17/10/2025
◾Ada fisioterapis boleh angkat, papah, dan dukung pesakit yang lebih berat daripada berat badan mereka sendiri. Mereka bukan lahir dengan kekuatan ajaib. Semua ini hasil latihan dan teknik yang betul.
◾Namun, ada masanya mereka menanggung lenguh otot dan sakit sendi di malam hari kerana di siang hari mereka sedaya upaya lakukan rawatan untuk kurangkan kesakitan yang dialami pesakit.
◾Ketika orang lain merasakan sudah tiada potensi untuk pesakit bertambah baik, fisioterapis masih tak hilang harapan. Mereka teruskan ikhtiar kerana percaya pesakit masih ada peluang.
◾Seorang fisioterapis terlatih, boleh buat kerja tukang urut, pengamal kiroptaktik, penjaruman kering (akupunktur barat), jurulatih kecergasan (fitness trainer), penjaga(carataker) pesakit.
◾Suara mereka lantang tetapi tidak kurang ajar, arahan mereka tegas tetapi tidak memaksa, dan genggaman mereka kejap tetapi tidak kasar. Ia sesuatu yang bukan semua orang boleh buat.
◾Seringkali dipanggil oleh pesakit sebagai "doktor". Ketahuilah bahawa mereka tak selesa jika dipanggil begitu. Lebih s**a jika dipanggil sebagai "encik" atau "cik/puan" sahaja.
◾Fisioterapis lelaki biasanya kacak dan sentiasa tenang(jangan sangka tiada buaya). Fisioterapis perempuan, biasanya wajah berseri dan tidak lokek memberi senyuman.
Dalam proses pemulihan kecederaan dan penyakit yang menjejaskan fizikal serta pergerakan, fisioterapis adalah antara penggerak atau pelaksana utama rawatan. Peranan mereka sangat besar.