PEKA OKU: Peluang Kerjaya & Akademik OKU

PEKA OKU: Peluang Kerjaya & Akademik OKU Menyediakan maklumat peluang kerjaya dan pendidikan untuk OKU

08/05/2026

Setiap insan dilahirkan dengan potensi yang luar biasa — termasuk anda!

Keterbatasan fizikal bukan penghalang untuk anda berjaya dalam kerjaya. Di PERKESO Johor, kami percaya bahawa setiap individu OKU layak mendapat peluang pekerjaan yang terbaik. Kami ada di sini, bersedia untuk membantu anda melangkah lebih jauh.

Jangan biar impian anda terhenti di sini — scan QR dalam poster ini dan biar kami uruskan selebihnya! 💪✨

Selamat Hari Pekerja buat semua wira dan wirawati, khususnya komuniti PEKA OKU 💙Setiap usaha, walau sekecil mana, tetap ...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat semua wira dan wirawati, khususnya komuniti PEKA OKU 💙

Setiap usaha, walau sekecil mana, tetap bermakna. Kami percaya bahawa kebolehan mungkin berbeza, tetapi potensi anda tidak terbatas.

Buat sahabat-sahabat OKU yang masih mencari peluang pekerjaan — jangan putus asa. Perjalanan ini mungkin mencabar, tetapi setiap langkah hari ini membawa anda lebih dekat ke masa depan yang lebih cerah.

✨ Kemahiran anda berharga
✨ Anda tidak bersendirian
✨ Terus belajar, terus bangkit

Bersama, kita bina ruang yang lebih inklusif dan penuh peluang untuk semua.

Daripada kami,
PEKA OKU (Peluang Kerjaya dan Akademik untuk OKU)

29/04/2026
23/04/2026

Walaupun dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang sempurna, semangat juang seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang, Terengganu tidak...

23/04/2026
22/04/2026

💙🧩 Sabah Is Giving RM350 Monthly Autism Support — A Small Number That Could Mean Everything to Families

Sabah’s government says it is providing a RM350 monthly subsidy for parents who send their children to registered autism intervention centres in the state. The support was presented as a way to ease therapy costs, with reports noting that autism-centre fees can exceed RM600 a month for some families.

Timeline
→ In August 2025, Sabah was already publicly linked to a RM350 autism subsidy, with earlier reporting showing the subsidy reduced fees at the Sabah Autism Centre (PAUS) from RM650 to RM300 for enrolled children.
→ On 21st of April 2026, Datuk Rina Jainal said the state is providing a RM350 monthly subsidy for parents sending children for treatment and therapy at registered autism intervention centres in Sabah.
→ She said the subsidy is meant to reduce families’ financial burden, and linked it to Sabah’s efforts to expand autism intervention access.
→ The announcement is putting fresh focus on a practical issue many families know too well: awareness matters, but affordable therapy access matters just as much.

💙 Early help should not depend on whether a family can absorb another heavy monthly bill.
🌱 Real autism support begins when treatment becomes easier to reach, not harder to afford.

📍 Autism Talent is a therapy centre based in Cheras, Kuala Lumpur, dedicated to helping autistic children thrive through personalised ABA therapy, communication support, and life skills programmes. If you’re looking for autism support and therapy services in Cheras, Kuala Lumpur, we’re here to guide your child every step of the way.

Contact us at 017-879-2697

WEBINAR PEKA OKU: SAMBUTAN LUAR BIASA & DI LUAR JANGKAAN! Niat awal sekadar ingin buat perkongsian santai sebagai progra...
20/04/2026

WEBINAR PEKA OKU: SAMBUTAN LUAR BIASA & DI LUAR JANGKAAN!

Niat awal sekadar ingin buat perkongsian santai sebagai program sulung anjuran PEKA OKU, rupa-rupanya minat komuniti terhadap hala tuju pendidikan anak-anak istimewa kita sangat luar biasa!

Alhamdulillah, Webinar "Hala Tuju Pendidikan OKU Dalam TVET" semalam benar-benar membuka mata. Terima kasih tak terhingga kepada rakan kolaborasi saya, Cikgu Kumar Thevar, yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman luas beliau dalam memartabatkan bidang TVET untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Walaupun promosi dilakukan kurang dari seminggu, pendaftaran melonjak sehingga 400 peserta! Kami memohon maaf kepada yang tidak dapat menyertai sesi Google Meet kerana kapasiti yang sangat terhad (100 orang) menggunakan akaun personal. Pautan Google Meet juga terpaksa diubah apabila pautan dari akaun emel moe tiba-tiba tak dapat lagi membuat rakaman di Google Meet.

Disebabkan minat yang mendalam daripada ibu bapa dan guru, sesi soal jawab semalam berlarutan sehingga jam 10.30 malam! Banyak persoalan tentang program-program TVET yang relevan dan sesuai dengan tahap keupayaan serta potensi murid telah dikupas secara mendalam.

Solusi Alternatif & Rakaman YouTube

Bagi memastikan maklumat ini sampai kepada lebih ramai orang, kami telah mengambil inisiatif melakukan streaming terus ke YouTube Channel Cikgu Ainul. Jadi, bagi anda yang terlepas atau tidak sempat masuk ke Google Meet semalam, anda boleh tonton semula rakaman penuh di pautan berikut:

📺 Tonton Semula Di Sini: https://www.youtube.com/live/cdfxBPdLULI?si=pXAG9BCH6FT7_Ps9

Kenapa TVET Penting?

Webinar semalam mendedahkan pelbagai program kemahiran yang sebenarnya sangat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan keupayaan unik setiap anak OKU. Mereka bukan sekadar mampu belajar, tetapi boleh bersinar lebih terang jika diberikan platform yang betul.
Terima kasih atas sokongan padu semua. Isyarat 400+ pendaftaran ini membuktikan maklumat hala tuju MBPK sangat diperlukan. Insya-Allah, PEKA OKU akan kembali dengan siri webinar yang seterusnya. Teruskan bersama kami!

Sudahkah anda menggunakan Sistem CHATBOT PEKA OKU untuk mencari PELUANG PEKERJAAN & PENDIDIKAN yang ada khusus untuk OKU...
16/10/2025

Sudahkah anda menggunakan Sistem CHATBOT PEKA OKU untuk mencari PELUANG PEKERJAAN & PENDIDIKAN yang ada khusus untuk OKU?

Chatbot PEKA OKU dicipta khusus untuk membantu golongan OKU untuk terus mendapatkan pautan pemohonan kerja kosong yang ada mengikut lokasi, minat, kemahiran, kelayakan dan jenis pekerjaan yang ingin dimohon.

Jom cuba sekarang: https://chatgpt.com/g/g-67ef6ce658b08191b7fbad29e7f97082-peka-oku

Rujuk contoh perbualan chatbot PEKA OKU di bawah untuk tutorial.

Address

Cheras
Cheras, Selangor
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEKA OKU: Peluang Kerjaya & Akademik OKU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share