Penjagaan Prostat

Penjagaan Prostat Menjaga prostat anda

5 tips penjagaan prostat anda #1. Lakukan senaman dengan kerapAktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan ternyata me...
28/12/2021

5 tips penjagaan prostat anda

#1. Lakukan senaman dengan kerap
Aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan ternyata memang mampu menyihatkan serta menurunkan berat badan yang berlebihan.
Ia sangat penting kerana terdapat banyak kajian yang kata senaman mampu mengurangkan risiko kondisi utama berkaitan kelenjar ini.
Selain itu, kajian Journal of Urology telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko mengalami masalah prostat.
Dalam erti kata yang lebih mudah, bersenam dan bersukan adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan sekali gus mengurangkan risiko masalah berkaitannya.

#2. Amalkan diet yang seimbang
Selain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat secara umum, amalan diet yang seimbang mampu membantu kesihatan prostat.
Antara contoh makanan yang bagus untuk prostat adalah minyak ikan yang tinggi kandungan omega 3, kekacang, sayuran dan sebagainya.
Apa yang penting adalah anda mesti elakkan mengambil gula dan banyakkan mengambil protein bagi mengurangkan risiko kanser prostat.
Amalkan pemakanan yang baik, contohnya anda mungkin boleh cuba diet Mediterraean yang bagus untuk prostat dan tubuh badan.

#3. Kurangkan stres untuk kelenjar prostat yang sihat & kuat
Stres bukan sahaja akan menyebabkan aspek mental anda terjejas malahan juga fizikal khususnya pada kesihatan kelenjar ini.
Apabila sedang stres, tubuh badan akan mengalami ketegangan dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan otot pelvis juga terkesan.
Akibatnya, ia akan menyebabkan otot ini mengalami masalah sekali gus menjadi pencetus kepada masalah prostatitis yang serius.
Stres juga akan melemahkan sistem imun semula jadi tubuh badan untuk melawan penyakit, maka sila elak stres untuk kesihatan prostat anda.

#4. Ambil suplemen
Kadangkala, diet pemakanan sahaja mungkin tidak mencukupi dan sesuatu perlu ditambah ke dalamnya yakni suplemen.
Buat anda yang mungkin belum tahu, terdapat banyak suplemen untuk prostat yang boleh diambil oleh lelaki, dijual di pasaran.

#5. Minum teh
Kelihatan agak aneh bukan? Bagaimana teh boleh membantu kesihatan prostat?
Untuk pengetahuan anda, ada kajian yang mengatakan teh hijau mampu menghalang pembentukan sel kanser pada prostat sekali gus merencatkan pertumbuhannya.
Namun kalian perlu pastikan agar tidak mengambil teh yang penuh dengan kandungan kafein kerana ia memburukkan lagi simptom prostatitis yang mungkin sedia ada.
Jadi, teh hijau atau teh yang tidak mengandungi sebarang kafein adalah pilihan yang terbaik.

21/12/2021
21/12/2021
21/12/2021

Address

Cheras

Telephone

+60123828572

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjagaan Prostat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram