31/08/2018
APAKAH GEJALA AUTISME
Gejala autisme ini sememangnya s**ar diabaikan kerana ianya membimbangkan ibu bapa mereka kerana tingkah laku anak mereka akan berubah. Antara ciri-ciri autisme ini ialah tidak s**a bersosial dengan orang lain, berkelakuan anti-social, tidak banyak bercakap, sering kali melakukan perbuatan yang sama berulang kali, tidak mempunyai minat dalam sebarang aktiviti dan banyak lagi. Antara yang disenaraikan inilah yang menjadi titik-titik pertama yang menjadi petanda bahawa anak mempunyai ciri masalah autisme ini.
Dalam kegiatan sosial, anak yang mempunyai autisme ini akan kurang melihat seseorang itu pada mata dan bercakap. Mereka hanya akan bercakap sedikit dan tidak pandang muka orang di hadapannya. Ini merupakan sebuah masalah yang dapat kita lihat selalu pada anak yang mempunyai masalah ini.
Selain itu juga, mereka ini juga akan mempunyai masalah perpisahan dari ibu bapa mereka. Hal ini kerana mereka menganggap ibu bapa mereka sebagai watak terutama atau terpenting dalam hidup mereka.
Jadi, sekiranya timbul masalah di mana mereka harus berpisah dari ibu bapa mereka ianya akan menimbulkan sebuah masalah yang besar kerana anak tersebut akan menangis dan menjerit dan tidak akan melepaskan ibu bapa mereka. Ini merupakan salah satu sebab kenapa mereka ini tidak dapat ke sekolah biasa seperti budak lain.
Di samping itu, terdapat juga golongan yang akan mengulangi perbuatan mereka berulang kali. Contohnya, mereka akan mempunyai sebuah pergerakan badan seperti menggoyangkan kepala atau menepuk tangan. Ini akan dilakukan dengan berulang kali tanpa berhenti oleh anak-anak yang mengalami masalah ini.
Selain itu, mereka juga akan mempunyai keinginan untuk mencederakan diri sendiri seperti mengetukkan kepala pada dinding atau mencucuk mata dengan menggunakan jari. Ini merupakan masalah yang serius dan ibu bapa haruslah belajar menangani masalah ini dengan kesabaran yang banyak.
Seterusnya, terdapat juga beberapa bilangan anak yang akan mengalami masalah dari segi pertuturan. Golongan ini akan bercakap bahasa tersendiri yang tidak boleh difahami oleh orang lain. Selain itu, mereka juga akan mempunyai masalah untuk bercakap kerana perkembangan otak mereka agak perlahan. Jadi, mereka akan mengalami kelambatan dalam proses bercakap.