PUSAT Rawatan D'sufi CHAAH

PUSAT Rawatan D'sufi CHAAH pusat rawatan alternatif mistik,bekam ,dan urutan
whatsapp 0197597730 (perawat lelaki)
0187742072 (perawat wanita)

25/05/2021

JANGAN PERNAH PUTUS ASA BERDOA, ALLAH SENTIASA MENDENGAR.

Doa tidak mampu mengembalikan mereka yang kita cinta. Tetapi mampu memberi kebahagiaan bagi mereka.

Doa tidak mampu mengulang waktu, tetapi mampu membuat kesempatan datang kembali.

Doa tidak selalu memperbaiki hati yang kecewa , tetapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang kalbu.
InsyaAllah.

Doa adalah antara 3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati..

1. Sedekah Jariah – iaitu harta yang diwaqafkan kerana Allah Taala,

2. Ilmu Yang Bermanfaat - ilmu dunia akhirat. Dan diamalkan oleh orang yang masih hidup bila kita sudah meninggal

3. Doa Anak-Anak Soleh.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali 3 perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad).

Semoga bermanfaat

15/05/2021
19/01/2021

SUMBANGAN DANA UTK MADRASAH AT TAYYIBAH

Madrasah Tahfiz At Tayyibah ini dibina Khusus untuk:-
1) kanak² dari umur 7 thn hingga 17 thn.
2) org dewasa yg ingin mendalami Al Quran dan Sunnah

Kami mengalu-alukan kepada anda yg ingin menyumbang(infaq) kepada Madrasah ini..
Kami dalam proses utk membina madrasah ini bgi menampung keperluan dan keselesaan penuntut yg semangkin ramai...

TUJUAN KAMI
Utk melahirkan anak² tahfiz dan berpeluang melanjutkan pengajian hingga ke Mesir, Madinah, Jordan dan Yemen

Madrasah At Tayyibah ini akan ditakbirurus di bawah pengurusan Madrasah Riyaad Al Maa'rif

Sumbangan bolih dibuat ke Acc no
5510 8934 9837 (Maybank)

Moga sumbangan yg anda hulurkan dpt mempercepatkan proses pembinaan Madrasah ini, moga anda jua di rahmati allah s.w.t
Aamiin..

07/01/2021
16/11/2020

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

وَما نَتَنَزَّلُ إِلاَّ بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ ما بَيْنَ أَيْدينا وَما خَلْفَنا وَما بَيْنَ ذلِكَ وَما كانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

Dan tidaklah kami turun melainkan dengan perintah Tuhan engkau; kepunyaanNyalah apa yang ada di hadapan kita dan apa-apa yang di belakang kita dan apa-apa yang di antara yang demikian; dan tidaklah ada Tuhan engkau itu kelupaan.(Maryam ayat 64)

رَبُّ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ وَما بَيْنَهُما فَاعْبُدْهُ وَ اصْطَبِرْ لِعِبادَتِهِ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا َ

Tuhan bagi semua langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; maka sembahlah Dia nya dan berteguh hatilah di dalam beribadat kepadaNya. Apakah engkau mengetahui bahwa bagiNya ada yang menyamai?(Maryam ayat 65)

Kegelisahan

Menurut suatu riwayat dari Mujahid, ada pada satu ketika Jibril itu lambat baru datang menemui Nabi kita, kononnya sampai 12 malam, (ada juga riwayat mengatakan kurang dari itu), maka pada satu waktu datanglah Jibril sebagai biasa. Lalu berkatalah Nabi s.a.w. kepadanya: "Hai Jibril, sangat gelisah aku karena engkau lambat benar baru datang, sehingga kaum musyrikin itu telah menyangka yang bukan-bukan." Kata Mujahid: "Maka turunlah ayat ini:

وَما نَتَنَزَّلُ إِلاَّ بِأَمْرِ رَبِّكَ

"Dan tidaklah kami turun melainkan dengan perintah Tuhan engkau,"

dan seterus­nya. Dan menurut sebuah riwayat lagi yang dibawakan oleh al-Hakam bin Aban, yang dia terima dari Ikrimah bahwa dia berkata: "Terlambat Jibril turun kepada Nabi sampai 40 hari." Kemudian itu dia pun turun. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w. kepada Jibril: "Lama engkau tidak turun sehingga sangat rinduku kepada engkau." Lalu Jibril menjawab: "Bahkan aku pun lebih lagi rinduku hendak bertemu dengan engkau, tetapi aku ini hanyalah seorang petugas yang menjalankan perintah." Lalu Allah mewahyukan kepada Jibril supaya dia katakan p**a kepada Muhammad:

وَما نَتَنَزَّلُ إِلاَّ بِأَمْرِ رَبِّكَ

"Dan tidaklah kami turun melain­kan dengan perintah Tuhan engkau." Hadits ini dirawikan oleh Ibnu Abi Hatim.

Maka dapatlah kita fahamkan bahwa Jibril berkata: "Aku ini hanya seorang petugas yang menjalankan perintah," bahwa datangnya atau turunnya ke dunia hanyalah kalau ada perintah Tuhan menyuruh turun, dan kalau belum ada perintah tidaklah dia akan turun, walaupun dia sendiri pun lebih rindu lagi hendak bertemu dengan Nabi s.a.w. Inilah dua tafsir yang kita salin di antara beberapa tafsiran yang lain.

Ada juga riwayat dari Imam Ahmad bahwasanya Nabi s.a.w. pada suatu hari menyuruhkan isterinya Ummi Salamah memperhiasi rumah, karena se­orang malaikat yang istimewa akan turun menemui beliau.

لَهُ ما بَيْنَ أَيْدينا وَما خَلْفَنا وَما بَيْنَ ذلِكَ

"KepunyaanNyalah apa yang ada di hadapan kita dan apa-apa yang di belakang kita dan apa-apa yang di antara yang demikian."

Ini masih sam­bungan ayat yang diwahyukan T'uhan kepada Jibril dan disuruhNya sampaikan kepada Muhammad s.a.w. Menurut tafsir dari Ibnu Katsir:

أَيْدينا ما

"Apa yang ada di hadapan kita"

ialah yang kita hadapi hidup di dunia sekarang ini. Dan menurut tafsiran p**a dari Ibnu Abbas dan Said bin Jubair:

وَما خَلْفَنا

"Dan apa-apa yang di belakang kita"

ialah masa-masa hidup yang-telah kita belakangi, atau yang telah kita jalani dan lalui.

وَما بَيْنَ ذلِكَ

"Dan apa-apa yang di antara yang demikian,"

menurut Ibnu Abbas dan Said bin Jubair dan tafsir yang dipilih oleh Ibnu Jarir ialah keadaan di antara hidup dunia dengan hidup akhirat.

وَما كانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

"Dan tidaklah ada Tuhan engkau itu kelupaan." (ujung ayat 64).

Sama dengan apa yang diwahyu­kan Tuhan di Surat adh-Dhuha: "Tidaklah Tuhan engkau pernah meninggalkan engkau dan tidaklah Dia pernah mengecewakan." (Surat 93, adh-Dhuha, ayat 3).

Tersebut dalam sebuah Hadits yang dirawikan oleh Ibnu Abi Hatim dengan sanadnya dari Abu Darda':
"Apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya, itulah yang halal, dan apa yang diharamkanNya, itulah yang haram, dan apa yang didiamkanNya maka itu adalah kurnia. Sebab itu terimalah kurniaNya itu. Karena Allah tidaklah pernah dia melupakan sesuatu. Kemudian dibacanya ayat:

"Dan tidaklah ada Tuhan engkau itu pemah kelupaan."

رَبُّ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ وَما بَيْنَهُما َ

"Tuhan bagi semua langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua­nya. " (pangkal ayat 65).

Artinya Dialah Yang Menciptakan. Dialah yang meng­atur semuanya dan Dia p**a Yang Maha Kuasa dan segala keputusanNya tidaklah dapat dibantah dan dirobah:

فَاعْبُدْهُ وَ اصْطَبِرْ لِعِبادَتِهِ

"Maka sembahlah Dianya dan berteguh hati­lah di dalam beribadat kepadaNya."

