-kira 1 dari 200 ratus bayi yang dilahirkan oleh ibu yang GBS positif akan mendapat jangkitan ini.
Walau bagaimana pun doctor dapat mengagak wanita mana yang telah disahkan GBS positif tinggi menjangkiti anak mereka. Wanita-wanita ini dikatakan sebagai wanita berisiko tinggi. Antara faktor yang diperhatikan ialah:
oPecah air ketuban melebihi 18 jam sebelum kelahiran
o Pecah air ketuban sebelum 37 minggu kandungan
o Jangkitan air kencing disebabkan GBS ketika mengandung
o Mempunyai sejarah bayi sebelum ini dijangkiti GBS
o Demam ketika bersalin
Kebarangkalian untuk wanita berisiko ini lebih tinggi untuk menjangkiti anak mereka. Oleh itu mereka diberikan perhatian yang lebih teliti.