09/04/2026
07 April 2026 | Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Talian Bantuan Sokongan dan Krisis Kesihatan Mental bersama YB EXCO Negeri Selangor di NCEMH, Cyberjaya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama YB Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor dan YBrs Dr. Nurashikin binti Ibrahim, Pengarah NCEMH, serta beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MIASA, Befrienders, Thrive Well, Life Line Association, SNEHAM, MMHA, Buddy Bear, dan Talian SEHAT.
Inisiatif ini merupakan langkah strategik ke arah memperkukuh pelaksanaan talian bantuan berkenaan, sekali gus memastikan penyediaan sokongan awal yang lebih tersusun, responsif, beretika dan berfokus kepada keperluan masyarakat dalam isu kesihatan mental.