Artinya janganlah mendua hati lagi, jangan ragu dan jangan ada perasaan dalam hati bahwa ada yang kuasa selain Dia:

هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا

"Apakah engkau mengetahui bahwa bagiNya ada yang menyamai?" (ujung ayat 65).

Ujung ayat ini pun adalah salah satu tantangan lagi. Cobalah fikirkan baik-baik, adakah pada perkiraanmu satu kekuasaan lagi yang me­nyamai kekuasaan Allah di dalam mentadbirkan semua langit dan bumi ini?

XPDC MOUNT OPHIR 2020 ANJURAN MADRASAH 👍🔥
08/09/2020

XPDC MOUNT OPHIR 2020 ANJURAN MADRASAH 👍🔥

18/07/2020

URUTAN SENDI SARAF D'SUFI

Sudah biasa kalau berurut pasti mengunakan minyak... Tetapi berbeza Urutan ini,ia tidak mengunakan minyak,hanya mencari titik-titik sendi saraf punca kesakitan yg dialami pesakit...Urutan ini sesuai utk yg mnghadapi masalah spt
~ Sakit Sendi. ~ Sakit Pinggang
~ Sakit Kaki. ~ Sakit Pegelangan
~ Sakit Lutut. ~ Sakit Bahu/Tangan
~ Sakit Urat Saraf dan lain-lain

Ramai yg menghadapi masalah spt di atas.,terbukti setelah mendapatkan rawatan ini,mereka mengakui akan keberkesanannya..

Antara kebaikan urutan ini...
~ Melancarkan perjalanan darah
~ Membuang angin dlm badan
~ Mudah/Badan selesa bangun pagi..
~ Dan lain-lain lagi...

Kami jua sedia membantu..
(Masalah gangguan/Berbekam)

Hubungi/WhatsApp kami

18/07/2020

MUNGKINKAH ANDA MENGALAMINYA...?

Sekiranya anda ada tanda² seperti di bawah ini, berkemungkinan anda sebenarnya ada masalah gangguan yang tanpa anda sedari ..

👉S**ar tidur malam
👉Suami isteri hilang cinta tanpa sebab
👉Mimpi jatuh dari tempat tinggi
👉Timbul rasa takut tanpa sebab
👉Nampak bayang yang menakutkan
👉Nampak makhluk2 aneh yang menyeramkan
👉Selalu mimpi yang menakutkan
👉Mimpi jatuh dari tempat tinggi
👉Mimpi bayi/kanak2
👉Terdengar suara yang datang ketika tidur
👉Darah haid melebihi 15hr
👉Mimpi bersama seseorang
👉Ragu2 tentang keimanan
👉Rasa seperti nak mati
👉Takut nak menziarahi orang mati
👉Sesak nafas
👉Terasa malas kerja
👉Di tindih ketika tidur
👉Sakit sendi2
👉Mimpi binatang berbisa(ular,kala
jengking,dll)
👉Sakit kepala berterusan
👉Rasa ada kelibat mengekori anda
👉Ada bisikan aneh
👉Sakit tulang rusuk kiri/kanan

Sekiranya ada gangguan seperti di atas, Dapatkan rawatan jgn biarkan melarat..
inshaallah, kesembuhan dengan izin Allah
kami hanya membantu merawat.

Hubungi perawat kami yg berdekatan anda

18/07/2020

APAKAH ITU SAKA?

Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung.

1. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya.

2. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya).

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.. Wallahu a'lam

Utk pertanyaan lebih lanjut
Hubungi perawat kami..

18/07/2020

TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Mungkinkah di rumah anda ada gangguan jin?

Pernahkah masakan atau makanan yang kita sediakan selalu dan cepat basi ( rosak), atau anda selalu terdengar seperti bunyi guli jatuh di lantai atau di atas bumbung rumah, atau sering kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam, atau sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah atau penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah?

Selain itu, ini juga 15 tanda-tanda lain terdapatnya gangguan jin di dalam rumah:

1.Anda selalu rasa tidak tenteram bila berada dalam rumah tetpi anda sendiri tidak tahu apa sebabnya.bagi orang yang lemah semangat akan selalu berasa takut tinggal berseorangan dalam rumah tanpa sebab yang munasabah.

2.Selalu terjadi pertengkaran atau pergaduhan atau perasaan benci membenci dalam kalangan serumah. Hatta dalam perkara kecil pun boleh membawa kepada pertengkaran besar dan berisi dendam kesumat.

3.Selalu ada orang sakit dalam rumah sama ada orang yang sama atau berganti-ganti (orang tua, dewasa atau kanak-kanak) dan penyakitnya ada gejala yang boleh mengaitkan dengan gangguan jin.

4.Rumah itu cepat 'berhantu' jika ditinggalkan kosong iaitu mungkin ada bunyi-bunyi ganjil atau kegiatan seperti ada manusia di dalam rumah itu malah mungkin suara memanggil orang yang lalu di depan rumah atau jelmaan-jelmaan jin samada secara jelas atau bayangan serta kelibat-kelibat makhluk aneh atau mungkin orang yang melintas akan nampak 'seseorang' yang berdiri di jendela dan sebagainya.

5.Malah jika lebih berat semasa didiami manusia pun perbagai perkara ganjil berlaku seperti suara berbisik, berbual-bual, atau perbagai bunyi asing seperti bunyi pintu terbuka, tertutup, bunyi orang melangkah dan sebagainya terutamanya pada waktu malam.

6.Ada pada bahagian tertentu dalam rumah itu di mana anda merasa panas, terhidu bau busuk atau bau aneh, berasa seram tanpa sebab

7.malah kadang-kadang sakit atau merasa serangan benda halus ketika anda melintas atau berada pada tempat berkenaan. Hal ini sangat jelas jika dalam rumah itu ada tempat khas seperti bilik contohnya yang menjadi tempat pemujaan jin walau apa pun tujuannya atau menjadi tempat simpanan sesuatu benda sihir iaitu apa saja benda yang didampingi atau dijaga jin contohnya tangkal, senjata lama, batu, kayu, cincin dan sebagainya.

8.Kadang-kadang bilik yang berkunci tiada orang tiba-tiba kelihatan terang benderang dari luar seolah-olah lampu dipasang dan ada bunyi atau suara ganjil.

9.Ada kanak-kanak yang selalu kencing malam walaupun perbagai ikhtiar dibuat untuk mencegah nya. S**a berbuat nakal dan selalu mimpi aneh atau mengigau dan sebagainya.

10.Anda sukar tidur diwaktu malam atau rasa resah gelisah tanpa sebab atau selalu terjaga pada waktu malam atau ada juga orang yang merasa ramai 'orang' dalam bilik menumpang dan menemaninya tidur.

11.Kalau orang luar yang berdamping atau didampingi jin masuk ke dalam rumah ia mungkin merasa pening atau gelisah atau takut malah ada juga yang jatuh sakit tiba-tiba.

12.Mungkin juga orang itu akan pitam atau rasa diserang sesuatu yang tidak kelihatan.

13.Isi rumah merasa sukar mengerjakan ketaatan kepada Allah terutamanya mengerjakan solat.

14.Timbul perbagai masalah antara suami isteri seperti selalu bertengkar, cemburu buta atau yang sering terjadi marah tidak tentu pasal kepada pasangan.

15.Selalu melihat ada kelibat bayangan hitam melintas pada pandangan ekor mata atau mungkin juga jelmaan-jelmaan aneh.

Kesimp**an
Adakah di rumah anda terdapat sebahagian atau kesemua tanda-tanda tersebut? Jika ada, itu tandanya ada gangguan jin di dalam rumah anda. Sebaik-baiknya baikilah amalan harian seperti bersolat atau mengaji al-Quran. Ada kaedah pagar rumah yang boleh anda lakukan. Jikalau tidak mampu dapatkan nasihat dan pertolongan daripada perawat Islam. Mudah-mudahan perkongsian info ini dapat membantu anda. InsyaAllah..

Perawat-ll Di Sufi sedia membantu jika diperlukan..hubungi wakil-ll kami...

Address

No 12 Jalan Zamrud Kampung Kangkar 2, Chaah Johor Darul Takzim
Chaah
85400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT Rawatan D'sufi CHAAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category